Bandar Sri Sendayan,

Kenapa Laman Sendayan 2 Pilihan Terbaik untuk Kediaman Keluarga Di Bandar Sri Sendayan

Khamis, Januari 08, 2026 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat tahun baru semua masih sempat lagi nak ucapkan. Tahun baru mungkin ada yang mencari rumah baru untuk satu pengalaman yang baru. Kalau korang mencari jom Maha nak bawa korang tengok satu projek perumahan yang dah cukup maju dan makin berkembang sekarang ini iaitu Laman Sendayan 2.



Laman Sendayan 2 ini terletak di Bandar Sri Sendayan, sebuah perbandaran moden yang dibangunkan dengan visi jangka panjang untuk kehidupan masa depan yang lebih mampan, bertenaga dan seimbang. Ia telah direka khas untuk memenuhi keperluan keluarga moden dan profesional bekerja. Perumahan ini menawarkan gabungan sempurna antara lokasi strategik, kemudahan bertaraf dunia dan persekitaran yang selesa.




Sebagai sebahagian daripada Bandar Sri Sendayan yang matang, kawasan ini dilengkapi dengan infrastruktur moden yang menyokong gaya hidup harian yang praktikal. Akses mudah ke lebuh raya utama dan hab perniagaan menjadikan perjalanan ulang-alik lebih lancar, sama ada ke Seremban, Nilai, KLIA mahupun Lembah Klang. Faktor ini menjadikan Laman Sendayan 2 antara pilihan hartanah kediaman paling berpotensi di Negeri Sembilan.

Spesifikasi Perumahan Laman Sendayan 2A (Meria & Elaria)


Laman Sendayan 2A menampilkan dua pilihan jenis kediaman iaitu Meria dan Elaria, direka dengan susun atur praktikal dan reka bentuk kontemporari. Maha pertama kali masuk semasa pergi show unit mereka memang sangat terpegun dengan rekabentuk rumah ini.





Rumah ini jenis teres dua tingkat dengan saiz binaan 20’ x 70’-75’. Kalau rumah lot tepi akan ada 4 bilik tidur dengan 4 bilik mandi. Manakala lot tengah akan dapat 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Paling menarik rumah ini sudah kalau korang beli sudah dilengkapi dengan Smart Home System, dari pintu masuk hingga ke dalam rumah. Bestkannn…!!!





Satu bilik tidur berada dibahagian bawah Bersama satu bilik air. Manakala tiga lagi bilik berada dibahagian atas. Untuk bilik utama ia berserta dengan bilik air tersendiri. Ruang atas juga ada ruang keluarga untuk dijadikan sudut bacaan atau ruang kerja.





Mempunyai siling yang tinggi menampakkan ruang rumah lebih luas dan selesa. Reka bentuk dalaman rumah ni sangat luas dan sesuai untuk pembeli rumah pertama yang mementingkan keselesaan dan keselamatan. Juga pada yang mempunyai keluarga ramai. 

Kemudahan Bertaraf Dunia di Sekeliling Laman Sendayan 2


Salah satu lagi kelebihan kalau korang memilik tinggal di Laman Sendayan 2 ialah lokasinya yang dikelilingi pelbagai kemudahan ikonik yang mempertingkatkan kualiti hidup seisi keluarga.



Ia telah dilengkapi dengan d’Tempat Country Club iaitu rumah kelab terbesar di Negeri Sembilan, ia menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan riadah seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang sukan dan ruang sosial eksklusif. Juga berdekatan dengan sekolah antaranya Matrix Global Schools. Ia adalah sekolah swasta yang menjadi tarikan utama kepada keluarga.



Juga terdapat X-Park Sendayan, ia menawarkan aktiviti seperti go-kart, futsal, paintball, flying fox dan banyak lagi. Kemudahan hub komersial di sana ada Sendayan Merchant Square menempatkan pelbagai kedai makan, peruncitan dan perkhidmatan penting untuk kemudahan harian. Terdapat jenama yang popular seperti Watsons, Coffee Bean, Family Mart, ZUS Coffee dan banyak lagi.

Acara Purr & Play Showhome Day Yang Meriah


Kalau korang nak datang melihat show unit yang telah siap ini Maha cadangkan untuk datang pada tarikh 10 & 11 Jan 2026 iaitu Sabtu dan Ahad akan datang. Kenapa? Kerana akan diadakan acara Purr & Play Showhome Day di sana. Sangat meriah bukan sahaja dapat melihat rumah contoh malah dapat sertai pelbagai aktiviti menarik seperti:



Persembahan daripada barisan kucing yang comel digayakan. Korang juga boleh bawa sendiri kucing bulu kesayang dalam acara tersebut.

Seni dan kraf bertemakan kucing kreatif untuk kanak-kanak dan ibu bapa.

Bersantai di Zon Kafe Kucing kami yang selesa sambil menikmati kopi yang baru dibancuh dan snek ringan. Bersantai di ruang yang mesra sambil korang boleh berinteraksi dengan kucing yang mesra.

Kunjungi Ruang Angkat Kucing kami yang hangat dan selesa, di mana anda boleh bertemu kucing yang diselamatkan dalam persekitaran yang santai.

Lawati gerai pelbagai barangan bertemakan kucing, termasuk hadiah unik, aksesori yang comel dan barangan gaya hidup yang disediakan khas untuk pencinta kucing dan keluarga.

Kagum dengan Pertunjukan Silap Mata Haiwan yang meriah yang menampilkan helah yang menyeronokkan dan hiburan interaktif.



Keseronokan kreatif untuk kanak-kanak dan keluarga.

Para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif seperti Kad E-Bahan Api Petron, Rebut Ganjaran, Penginapan mewah di Lexis Hibiscus 3H2M, Beg Suit Menunggang Pintar Elektrik Airwheels dan juga Pembesar Suara Bluetooth Marshall Stanmore III.

Nak daftar penyertaan atau maklumat lanjut untuk acara ini boleh layari 
Laman sesawang: matrixtogo.com 
Tel: 1800 88 2688