Moon's Kitchen Pengalaman Makan Sehingga Ke Bulan Sedapnya

Moon's Kitchen Pengalaman Makan Sehingga Ke Bulan Sedapnya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bagimana rasanya kalau makanan tu betul2 sedap dan menarik untuk korang. Orang katalah bak makan sampai ke bulan, begitulah perumpamaan kesedapan bila makanan tu betul2 kita dapat hargai. Ingat yer bukan makan di bulan tau tapi perumpamaan jer.



Kali ni Maha nak bawa korang makan di sebuah restoran yang menyediakan hidangan barat yang terbaik untuk korang.
Moon's Kitchen yang cukup dikenali dengan steak lada hitam yang menggunakan daging lembu Australia premium. Selain itu juga kat sini cukup popular dengan hidangan Lobster daripada US yang cukup besar dan manis.



Restoran ini banyak menggunakan bahan diimport berkualiti tinggi daripada sumber-sumber yang mampan. Semua bahan-bahan di sini adalah disahkan Halal dari negara-negara masing-masing, dan mereka tidak menambah apa-apa bahan tambahan atau bahan pengawet untuk menyedapkan makanan mereka. Maha tak tipu dan tak puji restoran ini kalau Maha tak rasa sendiri.

Chicken Chop (RM 16.90)

Sebab tu Maha rekmenkan restoran ini kepada semua pembaca bukan kerena sedap sahaja tapi harga berpatutan untuk rakyat Malaysia. Jom Maha kenalkan dengan beberapa menu yang sempat Maha cuba. Paling best adalah Chicken Chop kat sini yang dihasilkan daripada Boneless chicken yang digoreng garing bersama side dish seperti salad, coleslow dan fries bersama sos pilihan iaitu Sweet & Sour, Black Paper, Mushroom dan Brown Sauce.

Italian Rosemary Chicken (RM 26.90)

Chipotle BBQ Beef Ribs (RM 59.90)

Kemudian Maha juga rekmen korang cuba Italian Rosemary Chicken dimana daging ayam yang di perap dengan rempah ratus daripada Itali dan dipanggang. Special kerana daging yang banyak dan sedap. Yang lagi satu ni adalah beef ribs yang dipanggang dengan chipotle chili BBQ sauce. Menu ni dipanggil Chipotle BBQ Beef Ribs

Aglio Olio E Pomodoro with Salmon and Mussels (RM 27.90)

Spaghetti Bolognese (RM 16.90)

Kalau yang nak makan pasta sesuai cuba kat sini Aglio Olio E Pomodoro with Salmon and Mussels. Yang ni ada seafood dalamnya special dimasak dengan rasa sebenar Aglio Olio. Kemudian boleh cuba juga Spaghetti Bolognese dimana pasta bersama daging dan Italian tomato sebagai kuahnya. Menarik kedua2 hidangan ini sangat2 kebaratan rasanya.

Baked Onion Soup (RM 11.90)

Mushroom Soup (RM 6.90)

Biasalah kalau makanan barat kena ada sup of the day. Kat sini ada pilihan banyak sup yang menarik seperti Baked Onion Soup dan juga Mushroom Soup. Kedua2 sup ni sesuai makan dengan roti bawang putih yang rangup. Jadi lengkap korangnya makan tenghari bersama keluarga atau rakan2 kat sini. 



Maha suka akan restoran ini kerana dekorasi yang tidak keterlaluan dan juga kemas dalam dan juga luar. Cuma bagi Maha restoran ini agak jauh kedalam dan juga susah untuk diakses dari jalan utama. Cuma nanti bila siap LRT fasa 2 kat sini baru mudah nak datang. Kawasan  Putra Heights ni banyak pembangunan baru jadi akan maju nanti. Moga restoran ini terus maju jaya ok. Korang mesi kena datang cuba kat sini kerana Maha telah cuba ok.

MOON'S KITCHEN PUTRA HEIGHTS
12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6B,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya.
Instagram : www.instagram.com/moons_kitchen

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat :  4.00PM - 10.00PM
Sabtu & Ahad : 12.00PM - 10.00PM





2 comments.. read them below or add one

Maha Mahu Maha Mahu 02 April, 2016
Memang sedap semua makanan kat sini tak tipu kena cuba..