Astro,

Peluang Untuk Muncul Dalam Food Network Channel

Khamis, Februari 19, 2015 Mahamahu 0 Comments

Peluang Untuk Muncul Dalam Food Network Channel - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai nak muncul dalam TV walaupun tak lama hanya seketika sahaja. Tapi ini adalah peluang untuk anda menunjukan bakat dan juga mengembangkan network. Tapi mestilah kreatif kerana ada hadiah di sediakan untuk mereka yg bertuah.


Peluang anda untuk menyertai The Best Thing I Ever Ate dalam channel Food Network. Mereka mencari anda yg berbakat dan pandai menghasilkan video untuk di pilih sebagai pemenang dalam contest ini. Kalau anda peminat makan dan selalu tonton Food Network channel pasti anda akan tahu bagaimana segment The Best Thing I Ever Ate di lakukan.


Cara penyertaan cukup mudah dan senang. Hanya buat satu video berdurasi kurang dari 3 minit. Full HD kualiti dan juga bersaiz 100MB sahaja. Video anda mestilah berkaitan dengan segment ini iaitu The Best Thing I Ever Ate di tempat anda. Kalau contoh anda makan Asam Pedas Kepala Ikan terbaik jadi citekan bagaimana makanan itu di hasilkan dan apa yg sedap sngt makanan itu mengikut kreativiti anda. Lihat contoh di bawah ni.



Pemenang akan di pilih oleh pihak Food Network dan anda yg bertuah boleh muncul dalam program tv mereka. Ini masanya buat peminat makanan di Malaysia untuk mencungkil bakat anda dalam TV. Last due date video adalah 3 May 2015. Semua adalah tertakluk kepada terma dan syarat yg telah di tetapkan oleh Food Network. Maklumat lanjut anda boleh layari http://www.foodnetworkasia.com/best-thing-i-ever-ate sekarang juga. Selamat mencuba semua ok..