Keunikan American BBQ Di Utara Coffee House Armada Hotel PJ

Keunikan American BBQ Di Utara Coffee House Armada Hotel PJ - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kat mana nak makan steak dan BBQ yg sedap dan menarik. Pastinya satu lokasi berhampiran anda adalah di Utara Coffee House terletak di Armada Hotel PJ. Mahamahu pun dah cuba sendiri dan ternyata ia terbaik korang nak tahu baik ker tak mai kita tgk gambar2 yg Mahamahu dah ambil semasa sesi makan hari tu.


Yg pertama ini CHICAGO BEEF RIBS wow dgr jer rib ni mesti dah ramai yg teruja dan meleleh air liur. Rib ini di masak bersama dengan sos BBQ dan bawang yang manis. Kalau org Asia memang suka yg berempah dan manis2 ni jadi ia sesuai. Daging bahagian rib ini juga cukup lembut dan memang senang untuk di makan. Satu set ini datang dengan kentang lenyek dan sayur2an cukup lengkap pada harga RM45.00 sahaja.

CHICAGO BEEF RIBS

Hidangan kedua ini pula datang dari America Latin sebab tu namanya LATIN AMERICAN CHIPOTLE SPRING CHICKEN. Makanan daging ayam dara yg di perap dengan rempah ratus dan di salai kering untuk rasa originalnya. Makanan ini datang bersama kentang lenyak dan sayur2an juga pada harga RM32.00 sahaja.

LATIN AMERICAN CHIPOTLE SPRING CHICKEN

Bagi yg minat kepada salmon di sini juga ada sediakan hidangan BBQ SALMON STEAK. Di mana daging ikan salmon di peram dengan lemon dan di panggang di atas api yg sederhana. Satu set dengan Salsa avokado tomato, kentang dan juga sayur2an juga harga berpatutan RM32.00.

BBQ SALMON STEAK

Hidangan ke empat ini pula datang dari daerah Texas yang memang suka makan kambing. Di beri nama TEXAS OSSO BUCCO iaitu daging kaki kambing di perap dengan sos BBQ dan madu. Di hidang bersama mustard halia dan  sos BBQ. Harga pula RM43.00 sajo.

TEXAS OSSO BUCCO

Ini pula adalah hidangan campuran daging kambing, ayam dan lebu yg di perap dengan rempah ratus dan di panggan enak. Inilah dia hidangan HAWAIIAN BARBEQUE MIX yg di sediakan bersama dengan sos nenas dan lada hitam yg panas. Harga juga berpatutan iaitu RM40.00 sahaja.

HAWAIIAN BARBEQUE MIX

Yg terakhir pula adalah hidangan laut yg sedap dan pelbagai dalam satu set. FISHERMAN’S TREAT ini pula gabungan ikan, udang, kupang dan sotong. Ia di hidangankan dengan salad dan sos BBQ lemon yg sedap dan memberi kelainan. Harga pula cukup berpadanan hanya RM38.00 sahaja satu set.

FISHERMAN’S TREAT

Tu lah dia keistimewaan makanan promosi untuk bulan November hingga Disember di Utara Coffee House Armada Hotel PJ. Kalau anda nak dtg boleh order set2 ala-cart ini selagi masih ada promosi. American BBQ inilah yg memberi kelainan kepada pengunjung di sini rugi kalau tak cuba. Mahamahu dah cuba anda bila lagi. Selamat menjamu selera ok.

Tempahan hubungi 
Tel : 03-7954 6888 ext 4557