AirAsia,

Menjadi Blogger Pilihan Kolum Khas Blog O'Rama Majalah Libur

Khamis, Mac 26, 2015 Mahamahu 0 Comments

Menjadi Blogger Pilihan Kolum Khas Blog O'Rama Majalah Libur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ini Mahamahu ada cite yang Mahamahu mendapat peluang menjadi penulis jemputan di Malajah Libur. Cite tentang percutian Mahamahu ke Guilin China bersama rakan media lain. Untuk bulan April ini pun ada lagi sambungan kepada siri kedua perjalanan Mahamahu di Guilin.


Dalam ruangan tu Mahamahu berkongsi tentang pengalaman bercuti bersama rakan2 media lain yang di taja sepenuhnya. Siri kedua ini ada lagi beberapa lokasi menarik yang Mahamahu pergi seperti Yangshuo dan juga makan Halal yang ada di sana seperti Mee Tarik. Banyak lagi tempat makanan Halal yang ada di sana kalau kawan2 nak tahu kat mana tempat makan Halal boleh baca detail di blog Mahamahu segala dah di tulis.


Paling best dalam keluaran April Majalah Libur kali ini Mahamahu menjadi Blogger pilihan majalah ini. Hehehe sebesar alam muka Mahamahu kuar kat situ wakakaka. Apa pun terima kasih kepada Majalah Libur kerana sudi memilih Mahamahu untuk menjadi antara blogger pilihan. Setiap bulan ada dua blogger akan terpilih untuk di tempilkan dalam kolum Blog O'Rama.


Kalau anda nak jadi seperti ramai lagi blogger sebelum ini anda boleh hantar bakat menulis anda dalam dunia pengembaraan ini kepada saudara Ahmad Syahir di alamat email ahmad.syahir@karangkraf.com. Mereka ini sporting orangnya dan ramah senang untuk bekerjasama dengan mereka. Harap2 lepas ini ada peluang untuk bercuti bersama team Libur ke luar negara hehehe mana tahu kalau ada kosong jemput2 lah Mahamahu


Apa pun anda jangan lupa untuk mendapatkan Majalah Libur keluaran April yang telah pun berada di kedai2 buku berhampiran anda. Dalam majalah ini banyk informasi berguna dan juga menarik untuk anda baca dan kongsi sebelum anda pergi bercuti. Mahamahu juga adalah pembaca utama Majalah Libur ok. Selamat membaca dan selamat bercuti semua....









0 Pandangan: