Cuti-Cuti Malaysia,

Muzium Kucing Pertama Seumpanya Di Malaysia Visit Malaysia 2014

Isnin, November 10, 2014 Mahamahu 0 Comments

Muzium Kucing Pertama Seumpanya Di Malaysia Visit Malaysia 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Posting yg lepas Mahamahu ada cite tantang satu lokasi tempat makan yg bukan sahaja sedap tapi menarik, kalau nak tahu kena baca di sini [klik sini]. Kali ini pula Mahamahu nak bawa anda ke satu lagi lokasi tempat yg wajib anda singgah bila ada di Bandar Kuching ini. Muzium Kucing adalah tempat yg Mahamahu maksudkan tu. Sangat sesuai untuk anda yg pecinta kucing. Mcm Mahamahu juga adalah seorang pecinta kucing dan suka memeliharan haiwan jinak ini. 


Menurut kata pemandu pelancong Mahamahu pada hari tu di muzium ini juga ada menceritakan tentang sejarah asal usulnya nama Bandar Kuching. Ada hampir segala-galanya yang berkaitan dengan kucing boleh didapati di muzium ini. Galeri muzium ini dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1988. Muzium ini diisi dengan artikel, lukisan, poster, mainan dan patung-patung yang tak terhitung banyaknya tentang kucing. 




Selain daripada poster dan lukisan kucing, ada juga kucing mumi Mesir sebagai salah satu pameran di muzium ini. Mahamahu terpuka dengan jumlah patung kucing yg terdapat di dalam muzium ini. Muzium ini juga di bahagikan kepada 4 bahagian besar yg menceritakan kelainan untuk setiap satunya. 

 
Idea untuk menubuhkan 'Cat Museum' di Kuching diilhamkan oleh tidak lain tidak bukan dari YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud dan isterinya Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila Taib. Muzium ini terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara aras lobi utama. Kalau anda sampai di sana masuk sahaja pintu utama anda dah jumpa muzium ini. 





Ia di buka setiap hari Isini - Ahad kecuali cuti umum dari pukul 9.00pagi - 5.00ptg. Untuk memasuki muzium ini anda tidak di kenakan sebarang bayaran tetapi bagi anda yg membawa kamera anda akan di kenakan cas untuk mengambil gambar di dalam muzium ini mengikut jenis kamera anda. Kalau kemera DSLR tu mahal sikit RM5 tapi kalau kamera handphone murah jer RM3. 



Kalau ada di Bandar Kuching anda wajib dtg muzium ini untuk menyaksikan sendiri koleksi kucing yg ada di situ. Mahamahu dan sampai anda bila lagi. Melawat dalam negara adalah membantu mengembangkan ekonomi negara sempena denga Tahun Melawat Malaysia 2014. Selamat bercuti semua...