Burger,

Burger NINJA Hanya di Burger King Untuk Masa Terhad Sahaja

Khamis, Mac 06, 2014 Mahamahu 0 Comments

Burger NINJA Hanya di Burger King Untuk Masa Terhad Sahaja- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu buat satu lagi review untuk satu makanan baru daripada Burger King. Kali ini mereka mahu memperkenalkan burger baru keluaran Burger King untuk masa yang terhad sahaja. Bermula 3 Mac 2014 hingga hujung bulan April 2014 promosi untuk burger ini hanya boleh di dapati di Burger King seluruh Malaysia.


Burger yg Mahamahu maksudkan adalah set Burger NINJA daripada Burger King. Majlis perasmian Burger NINJA telah di adakan minggu lepas di sebuah cawangan Burger King di Malaysia. Dalam majlis tersebut mereka memperkenalkan Burger NINJA yg lain daripada lain dan unik. Perbezaan ketara  terletak pada bun dan juga sos serta isi sayuran yg di guna pakai dalam set ini. 


Burger ini datang dalam 4 jenis set yg berbeza mengikut citarasa rakyat Malaysia. 4 jenis set Burger NINJA tersebut ialah Burger King Ninja Ayam, Burger King Ninja Daging, Burger King Ninja Hotdog dan juga Burger King Ninja Deluxe Whopper. Keunikan Burger NINJA kali ini adalah pada Bun Arang 4 inchi yg berwarna hitam. Ini kerana ia menjadi trend bun burger sekarang berwarna dan di saluti bijan yg segar dan enak.

Burger King Ninja Daging

Burger King Ninja Hotdog

Burger King Ninja Deluxe Whopper

Burger King Ninja Ayam

Lagi best Burger NINJA ini ia datang dengan sos Terayaki, di mana sos Jepun ini menjadikan rasa ayam atau daging lebih sedap dan enak. Bersama dengan bun arang dan sos terayaki adalah bawang panggang dan salad segar menjadikan ia satu set burger yg lengkap untuk di nikmati seisi keluarga. Burger NINJA ini terbaru daripada Burger King untuk peminat burger di Malaysia sahaja.


Semua set Burger NINJA dari Burger King ini di datangkan dengan set Fries sederhana dan juga air minuman Anggur Star yg menyegarkan. So lepas ini anda boleh dapatkan Burger NINJA ini di semua cawangan Burger King yg ada di seluruh Malaysia dengan harga bermula daripada RM5.95. Mahamahu pun semasa sesi food review di beri kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana proses untuk menghasilkan set lengkap Burger NINJA ini daripada burger di panggang dan sehingga di bungkus.


Lepas ini boleh berkungfu dengan Burger NINJA daripada Burger King. Mahamahu rasa nak pergi lagi lah sebab ia cukup sedap dan unik dengan rasa bun arang yg lembut dan sos terayaki yg enak. Tgk pada rupa apatah lagi rasa mesti menyelerakan. Jom ramai2 kita serbu ker Burger King untuk dapat Burger NINJA selagi stok masih ada. Layari facebook Burger King Malaysia untuk maklumat lanjut. Selamat menjamu selera....








0 Pandangan: