Aplikasi,
Luckin Coffee Kini Di Grabfood Dengan Perkenalan Siri Perisa Baharu Buah Peach
Luckin Coffee Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasminya di GrabFood, menandakan langkah baharu dalam usaha memperluas akses kepada lebih ramai pelanggan di Lembah Klang. Melalui kerjasama ini, sebanyak 13 cawangan Luckin Coffee di Lembah Klang telah diaktifkan untuk memenuhi pesanan penghantaran, membawakan menu Luckin Coffee terus ke rumah dan pejabat pelanggan. Lebih banyak cawangan akan ditambah tidak lama lagi bagi melayani lebih ramai peminat kopi.
Luckin Coffee percaya kopi yang digemari ramai harus menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelanggan dengan mudah. Kerjasama bersama GrabFood membolehkan ia melangkaui kedai fizikal dan membawa pengalaman kopi lebih dekat kepada orang ramai. Langkah ini mencerminkan komitmen Luckin Coffee untuk menyokong gaya hidup pantas pengguna bandar sambil memastikan kopi berkualiti sentiasa mudah diperoleh.
Luckin Coffee sentiasa berusaha untuk memperluaskan pilihan terbaik yang tersedia di platform mereka, dan membawa jenama yang begitu digemari seperti Luckin Coffee ke GrabFood adalah satu langkah yang penting, Kerjasama ini memastikan lebih ramai peminat jenama tersebut kini dapat menikmati menu popular mereka dengan mudah. Selain itu, ia juga mengukuhkan komitmen untuk menyampaikan kemudahan serta kepelbagaian pilihan terus ke depan pintu rakyat Malaysia.
Raikan dengan Siri Pretty in Pink pada bulan Oktober ini
Bermula 3 Oktober, Luckin Coffee Malaysia memperkenalkan siri minuman edisi terhad “Pretty in Pink”, berinspirasikan buah pic, sempena pencapaian terbaharu jenama ini. Siri ini bukan sahaja boleh didapati melalui Aplikasi Luckin Coffee, malah kini diperluas ke GrabFood untuk pengalaman yang lebih mudah diakses. Direka untuk memberi sentuhan segar dan menyegarkan kepada pencinta kopi serta gaya hidup. Pilihan minuman ini termasuk:
● Peach Americano – Gabungan espresso yang berani dengan rasa buah pic yang manis dan segar, memberikan keseimbangan rasa pahit-manis – peneman sempurna di hari panas.
● Peach Fizzy Americano – Perisa buah pic yang berkarbonat, berani dan menyegarkan, mencipta sensasi musim panas di setiap tegukan.
● Peach Jasmine Frappe – Frappe berais dengan kemanisan buah pic dan aroma melati yang lembut, menghasilkan minuman yang menenangkan serta memuaskan.
● Peach Refresher – Minuman buah pic berais dengan ekstrak buah pic, manis, menyegarkan, dan sesuai pada bila-bila masa anda mahu menyejukkan diri.
Jangan lepaskan pelbagai promosi menarik di GrabFood!
Sempena pelancaran di aplikasi GrabFood, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif dengan diskaun 40% untuk siri “Pretty in Pink” bermula 3 hingga 9 Oktober 2025 . Selain itu, nikmati diskaun untuk 20% untuk semua minuman sepanjang hari, setiap hari , serta potongan RM7 dengan perbelanjaan minimum RM25 . Menambahkan lagi kehangantan promosi dengan tawaran Kombo Jimat Grab selama lima hari pada hujung Oktober ini. Para pelanggan kami yang hargai boleh menikmati promosi beli satu dan dapatkan item kedua pada diskaun 50% dari 25–26 Oktober 2025. Selain itu, tawaran istimewa iaitu Beli 1 Percuma 1 untuk minuman signature di semua cawangan melalui Grab pada 27 sehingga 29 Oktober 2025.
Promosi terhad ini menjadikan pengalaman menikmati menu premium Luckin Coffee lebih mudah berbanding sebelum ini, sama ada di rumah, di pejabat, atau ketika dalam perjalanan.
Aplikasi Luckin Coffee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store, Google Play, dan Huawei App Gallery. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Luckin Coffee, nantikan kemas kini di saluran media sosial Facebook, Instagram, TikTok, dan XiaoHongShu atau layari aplikasi Luckin Coffee.
0 Pandangan: