Armada Hotel,

Kelainan Buffet Krismas Dan Tahun Baru di Utara Coffee House @ Armada Hotel PJ

Khamis, Disember 11, 2014 Mahamahu 0 Comments

Kelainan Buffet Krismas Dan Tahun Baru di Utara Coffee House @ Armada Hotel PJ - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Menghampiri sambutan krismas dan juga tahun baru mesti ramai org telah plan untuk bercuti dan juga meraikan bersama keluarga tersayang terutama kepada penganut kristian. Bagi memeriahkan lagi sambutan krismas tahun 2014 Armada Hotel PJ melalui Utara Coffee House menyediakan buffet yg special tahun ini.


Tahun ini lebih banyak makana yg di sediakan untuk buffet krismas dan tahun baru. Mahamahu juga sempat menikmati hidangan2 yg sedap dan menarik di sini sepuas-puasnya. Makanan berkonsepkan tradisional dan inovatif untuk kesesuaian citara rakyat Malaysia. Jangan risau makanan kat sini mempunyai status Halal daripada JAKIM dan pihak hotel masih mengawalkan.




Seperti biasa makanan untuk perayaan krismas di mulakan dengan pelbagai pilihan salad yang lazat dan makanan laut sega. Terdapat makanan laut yg menjadi kegemaraan semua rakyat seperti hidangan Fresh Prawn With Lemon Wedges dan Smoked Salmon With Rosette



Hidangan negara Jepun juga di adaptasi dalam buffet ini iaitu Sushi & Sashimi, Maguro With Wasabi & Trimming sesuai untuk selera timur. Bagi mengekalkal sambutan krismas makanan asas juga masih ada anda boleh pilih seperti Christmas Fried Rice dan Crustacean With Mushroom.



Selalu hidangan krismas mempunyai ayam belanda tapi tahun ini mereka gantikan dengan itik mengikut selera timur. Hidangan di beri nama Roast Duck With Apple Sauce. Juga makanan berdaging di sediakan seperti Beef Medalion with Mushroom Crest



Selera pencuci mulut yang pelbagai oleh rakyat Malaysia menjadikan menu sambutan krismas ini juga di pelbagaikan seperti Gratinated Oyster With Spinach, Louisiana Pumpkin Pie, Minced Meat Pie, Christmas Cookies, Ginger Bread, Minced Meat Pie dan Yule Long Cake.





Harga yg di tawarkan juga berpatutan dan memang bebaloi mengikut pakej.

Buffet Dinner untuk sambutan krismas dan tahun baru pada 24 Disember & 31 Disember 2014
RM 80.00++ bagi dewasa
RM 70.00++ bagi warga emas
RM 45.00++ bagi kanak-kanak

Persembahan Secara Langsung (JUKEBOX) 24 Disember & 31 Disember 2014
1st Set | 7.30ptg - 8.15mlm
2st Set | 8.45pm - 9.30mlm


Buffet Hi-Tea untuk sambutan krismas dan tahun baru pukul 12tghari-4ptg
RM 70.00++ bagi dewasa
RM 65.00++ bagi warga emas
RM 41.00++ bagi kanak-kanak

Persembahan secara langsung (JUKEBOX) pada 25 Disember 2014
1st Set | 12.30tghari - 1.15ptg
2st Set | 1.45ptg - 2.30ptg


 
Sekiranya anda yg mahu meraikan bersama keluarga boleh buat tempahan sekarang terus ker Utara Coffee House @ Armada Hotel PJ di talian 603-7954 6888 ext 4557. Selamat menyambut krismas dan selamat mejamu selera.