Akim & Majistret,

Konsert Akim & Majistret Meriahkan Kempen Yeo's I Love Malaysia

Khamis, Julai 30, 2015 Mahamahu 0 Comments

Konsert Akim & Majistret Meriahkan Kempen Yeo's I Love Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lepas bulan tujuh dan sampai ke penghujung ni kita akan sambut pula bulan Ogos. Apa yang sinonim dengan bukan Lapan ini. Mestilah sambutan kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta. Rupanya sudah 58 negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.


Kalau ikut usia manusia ni dah beranak cucu. Kerana kemerdekaan ini juga negara kita yang berbilang kaum, bangsa dan agama ini dapat bersatu. Dalam menyatakan kesatuan dan cinta kita kepada negara makan Yeo's dengan kerjasama Harian Metro menganjurkan kempen Yeo's I Love Malaysia. Yang akan berlangsung sepanjang 1 Ogos 2015 hingga 31 Oktober 2015


Sepanjang kempen itu jugalah banyak pengisian dan juga intipati dalam menyerapkan rasa cinta kita kepada negara. Yeo's dan Harian Metro akan menganjurkan peraduan yang membolehkan anda menang hadiah bernilai RM185,000. Yeo's Malaysia telah menghasilkan pek istimewa di mana setiap kotak minuman Yeo's seperti Soya, Laici, Kundur, Krisantimum, Yeogurt dan tin-tin Kari Ayam Yeo's dan Cintan akan tertera perkataan "I Love Malaysia" dan ia juga mengikut negeri seperti "I Love Selangor", "I Love Kedah", "I Love Terengganu" dan semua negeri di Malaysia.


Maha dah dapatkan kotak2 edisi khas ini untuk kemerdekaan negara yang ada tertera tulis I Love Malaysia ini. Korang boleh dapatkan di mana2 kedai berhampiran sekarang juga. Daripada minuman ini juga korang boleh sertai contest melalu applikasi rasmi Wechat Yeo's. Peraduan ini korang boleh menang hadiah utama iaitu 10 percutian domestik beserta RM5,000. Manakala hadiah mingguan merupakan percutian domestik beserta wang tunai RM3,000 serta 140 pemenang saguhati bakal menerima album "Patriot" dari Akim & The Majistret.


Selain itu, juga sepanjang kempen ini berlangsung pihak Yeo's akan mengadakan jelajah Konsert Patriot Yeo's I Love Malaysia bersama duta mereka iaitu Akim & The Majistret, kumpulan PRECIOUS dan Alinda. Mereka akan berada di 6 buah negeri seluruh Malaysia untuk jelajah konsert ini yang bermula di Johor (8 Ogos), Shah Alam Selangor (16 Ogos), Kuala Terengganu (5 Sept), Kota Kinabalu (12 Sept), Kuching (15 Sept) dan akhir sekali Alor Setar (19 Sept). Bagi yang nak dapatkan tiket Rockzone konsert ini korang hanya perlu mengumpul 8 pek setiap negeri yang tertera perkataan I Love Malaysia.



Majlis perasmian kempen Yeo's I Love Malaysia telah di adakan pada 28 Julai yang lalu di Anjung Riong Balai Berita Bangsar. Turut sama meriahkan majlis perasmian adalah semua barisan duta kempen dan juga Pengarang Kumpulan Harian Metro dan Ketua Pegawai Operasi Yeo's sendiri. Tengok macam2 di lakukan oleh pihak Yeo's dan Harian Metro dalam menanam sifat cintakan negara kita Malaysia. Kerana rasa cinta dan tolerensi inilah membuatkan kita lebih maju dan kuat. Korang nak dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang dan Facebook mereka ok. Selamat hari kemerdekaan negara.

Laman web : www.yeos.com.my








0 Pandangan: