Sup Merah Singapore Kini Di Gerai Faiqa Anjung 7 Seksyen 7 Shah Alam

Sup Merah Singapore Kini Di Gerai Faiqa Anjung 7 Seksyen 7 Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa yg selalu ker Singapore mesti tak ketinggalan untuk nikmati sup merah mereka yg cukup sinonim dengan negara singa tu. Kalau berada kat area Johor pun dah banyak ada restoran sediakan sup merah ini. Tapi kali ni Mahamahu nak bawa anda ke Shah Alam untuk nikmati sup merah ini.


Sekarang dah tak perlu pergi jauh untuk nikmati sup merah yg cukup popular ini. Ia sudah berada di Gerai Faiqa Seksyen 7 Shah Alam. Nak cari tempat ini mudah sgt kalau waze atau google maps search sahaja Anjung 7 Seksyen 7 Shah Alam mesti jumpat tempat ini. Ia adalah food court di depan Unisel cawangan Shah Alam. Kalau org Shah Alam dah biasa makan kat sini dan dan kenal kawasan ini.



Faiqa Sup Merah dan Bubur Nasi ini baru sahaja beroperasi 2 bulan kat Anjung 7 ini. So memang masih baru untuk org2 kat area Shah Alam ni. Tapi kalau nak nikmati sup merah mcm ala2 Singapore tu boleh dtg Gerai Faiqa ni. Kat sini hanya ada dua hidangan utama maklumlah kawasan food court memang semua terhad dan kawasan tu tak lah luas sgt. 



Dua menu utama yg ada kat Gerai Faiqa ini adalah Sup Merah dan juga Bubur Nasi. Kalau sapa2 nak try sup merah ia di sediakan dalam banyak variasi lauk yg boleh di pilih. Korang boleh pilih nak Sup Merah Daging, Gearbox, Kambing atau Meatball. Semua menu sup ini boleh pula di pilih untuk di hidang bersama roti Perancis atau juga nasi putih. Jgn risau kalau tgk sup merah ni warna merah yg terang tapi sebenarnya tak pedas dan ia dpt rasa rempah ratus special yg menjadikan sup ini berwarna merah.



Kemudian menu kedua yg utama kat sini adalah Bubur Nasi. Untuk bubur nasi lak korang boleh pilih nak padankan dengan lauk pauk lain yg boleh di campur di dalam bubur ini. Antara pilihan lauk yg ada adalah Bubur Nasi Ayam, Bubur Nasi Sambal Sotong atau Sambal Udang. Atau korang boleh makan bubur nasi ini dengan Sup Merah tadi boleh juga di sampurkan dalam bubur ini. Kalau makan bubur ini cara terbaiknya campurkan semua bahan tadi dalam bubur nasi dan gaul sekata baru terangkat bila makan.




Mahamahu sendiri dah cuba kedua2 menu special kat sini. Memang sup merahnya terbaik dapat rasa rempah ratusnya dan tidak pedas langsung. Lepas tu kambing dan Gearboxnya pun lembut tidak liat serta tidak hanyir bau kambing boleh sgt makan oleh semua golongan. Kalau buburnya pula rasa nasi bubur yg enak di campur bahan2 seperti sayur, telur masin, lobak masin dan bawang goreng memang rasa rangup2 dalam bubur yg lembut dan enak ini.



Jadi Mahamahu syorkan buat meraka pecinta sup merah untuk dtg sini dan cuba makanan kat sini terbaik toq. Kalau anda dtg area Shah Alam singgah2 lah kat Gerai Faiqa area Anjung 7 Seksyen 7 Shah Alam ini ok. Gerai Faiqa buka setiap hari kecuali Isnin dan beroperasi dari pukul 12.00tghari hingga 11.00 mlm. Lepas ini tahulah kat mana nak dptkan sup merah yg dekat dengan KL ni. Apa pun selamat menjamu selera dari Mahamahu untuk semua ok. Bye....

GERAI FAIQA SUP MERAH & BUBUR NASI
Anjung 7 Lot 2, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7 Shah Alam
Instagram : @FAIQA_FOOD