Buffet,

Nikmati Buffet Ketam Seberat Setengah Kilo di PARKROYAL

Selasa, November 04, 2014 Mahamahu 0 Comments

Nikmati Buffet Ketam Seberat Setengah Kilo di PARKROYAL  - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang pernah tak makan seokor ketam seberat mencecah lebih setengah kilo? Pengalaman ini susah nak dpt kerana tak banyak tempat ada menyediakan ketam dalam set buffet makan malam. Chatz Brasserie Cafe di Parkroyal KL menyediakan 6 hidangan masakan ketam dalam set menu buffet mereka. Mereka menyediakan promosi Buffet Makanan Laut ini bermula daripada 17 Oktober sehingga 27 Desember 2014 ni. 

Ketam Masak Masam Manis

Ketam Goreng Cili

Mahamahu sendiri telah cuba set masakan ketam yg termasuk dalam buffet makan malam mereka. Anda boleh pilih sendiri hidangan masakan ketam yg mana untuk anda makan banyak dan memang sedap. Ada Ketam Masak Kam Heong, Ketam Goreng Butter, Ketam Goreng dengan Telur Asin, Ketam Goreng Cili, Ketam Goreng dalam Sos Marmite dan Ketam Masak Masam Manis. Satu set ketam ini memang puas kalau makan sorang2 cukup besar dan penuh dengan isi.

Ketam Goreng dengan Telur Asin

Selain daripada ketam, untuk set buffet makanan laut ini di lengkapi dengan makanan ikan. Untuk masakan ikan ini di sediakan dalam dua jenis masakan iaitu kukus dimasak Superior Shoyu Sos dan Sos Sichuan Taupan atau Bawang putih Sos. Ikan Kerapu adalah ikan utama yg di gunakan dalam hidangan ini memang cukup besar ikan ni.

Superior Shoyu Sos

Sos Sichuan Taupan atau Bawang putih Sos

Satu lagi hidangan unik dan tiada tempat lain kat KL ni adalah masakan Gamat. Korang pernah makan Gamat ker? Mahamahu pertama kali melihat gamat secara dekat dan ini adalah pertama kali makan Gamat yg di masak. Di dalam set buffet ini Gamat di masakan Sichuan Style yg memang rasa rempah ratus masakan Cina.

Sichuan Style

Kalau korang tak nak makan style ala-cart ini korang boleh ambil makanan buffet yg di sediakan lebih kurang 30 jenis masakan laut. Ada masakan laut yg boleh di panggan segar di depan mata, anda hanya perlu pilih ikan laut mana anda nak masa dan chef2 yg ada akan masakan untuk anda. 

Baked-Grouper dengan Air Asam

Sambal Udang

Kari Kepada Ikan 

Masak Lemak Siput Sedut

Kalau yg suka masakan tradisional Melayu kat sini ada juga di sediakan, seperti Baked-Grouper dengan Air Asam, Sambal Udang, Kari Kepada Ikan dan Masak Lemak Siput Sedut. Kalau nak hidangan masakan Cina juga ada seperti Butter Mantis Prawn, Claypot Kung Po Squid dan Sang Ha Noodle

Butter Mantis Prawn

Claypot Kung Po Squid 

Sang Ha Noodle

Kalau makanan laut yg di cipta dalam masakan Jepun juga ada kat sini special tau. Selain daripada Sushi, ada Soba Noodle dan Udon Noodle Seafood, Sashimi (Fresh raw Salmon, Butter Fish and Tuna). Memang banyak kan menu yg berasaskan seafood kat sini memuaskan semua ni dalam hidangan buffet. 

Sashimi dan Sushi



Soba Noodle dan Udon Noodle Seafood

Makanan lain pun ada kat sini tiada unsur seafood pun untuk mereka yg tidak boleh makan seafood. Ada pencuci mulut dan ada buah-buahan yg segar untuk hidangan penutup. Kalau nak minum kat sini ada sediakan minuman special selain daripada aiskrim dan juga ABC. Mahamahu dpt makan kat sini memang cukup kenyang gila2 kenyang. Nanti ada masa anda dtg sini cuba sendiri masakan laut memang best.





Harga 
Basic Buffet RM128 nett per person
Hidangan Ketam dari RM78 nett hingga RM268 nett
Hidangan Ikan RM78 nett
Hidangan Gamat dari RM108 nett hingga RM158 nett




Waktu operasi 
Jumaat dan Sabtu
Pukul 6.30ptg hingga 10.30mlm


CHATZ BRASSERIE PARKROYAL KL
Tempahan
Tel : 03 2147 0088
Email : chatz.prkul@parkroyalhotel.com