Ayam Golek,

Dapur Mahamahu Resepi Ayam Golek Bersama Oven Elektrik Pensonic

Sabtu, November 15, 2014 Mahamahu 4 Comments

Dapur Mahamahu Resepi Ayam Golek Bersama Oven Elektrik Pensonic - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu dah lama sebenarnya mengidamkan sebuah oven elektrik, maklumlah memang minat memasak. Jadi mcm2 contest masuk untuk dptkan oven tapi orang kata kalau dah bukan rezeki buat mcm mana pun tetap bukan kita punyakan. Tapi Alhamdulillah setelah berkat besabar kini ia menjadi kenyataan.


Buat pertama kali memiliki oven elektrik sendiri yg cukup besar dan puas hati rasa. Oven Elektrik jenama Pensonic kini milik ku wakakaka. Korang nak dapatkan oven ni boleh go to Lazada pada harga berpatutan dan cepat. Apa lagi dah ada oven ni kena rajin2 memasaklah. Sebab tu lah kali ni Mahamahu nak share resepi yg telah Mahamahu cuba sendiri untuk memasaknya menggunakan Oven Elektrik Pensonic. Resepi Ayam Golek kali ini memang sesuai untuk di masak menggunakan Oven Elektrik Pensonic.


Mahamahu cite dulu tentang bahan2 yg di gunakan untuk menyediakan Ayam Golek ini. Semua bahan2 ini boleh di dapati di sekeliling kita saja. Tak perlu pergi luar negara nak beli. Ayam Golek ini mcm yg orang selalu jual di tepi2 jalan dan di pasar malam kalau tak percaya cuba lah hehehe...


Bahan2 menyediakan Ayam Golek:-
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inchi halia
2 batang serai
2 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
2 sudu serbuk jintan manis
2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk herba campur
4 sudu madu
2 st garam
50 gram butter


Kalau pada yg tak tahu herba campur tu adalah serbuk herba campuran antara kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan buah pala. Semua campuran ini ada dalam satu pek kalau korang pergi cari di pasaraya besar kat Malaysia ni ada jual. Tak perlu nak proses semua tu jadi herba beli saja mudah dan cepat.


Cara2 penyediaan Ayam Golek:-
1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga hancur
2. Campurkan semua bahan yg di kisar dengan bahan serbuk seperti jintan manis, lada hitam, herba campur dan sos tiram kicap manis dan madu.
3. Lumurkan semua bahan yg telah di campurkan tadi kepada ayam yg telah di basuh bersih.

 
4. Perap ayam selama lebih kurang 2-3 jam untuk rasa yg lebih sebati.
5. Panaskan Oven Elektrik Pensonic pada suhu 170c dan panggang ayam selama 1 jam


6. Sambil2 tu sapukan lebihan bahan rencah tadi pada ayam dan juga butter hati2 panas
7. Bila tempoh memasak telah selesai boleh keluarkan dan boleh di hidangkan untuk di makan bersama nasi.


Kenapa Mahamahu menggunakan Oven Elektrik Pensonic untuk memanggang ayam ini? Mestilah kerana oven ini lebih besar mampu untuk memasak pada kapasiti 35litter. Selain tu juga oven ini ada peralatan seperti pemegang yg kuat untuk memegang ayam sekor dan memutarkan ayam tu untuk masak lebih sekata. Pemanasan yg ada dalam oven ini juga sekata kerana mempunyai pemanas di bahagian atas dan bawa memang sesuai untuk membuat Ayam Golek seperti di pasar malam.



Paling hebat Oven Elektrik Pensonic ini bukan sahaja boleh memanggang tapi boleh juga digunakan untuk membakar roti, kek, ikan, itik, lempeng, daging, telur dan kacang tanah, hotdog, burger dan banyak lagi. So oven ini kalau beli boleh buat pelbagai hidangan jadi tak rugi sgt. Kalau ibu2 yg suka masak kuih raya pun oven ini sesuai Mahamahu rasa memang best. Jadi kalau sapa suka share2 lah resepi ini ngan kawn2 anda ok and jgn lupa ingat masak, ingat lah Pensonic ok. Selamat memasak...

Laman web : www.pensonic.com
Dapatkan oven elektrik Pensonic di sini https://t.productlink.io/a5ie9





4 ulasan:

  1. Izinkan sy guna resepi ini ya. & Trima kasih share resepi ni. Semoga puan/tuan dimurhkn rezeki

    BalasPadam
  2. Terima kasih..semoga ayam golek saya menjadi..😘

    BalasPadam
  3. Sy bk try lh resepi ni...tp sy guna oven hesstar... boleh ke

    BalasPadam
  4. Sye nk try tpi syectk de oven yg ad mikro boleh ke puan

    BalasPadam