Makanan,

Colonial Cafe Makanan Moden Klasik Di Zaman Pemerintahan

Ahad, Januari 26, 2014 Mahamahu 0 Comments

Colonial Cafe Makanan Tempatan Di Zaman Pemerintahan - Salam sejahtera kepada pembaca dan juga rakan2 blog makan Mahamahu ini. Setiap minggu tak sah kalau tak ada review tempat makan dan jenis makanan special untuk pembaca setia blog Mahamahu. So kali ni posting berkaitan makanan tempatan tetapi di sebuah tempat alah British dan sungguh exclusive sekali. Nak tahu kat mana jom baca entry ini sampai habis mesti tak kecewa.


Dengar nama pun dah terasa exclusive nya tempat ini, Colonial Cafe mcm zaman2 pemerintahan British lak kan hehehe. Mana letak nya Colonial Cafe ni mudah jer boleh search kat Google The Majestic Hotel Kuala Lumpur. So kat dalam hotel tu lah terletaknya Colonial Cafe. Colonial Cafe mencipta suasana hari-hari yg tenang dan damai dan menawarkan hidangan klasik yang sahih dari era penjajahan. Kerusi kulit merah beralaskan meja putih crisply berkanji dan panel kayu mengukuhkan rasa suasana penjajahan dahulu kala.

 


Masa nak masuk hotel ni pun pakguard di pun dan berseragam tentera zaman pemerintahan. Seronok rasa masuk hotel ni kalau nak tinggal pun rasa agak mahal untuk org mcm Mahamahu ni hehehe. Tapi yg best nya cafe ini menyediakan menu masakan tempatan yg telah di fusionkan. Mungkin kerana mereka yg menginap di hotel ini adalah kebanyakan pelancong asing nak merasai menu tempatan so kat sini agak sesuai. 



Mahamahu telah cuba tiga jenis main course yg ada kat sini. Paling best adalah Old-style Hainanese Chicken Rice Ball yg mana nasi ayam di sediakan dalam bentuk bebola dengan ayam dan juga sup. Special ni Mahamahu paling suka. Lepas tu cuba menu chicken steak dan juga Chicken wing sedap and terasa rempahnya. Tapi sorry Mahamahu tak ingat nama makanan ni hehehehe dan satu lagi makanan special kat sini yg lokal punya iaitu Char Kuey Teow memang Malay Clasikhabis la.

Old-style Hainanese Chicken Rice Ball

Chicken steak

Chicken wing

Alang2 dah ada kat hotel mahal ni apa lagi Mahamahu cuba lah High Tea kat situ sebab ada sesuatu yg special kat sana. Specialnya menu High Tea ni dtg dengan set yg cukup byk. Dah la tadi kenyang makan tghari ni makan petang lak kat situ best gila. Antara makanan High Tea kat Colonial Cafe ni seperti sandwich yg terdiri daripada salmon and tuna serta telur sandwich. Lepas tu ada cupcake, ada scones, ada cheese cake bersama denga jem dan mcm2 lagi manisan yg ada.




Minum petang besama secawan teh dan juga manisan seperti berada di zaman penjajahan sebagai org kenamaan. Itu yg Mahamahu dapat katakan bila makan petang kat Colonial Cafe. Kalau kawn2 nak rasa sendiri suasana sebagai seorang yang hartawan dan jutawan zaman pemerintahan dulu boleh cuba Colonial Cafe tempat tenang dan cukup selesa. Hehehe tapi dtg kena standby poket yg penuh lah yer hehehehe. Selamat menjamu selera semua.....








0 Pandangan: