Cuti-Cuti Malaysia,

Kembara Perjalanan Sampai Ke Serikin Sarawak Visit Malaysia 2014

Isnin, November 17, 2014 Mahamahu 0 Comments

Kembara Perjalanan Sampai Ke Serikin Sarawak Visit Malaysia 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sambungan untuk percutian Mahamahu bersama keluarga di Kuching sampai kepada lokasi terakhir. Sebelum ini banyak lokasi menarik yg Mahamahu telah pergi kalau korang nak tgk tempat menarik seperti Kampung Budaya Sarawak, Taman Orkid dan Muzium Kuching boleh singgah kat link tersebut. Wajib datang satu lokasi ini kalau dah sampai ke Kuching walaupun agak jauh perjalanan selama lebih kurang 1 jam.


Itu lah dia Pasar Serikin Sarawak yg terletak 80km dari bandar Kuching. Perjalanan menempuh kampung2 dan juga hutan yg masih terpelihara. Sepenjang perjalanan anda akan dpt lihat kampung2 orang Iban, Melanau dan mcm2 lagi kg. Kebanyakan mereka masih mengamalkan adat dan budaya lama. 



Jalan yg kurang selesa kerana jalan kg dan ada lubang2 jadi mereka akan membawa dalam keadaan yg tenang untuk sampai di sana. Jadi kalau nak kuar ker Pasar Serikin ini kena jalan awl pagi bila sampai sana dah cerah. Pasar ini adalah terletak di persempadanan Sarawak dengan Kalimantan, jadi kalau dah sampai anda akan jumap ramai org Indonesia di sana menjadi peniaga.



Jgn risau tak perlu tukar duit kerpada Rupiah kerana org kat sana masih menggunakan duit Malaysia. Pasar ini bukan lah pasaraya tapi ia deretan gerai dan kedai seperti di sempahan Thailand tu. Deretan kedai panjang kerana banyak jualan di situ di anggarkan sepanjang 2km perjalanan baru habis pasar ini.



Mahamahu sampai sana memang agak panas kerana kawasan tgh jalan, jadi bawalah payung atau pakai baju lengan panjang nak elak dari terbakar hehehe. Kat sana anda boleh membeli bermacam2 barangan ada jual. Paling penting sediakan duit sebanyaknya kerana sana tak ada mesin ATM nak kuar duit dan tiada transaksi credit card semua cash.



Dari barang kering hinggalah kepada barang basah semua ada jual di sana. Kalau nak beli barang keperluan dapur pun ada. Tapi paling menarik perhatian Mahamahu adalah kat sana barang perhiasan rumah memang cukup banyak dan unik menarik. Mahamahu suka hasil kraf mereka memang pelbagai. 



Kalau org pempuan mesti suka kerana kat sini memang banyak gila jual kain pasang. Daripada kain pasang batik kepada kain yg boleh buat baju pengantin memang cantik2. Harga kat sini jgn risau kalau korang manis mulut boleh tawar-menawar mereka memang akan bagi harga semurah boleh. Tapi jgn lah minta murah sgt sian kat dia org meniaga.



Kat sini saling tak tumpah mcm Golok atau Bukit Kayu Hitam. Seronok ada di sini bahan makanan pun ada kalau penat boleh makan tghari kat sini. Kena ambil masa lama juga kat sini nak tgk barang, nak tawar-menawar mesti lama. Harga semua murah kot memang menarik nak membeli. Mahamahu dtg sana bukan sahaja beli barang perhiasan tapi buah-buahan2 yg Mahamahu beli hehehe. 



Sampai tghari juga Mahamahu berada di Pasar Serikin ini memang puas berjalan2. Lepas jalan sana time untuk makan nanti Mahamahu update tempat makan menarik di hari terakhir di Kuching ok. Sapa2 nak dtg Kuching kena dtg Pasar Serikin ok. Selamat bercuti dan selamat membeli belah.






0 Pandangan: