Ayam Goreng,

Super Junior Buka Cawangan Ayam Goreng Di Malaysia

Khamis, Januari 16, 2014 Mahamahu 0 Comments

Super Junior Buka Cawangan Ayam Goreng Di Malaysia -  Salam sejahtera kepada semau pembaca dan juga rakan2 sekalian. Super Junior sapa tak kenal semua kenal kalau sebut jer menjerit2 gadis kat Malaysia ni. Sebelum ni kita di serang oleh lagu2 daripada artis Korea. Lepas tu di serang dengan teknologi yang dtang dari Korea dan kini pula kita di serang dengan makanan daripada Korea pulak.


Pengaruh dan penguasaan negara Korea masih begitu kuat sehingga kat Malaysia makanan Korea juga begitu popular. Lepas Kimci kini dtang pula ayam goreng Korea khas untuk rakyat Malaysia. Kalau sebelum ni di sogok dengan KFC tapi kini kuasa ayam goreng Korea bakal menyaingi pasaran ayam goreng di Malaysia. First restoran ayam goreng Korea telah di rasmikan pada 11 Jan 2014 bertempat di LG 1Utama Shopping Complex turut hadir duta mereka kumpulan Super Junior.


KyoChon1991 adalah nama restoran ayam goreng Korea yg kini adalah satunya cawangan di Malaysia yang halal. Menurut kata orang kuat KyoChon Malaysia bahawa ini adalah restoran pertama yang mempunyai wall sejarah tentang KyoChon. Ini adalah restoran pertama yg mendapat kerjasama proses persijilan halal daripada Jakim. Maka tak hairan bahawa majlis pelancaran penuh meriah telah di adakan di cawangan pertama KyoChon di Malaysia.



Memperkenalkan konsep ayam goreng lain daripada lain KyoChon mengekalkan ayam goreng yang sihat untuk rakyat Malaysia. Menggunakan kaedah menggoreng dua kali menjadikan ayam hasil KyoChon rapuh di luar enak di dalam. Mahamahu makan hari tu pun memang cukup sedap terasa asli ayam yg di selaputi dengan sos istimewa mejadikan ayam ini belbagai perisa yg hebat.


Ada berbagai perisa ayam goreng yg membolehkan anda pilih untuk nikmati bersama keluarga. Ayam goreng 'KyoChon Honey Series' iaitu ayam goreng rangup yg di saluti dengan madu tiada rasa manis yg keterlaluan dan ia sesuai untuk kanak-kanak.'KyoChon Red Series' pula adalah ayam goreng paling pedas dalam KyoChon ingat org Korea tak suka makan pedas ker tgk warna dah tahu pedas. 'KyoChon Sal Sal Series' ini adalah ayam goreng yang rapuh dan rangup di selaputi dengan ketulan putih yg sedap. Pasti ada perisa KyoChon Original Series yg mengekalkan ayam goreng tanpa perisa hanya tepung khas yg di gunakan sahaja.


Selain tu juga ada chiken chop khas di buat sendiri di sini dan juga dengan sos yang special, kalau nak order sebut saja 'Dakgalbi Grilled Chicken' dan juga 'Jjimdak Steamed Chicken' memang unik. Mahamahu dah masuk sendiri dapur mereka dan tgk sendiri cara bagaimana ayam ini di sediakan daripada kosong kepada sepinggan ayam goreng yg enak dan sihat. Kalau ambil masa selepas order tu kena fahamlah kerana mereka akan masak sekiranya ada order kerana nak kekalkan rasa dan juga nak jamin kesihatan pelanggan yg makan, special tak restoran KyoChon ni.


Kalau mahu singgah untuk dptkan ayam goreng KyoChon boleh dtg di Level LG 1Utama Shopping Complex bertentangan dengan Cold Storage. Nikmati kehebatan ayam goreng no 1 di Korea kini telah dtg ke Malaysia. 



0 Pandangan: