Peluang Menulis Dalam Majalah Terima Kasih Majalah Libur

Peluang Menulis Dalam Majalah Terima Kasih Majalah Libur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu bukanlah blog travel tapi ada juga sikit2 buat penulisan tentang percutian yg Mahamahu pergi bersama keluarga dan juga bersama media. Sekadar berkongsi sahaja dengan pembaca kerana bila pergi travel Mahamahu juga mencari tempat makan yg enak2 bila berada di sana. Secara langsung Mahamahu pun tulis lah pasal tempat makan yg best2 bila bercuti.


Kali ini diberi peluang oleh Majalah Libur untuk menulis dalam salah satu ruangan sagt2 memberi pengalaman baru buat Mahamahu. Sgt teruja dan jutaan terima kasih buat team Majalah Libur kerana sudi menjemput Mahamahu untuk menulis sedikit pengalaman bercuti di Guilin China. Mahamahu telah bercuti di sana pada bulan 12 tahun lepas atas jemputan AirAsia dan juga Biro Pelancongan Guilin



Pengalaman bercuti ini Mahamahu telah kongsikan dalam blog kalau sapa2 sempat baca. Tapi kali ni kuar dalam Majalah Libur adalah satu penghargaan dan peluang terbaik untuk Mahamahu. Semua ini pun terjadi semasa Mahamahu menyertai aktiviti santai dan beramah-mesra dengan editor dan team Majalah Libur pada bulan 12 yg lalu juga. Kalau korang pernah baca dalam blog Mahamahu pasal Blog O'Rama tu lah pertemuan pertama Mahamahu bersama team ini dan membawa kepada tawaran untuk menulis dalam majalah tersebut.


Penulisan Mahamahu tak habis untuk bulan Mac ini sahaja dalam majalah tu tapi ada sambungan pada bulan April nanti. Jadi kawn2 nak tahu pengalaman berjalan di Guilin China kena baca kedua-dua siri nanti ok. Sebaba Mahamahu bukan setakat cerita tentang tempat menarik malah makanan yg sedap dan Halal pun ada kat sana. Hehehe dalam tu semua gambar yg Mahamahu ambil semasa berada di sana nak kongsi tentang kecantikan kota tu. Jadi kalau suka anda komen lah nanti kat blog Mahamahu. Ok bye....








0 comment... add one now