Muzium Hidup Di Kampung Budaya Sarawak Mesti Anda Kunjungi Visit Malaysia 2014

Muzium Hidup Di Kampung Budaya Sarawak Mesti Anda Kunjungi Visit Malaysia 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lepas Mahamahu makan sarapan pagi hari kedua ni kami teruskan perjalanan ke kaki Gunung Santubong. Tapi pada yg nak tahu Mahamahu dan keluarga sarapan kat mana pagi tu boleh baca kat sini [klik sini]. Perjalanan kami mengambil jarak sejauh 35km dari bandar Kuching iaitu selama 40minit.


Sepanjang perjalanan ke sana kami melalui beberapa kampung asal penduduk di Sarawak. Maklumlah Sarawak terkenal dengan 30 suku kaumnya yg berbagai bahasa dan budaya masing2. Ada sesetengah masih mengekalkan adat tradisi dan sesetengah telah mula mengubah hidup dengan kemajuan. Rasa begitu tenang nak sampai ke destinasi dengan di hidangkan pandangan hijau tumbuh-tumbuhan semulajadi dan laut Cina Selatan yang membiru apabila sampai ker sana.


Sebenarnya Mahamahu dan keluarga dalam perjalanan ke Kampung Budaya Sarawak yg menjadi destinasi perlancongan paling popular di sini. Sapa yg melawat Kuching tak singgah di sini tak sah. Di sinilah kita nak mengenali sejarah dan juga semua kaum dan budaya yg ada di Sarawak ni. 



Untuk masuk di sana ada bayaran di kenakan iaitu RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk warga emas dan kanak-kanak. Masa Mahamahu dtg dengan keluarga memang ramai org kat sana terdiri daripada kanak2 sekolah dan tak kurang juga pelancong luar. 



Kampung Budaya Sarawak ni terdiri daripada 7 buah binaan rumah kaum2 di Sarawak. Semua rumah2 ini di bina sepertimana asalnya rumah2 kediaman kaum2 di Sarawak. Rumah2 yg ada di sini adalah seperti Rumah Iban, Rumah Bidayuh, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina



Pengunjung mesti masuk kesemua rumah yg ada di dalam kawasan kg budaya ini. Anda akan di sertakan dengan pasport untuk mendapatkan cop di setiap rumah yg anda kunjungi. Rugi sebenarnya tak masuk dalam rumah2 yg ada di sini, kerana rumah2 ini berbeza bukan sahaja dari segi binaan malah budaya dan cara hidup yg di tampilkan pun berbeza.



Mana tidaknya ada sesetengah rumah itu anda boleh melihat sendiri budaya dan muzik yg di mainkan dalam satu2 rumah tersebut. Ada pula rumah yg menunjukan kraftangan yg mereka hasilkan sebagai sumber pendapatan. Ada juga rumah menyediakan makanan tradisional kaum2 yg tinggal di rumah tersebut. Jadi perjalanan anda antara satu rumah ke satu rumah tidak bosan malah menyeronokan sebab tu ia di panggil Muzium Hidup.



Mahamahu sendiri pun penat nak menghabiskan semua rumah2 yg ada di kg budaya ni. Istimewa lagi di sini adalah anda akan di hiburkan dengan tarian tradisional suku kaum yg ada di Sarawak. Persembahan ini di adakan di auditarium khas yg di sediakan di sana. Persembahan selama 40 minit ini di adakan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Rancang perjalanan anda agar tidak terlepas untuk menonton persembahan tarian yg menarik tu. 




Penonton bukan sahaja boleh tgk tarian tradisional malah boleh menarik bersama dengan penari di akhir persembahan. Paling Mahamahu tunggu adalah tarian menyumpit dari kaum Iban. Seronok dpt tgk persembahan mereka bukan selalu. Pengunjung di sini juga boleh mencuba pakaian tradisional yg di reka mengikut cara tradisional kaum2 di sini. 



Di Kampung Budaya Sarawak ini jugalah setiap tahun di adakan persembahan Rainforest World Music Festival. Festival, ini adalah persembahan muzik seluruh dunia dalam menyatukan muzik dan alam. Tak silap bulan Ogos 2015 nanti akan ada lagi persembahan besar ini di sini. Selain itu juga selalu di adakan acara Pesta Menuai peringkat dunia. 


Lepas penat berjalan dalam kg budaya ni anda juga boleh basahkan badan dengan mandi di pesisir Pantai Damai. Kawasan kg budaya dengan pantai tak jauh pun dekat je jalan kaki pun sampai. Pada yg suka aktivit lasak memanjat gunung kat kawasan berhampiran situ juga ada di sediakan khidmat memanjat Gunung Santubong oleh mereka2 yg pakar. Gunung setinggi 810 meter ini mempunyai sejarahnya tersendiri menarik tau.


Banyak juga aktiviti yg boleh di lakukan di Kampung Budaya Sarawak ni tak sia2 perjalanan jauh Mahamahu. Separuh hari habiskan masa kat kg budaya ni rasa mcm tak puas jer nak tulis kat sini. Tak apa kalau kawan2 ada pengalaman di kg budaya ni boleh share dengan Mahamahu ok. Lepas ni ada lagi penjelajahan Mahamahu bercuti bersama keluarga di Kuching nantikan ok. Selamat bercuti.