Dapur Mahamahu Sediakan Sup Untuk Orang Sakit

Dapur Mahamahu Sediakan Sup Untuk Orang Sakit - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali di dapur Mahamahu nak geledah untuk sediakan satu hidangan mudah tapi bagus untuk di nikmati oleh org yg tengah2 sakit. Maklulah org kalau kena demam panas mesti nak hirup sup bagi tenaga. Nak makan berat2 tak mampu sup sahajalah yg boleh.


Dapur Mahamahu menyediakan sup untuk org sakit Mahamahu bagi nama Sup Ayam Bersayur. Bahan2 mudah nak dapt kat dalam rumah jer ada. Mesti kena ada daging ayam kalau lagi bagus bahagian yg berisi banyak di potong dadu tu best. Ada tulang sikit2 tu pun ok nak bagi rasa rasa. Kemudian beberapa jenis sayuran yg sihat seperti Bunga Kubis, Karot, Daun Sup dan juga Daun Bawang. Kalau nak sedap lagi tambah lah Daun Sadri tapi Mahamahu tak sempat beli apa yg ada jer lah.



Untuk rempah ratus sup pula Mahamahu gunakan mcm biasa bunga lawang, kulit kayu manis, cengkeh dan buah pelaga. Selalu org letak dalam bunjut bagi kemas tapi ini bujang punya style main campak jer dalam kuali hehehehe. Sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih di tumbuk dengan 3 batang cili padi nak kasi uhmpp sikit.


Cara memasak lepas tumbuk semua bahan bawang dan cili tadi tumis dalam minyak panas bersama dengan rempah ratus tadi. Masak sehingga naik bau dan rasa agak2 masak sedikit bawang tersebut. Lepas tu masukan air secukup rasa dan masukan juga daging ayam tadi. Nak lagi sedap rasa ayam Mahamahu guna kuib stock ayam untuk memekatkan rasa ayam. Bila air dah mula mendidih masukan sayur-sayuran tadi masak agak sehingga empuk.


Bila semua bahan dah empuk baru masukan bebola ikan tadi sebagai perhiasan bersama dengan daun sup dan daun bawang. Tak perlu masak lama bahan2 tu sebab sekadar hiasan. Tapi masa sup tadi menggelegak masukanlah perasa garam dan sedikit gula. Lepas tu boleh di hidang panas untuk di makan bersahaja atau dengan nasi atau juga mee. Layan juga buat juga sambal kicap perhhhh terbaikkk...


Apa pun selamat mencuba pada yg nak cuba. Ni lah makanan yg Mahamahu makan ketika sakit demam hari tu. Tekak tak berselera nak makan menda lain janji perut berisi dan boleh makan ubat baru badan cepat sembuh. Selamat mencuba kepada semua ok... Selamat menjamu selera...