Bawa Vaya Tyffyn Ini Mengimbau Memori Mangkuk Tingkat Maha Bersama Keluarga

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tradisi mangkuk tingkat adalah satu lagi kenangan yang menarik zaman dulu kala. Waktu zaman Maha kecil-kecil dulu mak selalu sediakan bekal dalam mangkuk tingkat untuk kami sekeluarga makan kalau balik kampung.


Memang mak ngan ayah dari dulu lagi tak singgah makan kat mana-mana kedai kalau jalan jauh-jauh. Mak akan sediakan bekal makan yang banyak dalam mangkuk tingkat pastu tengah jalan bila lapar kami berhenti tepi jalan makan. Tak kisahlah kadang-kadang dalam ladang getah kami berhenti sebab lapo nak makan.


Lauk yang mak selalu sediakan untuk kami sekeluarga macam-macam ada ayam goreng tu memang wajib. Kemudian ada kuah kadang-kadang Kari Ikan dan juga Masak Lemak. Tapi special mesti kena ada sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Memang seronok masa tu dapat makan dengan semua adik-beradik.


Semua tu memori yang indah Maha bersama dengan family dan mangkuk tingkat. Sekaran zaman makin moden dan juga teknologi makin canggih. Mangkuk tingkat pun mengalami revolusi dalam memenuhi keperluan harian kita. Terbaru ni Maha ada dapat mangkuk tingkat yang bukan setakat cantik tapi canggih kot. Vaya Tyffyn pengeluar produk mangkuk tingkat antarabangsa ini telah mula masuk ke Malaysia.


Maha sendiri dah guna mangkuk tingkat ini dan memang ternyata ianya mempunyai ciri-ciri yang jauh beza dengan yang tradisional. Mari Maha ceritakan kat korang keistimewaan mangkuk tingkat ni banding dengan yang lain. Mana tahu ada yang jatuh hati dengan rupanya Maha suka comel jer hehehe.

1) Penebat VacuTherm


Mangkuk tingkat kepentingannya adalah diding bahan yang tahan lasak dan juga tahan karat. Produk ini dibuat dari keluli yang mampu mengekalkan kesegaran makanan dalamnya. Maha teruja juga tengok bekas ini kerana dindingnya memang cukup keras dan lasak kalau jatuh tu kemik tapi tak bocor, jangan lah bagi jatuh lak ok.

2) Mengekalkan kepanasan makanan selama 5 hingga 6 jam


Wow mangkuk tingkat ini ia mampu memerangkap kepanasan makan di dalamnya sehingga 5-6 jam. Jadi kalau kita letak makanan dalam tu yang baru siap masak dan panas ia akan terus kekal lama walaupun kita bawa jalan jauh. So kalau balik kampung dari Penang ke KL mak bekalkan lauk dalam mangkuk tingkat ini bila sampai rumah kat KL masih tetap panas dan sedap.

3)  30% Lebih nipis 


Korang nampak produk ini macam keras dan tebal tapi sebenarnya ia adalah nipis berbanding dengan produk tiffin yang lain. Kalau tengok luarannya reka bentuk bujur dan ketinggian hanya 16.5cm sahaja dan tak berat untuk digalas atau juga dijinjing.


4) Tidak mudah tumpah


Yang penting bila nak beli mengkuk tingkat ini adalah pastinya ia mempunyai penutup yang ketat dan tidak mudah tumpah. Kitakan orang Malaysia ni banyak masakan yang berkuah macam Tomyam, Asam Pedas dan macam-macam lagi lah. Kalau letak dalam mangkuk tingkat mesti bimbang tumpah. Tapi produk ini memang terbukti tidak mudah tumpah kerana penutup atas yang padat.

5) Rekat bentuk dan pilihan warna yang pelbagai


Menariknya tentang  mangkuk tingkat ini ia ada banyak pilihan dari segi warna. Yang Maha dapat ni adalah warna Wool atau ungu bersama corak batik. Ada 3 jenis warna untuk mangkuk tingkat Vaya ini iaitu Graphite, Maple dan juga Wool yang Maha sedang guna ini. Mana satu pilihan hati korang boleh beli sekarang juga hehehe.

Maple, Graphite dan Wool

6) Kelengkapan beg galas


Special mangkuk tingkat dari Vaya ini juga mereka sediakan satu BagMat untuk setiap satu set. Korang tengok rupa beg pun sama warna dengan mangkuk tingkat tu. Beg ini bukan sebarang beg tau ia kalis air, mudah untuk dibersihkan dan juga ia boleh dijadikan alas makan untuk yang berhenti tepi jalan nak makan. Sangat mudah, efisyen dan canggih.

 

Sebagai orang yang dah gunakan mangkuk tingkat dari Vaya ini memang rasa puasa hatilah. Walupun ia hanya ada 3 bekas sahaja tapi cukup lah kalau macma nak pergi kerja bawa bekal Nasi Lemak. Kalau korang tengok antara 3 bahagian tu ada satu yang agar besar sikit yang duduk paling bawah ia special untuk isi nasi, yang dua lagi isi sambal ikan bilis dan juga telur atau kacang betul tak.

Bekal Nasi Lemak 

Bekal Makan Tenghari

Maha suka mangkuk tingkat ini sebab warnanya cantik dan bentuk yang kecil tapi berkuasa. Lepas ni tak malu lah nak bawa bekal dari rumah dengan ekonomi yang makin meningkat dan kos makanan makin mahal jadi gunalah cara yang murah dan mudah iaitu bawa bekal ke pejabat atau sekolah anak-anak. Nak bawa bekal gunalah produk Vaya Tyffyn ni. Tapi nak order kat mana? Boleh layari seperti detail di bawah ni ok.

Pembelian secara online :





6 comments.. read them below or add one

Nur Zahirah Nur Zahirah 09 January, 2017
wahh cantiknya design2 dye and senang bawak pulak tuh
Maha Mahu Maha Mahu 09 January, 2017
Cantik saya suka gak senang nak bawa tak tumpah..
titan titan 10 January, 2017
fuhh..

leh lawan tupperware nih.
Irna Nurasikin Irna Nurasikin 10 January, 2017
Cantiknya....Tergoda dah...
Maha Mahu Maha Mahu 10 January, 2017
hehehe masing2 ada kelebihan masing2. tapi yang ni lebih kepada keluli.
Maha Mahu Maha Mahu 10 January, 2017
Tergoda kena dapatkan satu sekarang juga hehehe..