Damai Central,

Damai Central Makan Laksa Sarawak Sambil Menghadap Laut China Selatan

Jumaat, November 07, 2014 Mahamahu 0 Comments

Damai Central Makan Laksa Sarawak Sambil Menghadap Laut China Selatan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Post ni sambungan daripada post yg lepas tentang Kampung Budaya Sarawak yg Mahamahu citekan kalau nak baca boleh layari di sini [klik sini]. Post ni juga berhampiran dengan kg budaya tersebut berhadapan jer mengadap Laut China Selatan. Inilah dia Damai Central Kuching yg Mahamahu akan citekan tentang makanan di sini.


Kalau dah sampai kg budaya tu pasti anda kena menjejak kaki di tepi pantai yang indah ini. Damai Central ini adalah lokasi percutian yg bukan sahaja ada tempat makan dan kedai, tapi ia adalah kawasan rekriasi yg mengandungi lokasi untuk perkelahan, perkemahan, riadah dan suka ringan, serta tempat penginapan yg selesa dan banyak kemudahan awam yg ada di sana. 


Mahamahu sempat singgah situ untuk makan tghari setelah penah berjalan sepanjang setengah hari di kg budaya. Kat situ tak kurang hebatnya makan2 yg ada hampir kesemua makanan tradisional Sarawak ada di situ. Di tengah2 Damai Central ini terdapat food court yg menempatkan barisan gerai2 yg teratur dan kemas. Tempatnya yg bersih dan segala kelengkapan ada di situ.

Mee Kolok Goreng

Nasi Ayam Penyek

Mahamahu dan keluarga sempat order beberapa makanan yg menarik di situ. Mahamahu cuba makanan Mee Kolok Goreng. Selalu kalau Sarawak mesti kena cuba Mee Kolok tapi kali ni lain kerana Mee Kolok di goreng kering. Makan dengan perahan limau dan juga sos kicap memang menambah kesedapan mee ini.

Laksa Sarawak

Nasi Goreng Ayam dan Telur Goreng
 
Ais Batu Campur

Family Mahamahu order Nasi Ayam Penyek, Laksa Sarawak, dan juga Nasi Goreng Ayam. Bagi Mahamahu pertama kali makan Laksa Sarawak yg lain dari lain kerana mereka menggunakan mee yg lebih halus. Kuah laksanya lebih cair dan tidak menggunakan ikan sebagai asas kuahnya. Sekali makan memang menarik dan boleh di buat hidangan makan tghari special kat sini. 


Kalau dtg sini mesti kena cuba Laksa Sarawak nya dan makan lain yg ada di sini. Gerai banyak dan makanan pun banyak cuma perlu pilih sahaja. Kawasan ni luas dan lebih tenang sambil makan sambil menikmati angin Laut China Selatan. Selalu juga org luat buat acara kat Damai Central Kuching ini kerana kawasan luas dan kemudahan semua ada. Nanti dah sampai kg budaya dtg ker Damai Central bawa pakaian mandi dan juga nikmati makan yg sedap2 ok. Selamat menjamu selera...








0 Pandangan: