Food Review,

Zainul Nasi Kandar Petaling Jaya Kata Orang Paling Champion Kat KL

Isnin, Oktober 17, 2016 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari kerja mesti time rehat cari tempat makan best bila kawan nak belanja. Kali ni mereka ajak Maha pergi makan kat kedai Nasi Kandar original dari Penang yang terbaik di Petaling Jaya.


Dari office tak jauh lah tapi faham-faham jer lah jalan dan parking kat area PJ ni memang agak menyiksakan. Tapi sebab nak cuba juga makan Nasi Kandar gagah juga pergi kali ni. Maha cuma tahu kalau nak nasi kandar kena pergi kedai mamak jer, tapi rupanya ada restoran Melayu yang memang asal Pulau Pinang.


Zainul Nasi Kandar firstime Maha tengok nampak kecil tapi kecil-kecil cili padi tau datang lewat sikit pukul 1.00 tengah hari bebaris lah korang tunggu makanan. Nasib hari tu datang awal pukul 12 jadi orang tak ramai dan tempat duduk masih banyak kosong.


Kawan Maha cakap kalau datang pukul 1-2 petang memang tak ada tempat duduk silap-silap balik hampa perut kosong. Tak tahu kenapa ramai orang tu yang buat hati Maha ni jadi betul-betul nak cuba makan kat sini sedap sangat ker.


Sistem kat sini kena baris untuk ambil makanan dimana setiap orang diberikan nasi sepinggan dan lauk pauk korang boleh pilih sendiri dan pekerja kedai yang akan isikan. Bila tengok lauk pauk kat kedai makan ni memang tak dapat digambarkan betapa betul ia kedai Nasi Kandar seperti di Penang.


Ada lauk paling popular iaitu Kari Kepala Ikan yang memang besar. Kemudian paling ramai orang ambil adalah Ayam Goreng yang memang garing dan panas dimasak dalam kedai tu. Saiz ayam juga ada dua jenis iaitu yang besar dan yang kecil jadi ikut nafsu korang nak makan macam mana jangan membazir sudah.




Kemudian ada lagi banyak lauk lain seperti Sotong Goreng Tepung, Telur Ikan, Ikan Goreng perlbagai jenis, Bergedil dan macam-macam lagi. Dilazatkan lagi dengan kuah kari yang ada macam-macam jenis yang pekat, yang manis, yang kaw-kaw rasanya korang boleh pilih sendiri.


Tapi bila tengok satu hidangan ini nampak macam biasa sebenarnya bila rasa baru tahu sedapnya macam mana. Nasi Kandar gabungan antara nasi dengan kuah kari yang pelbagai dan juga lauk pauk serta sayuran. Kat sini mereka sertakan sayur togeh goreng kalau tak nak pun boleh ambil sayur lain.


Makan Nasi Kandar mesti kena dengan keropok Papadom yang saiz besar ni. Baru ada kerangupan dalam kepedasan kari mereka. Teliur bukan bila tengok dan Maha puji restoran ni sebab memang makanan mereka terbaik. Harga pun baik Maha makan ni nasi kosong, Ayam Goreng besar dan juga sayur RM8.00 sahaja. Kalau tambah lauk lain harga jadi lain lah yer.


Lepas ni boleh datang lagi kerana dekat dengan office. Kalau korang yang nak cuba boleh datang ker Medan Selera MBPJ, Komplek C, Lorong Sultan, Seksyen 52, Petaling Jaya. Kedai ni kata mereka bukak hari-hari dari jam 9pagi hingga 6petang. Kedai rekmen dari Maha selamat mencuba semua.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





2 ulasan:

  1. Assalammualaikum.... mahamahu,

    sedap nie.... yuum2...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan memang terbaik tempat ni pertama kali cuba jatuh cinta lak hehehe...

      Padam