Beautiful Terengganu,

Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Redang Terpesona Sangat Beautiful Terengganu

Jumaat, April 29, 2016 Mahamahu 4 Comments

Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Redang Terpesona Sangat Beautiful Terengganu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha pertama kali dapat jejak kaki ke Pulau Redang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mungkin korang dah 2 3 kali ke sana tapi bagi Maha ini adalah percutian paling best sebab orang kata pulau ini pasir pantainya sangat putih dan air jernih biru boleh nampak sampai ke dasarnya, betul ker?


Apa pun jom Maha sharekan pengalaman becuti bersama keluarga ini. Sebenarnya percutian ini Maha menang pertandingan ajuran Yeo's tahun lepas lagi. Tapi tahu ini baru dapat claim hadiah ini kerana nak bercuti 3hari 2malam memang teruja sangat. Percutian ini lengkap untuk semua set termasuk penginapan di Laguna Redang Island Resort. Tu pun satu tempat tinggal yang sangat2 selesa dan sesuai untuk korang bercuti atau berbulan madu hehehe.



Kami menaiki feri dari Jeti Shahbandar yang betul2 dekat dengan Pasar Payang Kuala Terengganu tu. Kalau naik feri dari situ untuk ke Pulau Redang memakan masa lebih kurang 2 jam. Harga untuk tiket pula RM55.00 seorang pergi sahaja tau. Jadi kalau sapa2 nak ker sana memang tu jer satu2nya pengangkutan yang ada. Dalam feri tu tido jer lah sebab agak bosan dan sapa tak tahan mabuk laut kena awal2 makan ubat tahan mabuk menaiki kenderaan ada jual kat farmasi dan klinik.




Sampai sana kena check in lah sebab tak sabar nak masuk bilik bila tengok suasana luar resort ni memang cantik dan mengadap Laut Cina Selatan. Tenang sangat kat situ kan sebab jauh dari kotaraya yang sesak. Kalau datang sini memang susah nak keluar balik hehe jadi habiskan masa bercuti bersungguh-sungguh ok tak akan menyesal. Korang tengok sendiri lah bilik yang kami duduk memang best dan selesa hehehe.




Kalau datang ke Pulau Redang ini aktiviti agak terhad ia hanya sesuai untuk snorkeling atau scuba diving jer. Jadi untuk yang honeymoon tu korang lepak2 kat bilik dan juga mandi tepi2 pantai kalau tak nak buat aktiviti ini. Ok lah tu kat resort yang kami menginap ini pun tak kurang happening kalau time malam2 memang meriah ada persembahan dan juga makan2.




Ok lah tu untuk mereka yang bulan madu saja tapi kali ni Maha nak cite pengalaman berSnorkeling diantara pulau paling cantik di dunia. Laut dan juga segala hazanah yang terdap di dalam dasar tidak boleh dikeluarkan kerana ini terlindung sebagai Taman Laut Negara. So memang tak sabar nak pergi snorkeling ni semua kelengkapan tersedia cuma kita bawa pakaian yang sesuai ok.



Kat resort ini ada pakej untuk snorkeling dari pagi sampai petang. Bagi sesi pagi mereka akan bawa snorkeling kat Taman Laut Negara yang memang sangat2 cantik dan terpelihara. Manakala sesi petang pula kena snorkeling di laut dalam yang juga cantik. Maha tunjuk korang gambar2 yang sempat Maha capture semasa snorkeling ni paling mudah bawa GoPro je lah kalau tidak susah nak ambil gambar dalam dasar laut yang cantik2.




Aktiviti snorkeling ini adalah yang kedua dalam hidup Maha yang pertama masa maha bercuti di Krabi Thailand korang dah bacakan entry lepas yang Maha tulis. Di Pulau Redang adalah pengalaman kedua snorkeling jadi pandai sikitlah nak seimbangkan badan Cuma bila snorkeling kat taman laut atau mana2 laut di sini kena hati2 jangan sampai terpijak karang nanti luka kaki ok. Korang juga akan membunuh karang itu apabila dipijak jadi hati2 dan sentiasa apungkan diri.




Rasa 3hari 2malam kat Pulau Redang tak puas, bukan saja tak puas nak snorkeling tapi nak mandi tepi2 pantai dengan pasir putih dan juga air laut jernih. Paling best tepi2 pantai tu pun korang akan nampak ikan2 laut yang cantik2. Cuma tak boleh tangkaplah ikan ini pun lincah hehehe. Moga sedikit sebanyak perkongsian Maha ini boleh bagi panduan buat korang nak datang bercuti ke sini. Apa pun banyak lagi tempat menarik dan cantik kat Malaysia ni kenapa kita nak cari luar negarakan. Selamat bercuti semua.

Video dasar laut Pulau Redang yang cantik











4 ulasan:

  1. if tak keberatan, boleh share contact tak dengan sy untuk redang laguna ni?

    BalasPadam
  2. Nak tya ni pergi sendiri ke guna pakej ye?

    BalasPadam
  3. Nak tya ni pergi sendiri ke guna pakej ye?

    BalasPadam
  4. boleh call 0139293742, untuk pakej pulau redang

    BalasPadam