Korean Cuisine,

Soul Garden Buffet Steamboat Ala Korea

Rabu, Januari 07, 2015 Mahamahu 0 Comments

Soul Garden Buffet Steamboat Ala Korea - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu ni bukan lah peminat makanan steamboat sgt tapi kalau ada masa and ada peluang akan makan kat steamboat ini. Dah banyak cuba makanan steamboat kat Malaysia ni salah satu yg baru Mahamahu cuba ialah Soul Garden.


Korang semua mesti dah kenal Soul Garden ini tak asing lagi nama restoran ni di Malaysia. Kalau kat Malaysia ni ada banyak cawangan restoran Soul Garden ini boleh pergi mana yg dekat. Konsep buffet steamboat kat Soul Garden sama dengan tempat lain harga ikut per person. Mahamahu kalau pilih steamboat mesti kena ada steamboat dan grill.




Kat Soul Garden ini grill and steamboat yg selesa dan kawasan yg agak teratur. Makanan juga kat sini banyak jenis dan pilih untuk anda makan. Kalau untuik grill tu begitu banyak piliha daging dan juga seafood. Semua makan grill di perap dengan rempah dan perisa yg pelbagai. Ada pedas ada yg manis dan juga ada yg perasa rempah yg kuat. 


Selain daripada makanan steamboat dan grill kat sini juga ada buffet untuk makanan goreng2 seperti nasi goreng dan mee goreng. Lauk pauk pun kalau ada masa akan berubah mengikut menu. Selain tu juga korang boleh cuba makanan sushi yg di sediakan oleh tukang masak di sini. Sushi kat sini memang banyak pilihan dan akan sentiasa ada di sediakan.





Kalau makan steamboat mesti kena sesuai dengan sos yg di sediakn. Kat sini ada banyak juga jenis sos termasuk sos dari Korea memang kena cuba. Bagi Mahamahu makanan kat sini memang bebaloi dengan harga dan juga jumlah makanan yg ada. Kalau anda jenis memang suka makan buffet yg tanpa henti dan rasa kenyang makan kat Soul Garden adalah pilihan anda. So selamat menjamu selera ok..








0 Pandangan: