Buffet,

Pandai Ke Ramona Zam Zam Memasak Di Sunway Putra Hotel Food Festival 2016

Isnin, Mac 28, 2016 Mahamahu 0 Comments

Pandai Ke Ramona Zam Zam Memasak Di Sunway Putra Hotel Food Festival 2016 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada 17 March 2016 bertempat di Sunway Putra Hotel telah berlangsung acara Food Festival bagi meraikan semua media dan tetamu hotel berkenaan. 


Hari tu Maha dan rakan2 blogger serta media diberi peluang untuk mencuba hidangan yang disediakan di semua restoran dan cafe yang ada dalam hotel tersebut. Belum habis lagi tentang makan banyak yang Maha nak ceritakan tapi kita tengok apa lagi aktiviti yang berlangsung untuk satu hari yang penuh meriah tu.



Pada hari tu juga ada cabaram SPH Food Festival Cook Off Challenge diantara tiga artis muda berbakat iaitu Ramona Zam Zam, Anding Indrawani dan Shakila Khoriri. Ketiga-tiga selebriti tempatan ini bersaing dalam cabaran Mystery Box memasak tiga hidangan popular dari menu Sunway Putra Hotel.




Paling best bila dapat tengok 3 orang selebriti ini dapat beraksi memasak secara langsung dengan gelagat yang tersendiri. Paling best tengok aksi Ramona yang dah lah cantik bergaya memang pasti makanan beliau masak sedap. Ramona hari tu kena memasak Mee Goreng Mamak, manakala Shakila kena masak Spaghetti Aglio Olio Seafood dan Anding kena masak Pasta Cheese With Chicken
 
Mee Goreng Mamak

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Pasta Cheese With Chicken


Tapi sapa sangka kehebatan di dapur tidak menjanjikan kemenangan kerana kreativiti dan ketelitian menjadi ukuran. Akhirnya Ramona diumumkan juara pada hari tu yang diadili oleh barisan chef popular di hotel tersebut. Cantikkan tengok Ramona tu memang padan dia menang bau masakan pun sedap walau Maha tak dapat rasa hehehe.






Selain daripada masakan barisan celebriti tadi Maha ada cite tentang food sampling yang disediakan oleh restoran dan cafe di hotel tu.
Ada tiga restoran dan cafe utama di Sunway Putra Hotel iaitu Coffee House makanan buffet tempatan, Gen Restaurant yang menyediakan masakan Jepun dan juga Atrium Lounge yang menyediakan hidangan cake dan pastry yang enak2. 




  


Pada akhir acara petang tu kami semua dihidangkan dengan makanan buffet makan malam yang utama di situ. Bukan selalu dapat makan dengan hidangan hotel ni habis semua Maha cuba. Kalau datang makan kat Coffee House ni korang kena cuba Nasi Lemak Buah Bidara, Nasi Briyani, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ulam dan Nasi Ambeng. Selain tu juga ada Hainanese Chicken Rice, Chicken Chop, Tandoori Chicken, Beef Burger dan Spaghetti Aglio Olio yang selebriti tadi masak.






Apa pun memang banyak makanan yang ada dekat Sunway Putra Hotel ini teturama untuk tetamu yang menginap di sini. Tapi korang juga boleh booking untuk makan bersama rakan2 pejabat atau juga bersama keluarga. Mereka sentiasa mengalukan kedatangan anda untuk mencuba semua hidangan di restoran dan cafe yang ada. Banyak lagi makanan nak tunjuk tapi apa pun korang memang akan puas hati datang sini. Jemput datang semua ok.

SUNWAY PUTRA HOTEL

Coffee House
Harga : RM 78.00 nett (Dinner)
             RM 68.00 nett (Lunch)

Gen Restaurant 
Harga : RM 20.00 - RM 40.00

Atrium Lounge 
Harga : RM 55.00 nett (set minum petang)

*Percuma parking dan Wifi

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :
Tel : 03 - 4040 9888
Email : dinesph@sunwayhotels.com
Instagram : @sunwayputrahotel





0 Pandangan: