Food Porn,

Mengidam Yang Baru Di Tony Roma's

Isnin, Mac 24, 2014 Mahamahu 0 Comments

Mengidam Yang Baru Di Tony Roma's - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama juga sebenarnya Mahamahu tak makan makanan western. Maksud Mahamahu yg betul2 pure western punya cara masak dan juga citarasa. Kali ini Mahamahu dapat jemputan makan review kat Tony Roma's eCurve Mutiara Damansara. Kali ni Tony Roma's memperkenalkan menu baru khas kepada penggemar rasa western yg lebih.



Mahamahu akan kenalkan satu persatu menu baru daripada Tony Roma's, di mana semua menu ini boleh di dapati di semua cawangan Tony Roma's di Malaysia bermula dari sekarang. Pertama pembuka selera baru iaitu Marinara and Cheese Dip With Toast Points. Menu baru dimana Sos Marinara hangat dengan krim keju bakar di makan bersama Ciabatta bakar dengan mentega truffle buatan sendiri pasti membuka selera anda. Mahamahu makan pun cukup rasa sos dan juga roti yg di bakar menjad cukup sebati dalam mulut.

Marinara and Cheese Dip With Toast Points

Menu kedua yg baru adalah rusuk pendek daging lembu panggang dengan cranberry demi-glace buatan sendiri. Di hidang bersama dengan sayur-sayuran panggang dan kentang lecek dalam satu pinggan. Mahamahu makan yg ni memang daging rusuk lembu cukup lembut dan penuh dengan rempah yg enak dan rasa keasliannya. Nama menu ini adalah Beef Short Rib With Cranberry Demi-Glace.

Beef Short Rib With Cranberry Demi-Glace

Kalau sebut western mesti tidak lagi daripada makanan ikan Salmon, dan menu ini adalah menjadi menu kegemaran Mahamahu kerana rasa Salmon padan dengan nasi dan juga sosnya. BBQ Rubbed Salmon With Sriracha Butter, di sediakan dengan Salmon panggang disapu dengan rempah berjenama bersama dengan mentega Sriracha buatan sendiri. Ia dihidangkan dengan nasi dan sayur-sayuran segar mengikut citarasa tempatan.

BQ Rubbed Salmon With Sriracha Butter

New York Strip With Roasted Red Pepper Sauce bila dgr nama dah tahu ia adalah menu western. Daging panggang New York saya steak dengan krim panggang sos lada merah. Ia dihidangkan dengan pilihan kentang lecek dan juga brokoli hijau. Steak ini cukup lembut dan di masak sempurna dengan rasa rempah ratus seperti berada di negara barat.
 
New York Strip With Roasted Red Pepper Sauce

Di akhir menu pasti ada pencuci mulut dan di Tony Roma's ini menu baru untuk dessert adalah Seasonal Cobbler. Epal merah panas, pir dan kranberi dengan kerak kayu manis di hidangkan dengan topping aiskrim vanila. Bila makan manis ada, masam ada, dan juga rasa tidak terlalu sejuk dan ia suam2. Sedap unik dan begitu menarik daripada Tony Roma's

Seasonal Cobbler

Buat yg nak menikmati menu baru daripada Tony Roma's boleh datang ke semua cawangan yg telah di buka iaitu eCurve Mutiara Damansara, Sunway Piramid, Pavillion KL, The Gardens dan Setia City Mall. Tony Roma's juga bakal di buka di beberapa cawangan lagi untuk peminat makanan western seperti di Citta Mall tak lama lagi, Nu Sentral KL Sentral, JBCC dan IOI City Mall. So boleh dtg pilih mana yg dekat dengan anda dan nikmati makanan baru di perkenalkan di Tony Roma's. Selamat menjamu selera.


Maklumat lanjut dapatkan harga layari
Laman web  : www.tonyromas.com.my
Twitter     : www.twitter.com/trmalaysia1






0 Pandangan: