Keindahan Taman Orkid Kuching Sarawak Visit Malaysia 2014

Keindahan Taman Orkid Kuching Sarawak Visit Malaysia 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sempena dengan penghujung tahun melawat Malaysia 2014 ni Mahamahu pun ambil kesempatan untuk bercuti dalam negara. Mahamahu bersama keluarga mak ayah dan adik2 bercuti ker Kuching Sarawak. Katanya negeri yg masih kaya dengan keindahan alam semulajadi dan budaya yg masih di kekalkan.


Mahamahu 4 hari berada di negeri Bumi Kenyalang ini untuk nikmati keindahan alamnya. Selama 4 hari tu banyak lokasi kunjungan Mahamahu akan kongsikan di sini. Nantikan jer entry travel Mahamahu special dari Kuching Sarawak. Apa pun untuk pertama ini Mahamahu akan share lokasi hari pertama berada di Kuching yg mesti anda kunjugi iaitu Taman Orkid. Taman berkeluasan 3.5 ekar yg teletak berhampiran Dewan Undangan Negeri Sarawak dan bersebelah dengan Astana iaitu kediaman rasmi Gabenor Negara. 




Apa yg Mahamahu baca di situ terletak lebih daripada 65 spesis orkid dari serata dunia dan 75,000 koleksi orkid termasukla Orkid Normah iaitu bunga lambang kebanggaan negeri Sarawak. Taman ini mula di buka tahun 2009 dan menjadi tumpuan pelancong apabila tiba musim orkid berbunga. Di antara orkid2 yg ada di sini seperti  Ladys’ Slipper Paphiopetilum Saderianum, a unique green and black-flowered orchid, Coelogyne Pandurata dan The Vanda Dearie






Mahamahu bersama keluarga dtg kat sini rasa tenang kerana kawasan menghijau dan penuh dengan bunga warna-warni walaupun tak banyak kerana bukan musim bunga orkid pada masa itu. Kawasan yg luas kalau dtg untuk beriadah ringan pun sesuai. Mahamahu jalan sepanjang taman ini pun dah rasa penat boleh exercise sikit kat sini hehehe.




Taman ni di hias di tengahnya dengan deruan air terjun serta susunan bunga orkid sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada penduduk kota mcm Mahamahu ni. Apa pun kunjungan di sini memberi inspirasi bagaimana untuk menghias dan menjaga bunga orkid dengan betul. Kalau anda nak dtg sini ia di buka dari pukul 9.30pg hingga 6.00ptg setiap hari kecuali hari Isnin. Tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke taman ini dan ia di urus tadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara. Mahamahu dah sampai anda bila lagi. Selamat melancong...