Aktiviti,

Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di D'Cengkih - Episod 1

Selasa, April 30, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2 yang baru dan yang lama yang sentiasa menjadikan Mah@mahu ni sebagai salah satu media untuk mendapatkan maklumat. Bukan lah bagus sangat tapi terima kasih pada yg sudi singgah kat sini. Hari ni Mah@mahu akan mulakan episod 1 untuk aktivit jelajah, bukan jelajah janji di tepati tapi Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-Cola dan Hotfm. Mah@mahu first nak ucap ribuan terima kasih kepada Coca-Cola and Hotfm kerana sudi memilih Mah@mahu sebagai salah seorang pemenang dalam pertandingan yg di adakan di laman web Hotfm.


Tak sangka sebenarnya nak menang dan tekejut bila dapat panggilan drpd Hotfm tentang contest ni. Mah@mahu kan memang suka makan so bertuah badanlah dapat sertai jelajah 2 hari daripada Sri Pentas KL hingga ker Kuala Terangganu. Nak tahu mana lg destinasi yg kami singgah ni kena ikuti episod2 seterusnya kerana ada byk tempat2 makan yg best2 dan menarik Mah@mahu nak cite semua kat sini. 




Ada 10 org pemenang bertuah yg di pilih termasuk Mah@mahu untuk berjalan2 cari makan ni. First sekali pagi sabtu lepas kami berkumpul di perkarangan Sri pentas jam 7.00 pagi. Slepas briefing sikit and bagi baju kami bertolak dari Sri Pentas utk ke tempat makan yg pertama dekat jer tak jauh dari situ dekat area TTDI. Kalau sebut cengkih mesti ramai dah tahu mana tempatnyakan, betul lah tu Restoran D'Cengkih TTDI yg cukup popular dengan Nasi Lemak dan kuih muih tradisional. 



Menurut kata Leya penyampai Hotfm tempat makan ni memang ckup popular dan makanan semua sedap2 belaka. Kami ni semua dah lah memang hantu makan so tak sbr2 nak menikmati makan pagi kerana perut semua dah berbunyi time tu hehehe.... Sampai kat sana Ya Rabbi memang ramai sgt org tengah makan pagi mcm2 kaum ada. Tak rugi lah kami sertai jelajah ni memang berbaloi-baloi.




Apa lagi pergi order Nasi Lemak campur dengan telur goreng, ayam goreng berempah bersama dengan kuih muih tradisional dan tak lupa minuman pagi kegemaran ramai Teh Ais lah hehehehe.. Tgk Leya dan kawan Hotfm Zoomerz semua makan tak ingat bertambah-tambah hehehe jgn marah Hotfm. Kawan2 semua nikmatilah gambar2 makanan yg sempat di ambil untuk tatapan semua. Kalau nak rasa kena dtg sendiri ker Restoran D'Cengkih TTDI ni.




Restoran ni bukan sahaja ada sediakan sarapan pagi tapi makan tghari dengan lauk pauk yg berbagai jenis pun ada untuk anda nikmati. Tapi lagi best sebenarnya kat restoran ni pagi dah ada live band daripada golongan2 suara emas. Tempat lain mana ada kat sini jer. So dah habis makan sarapan pagi kami akan mula bergerak ke negeri pantai timur iaitu Negeri Pahang untuk menikmati makan tghari yg lagi special. Nak tahu kena tunggu episod seterusnya sambungan Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-cola dan Hotfm. Jumpa lagi........ Bersambung....







Mahamahu,

Burger Bakar Kyroo Amin

Selasa, April 23, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga sihat lebih bahagia. Kalau baca blog Mah@mahu ni makan makan makan. Tapi sebenarnya makanan kat Malaysia ni tak pernah habis dan selalu berubah2 mengikut perkembangan semasa dan pemintaan. Korang pernah dgr Burger Bakar Abang Burn kan hehehe tapi tak pernah dgr Burger Bakar Kyroo Amin kan...


Hehehehe... tu sebenarnya sama jer Burger Bakar Abg Burn dan pemilik burger bakar ni kat cawangan Kajang iaitu saudara Kyroo Amin. Kalau sapa2 nak makan Burger Bakar Abg Burn leh cuba kat cawangan Kajang di Ramal Food Junction. Mcm kawasan food court kerana kat keliling tu memang byk gilalah kedai makan2 yg best and sedap2.




Ni lah pemilik burger bakar tersebut iaitu saudara Kyroo Amin yg duduk tengah2 tu muda dan hensem kan hehehehe. Muda2 lagi dah jadi businessman jelous betul lah heheheh. Rezeki kat Malaysia ada di mana2 kalau kita rajin berusaha Insyallah berjaya betul lah Amin hehehe. Kenal brader ni pun sebab dia kawn kepada seorang rakan blogger Mah@mahu iaitu Penabekala kalau korang pernah pergi blog dia. Kami bertemu di event Resort World Genting yg lepas.


So sapa2 nak rasa burger bakar abg burn ni leh pergi sana and bodek2 lah brader amin heheheheh wakakakka... Kat sana bukan sahaja ada burger bakar tapi special baru meet ball dengan sos lada hitam. Sedap gila lah meet ball tu... Ok lah selamat berblog semua..






Mahamahu,

Resepi Warisan Citarasa Baru Milik Blogger

Isnin, April 22, 2013 Mahamahu 0 Comments

RESTORAN TUTUP

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu yg sentiasa mengikuti entry2 pasal makan yg Mah@mahu suka cite pada semua. Maklumlah org kuat makan so suka update pasal tempat makan dan makan2 yg menarik kongsi dengan kawn2. Mana tahu dapat cuba juga boleh kongsi pendapat dan pengalaman juga kan. Entry kali ni pun pasal makan kat mana makan dan apa special kat sini kena baca sampai habis wakakakka..


Tempat makan kali ni sagt2 istimewa bukan sahaja kerana masakan yg special tetapi juga pemilik restoran ini adalah seorang yg special. Knp beliau special kerana beliau merupakan seorang blogger masakan yg juga popular di kalangan blogger. Sapa tak kenal Delima Zamrud seorang blogger tegar dalam dunia masakan. Beliau telah bukan sebuah restoran dengan rakan kongsi di Pusat Bandar Putra Permai Sri Kembangan. Cari sahaja Restoran Resepi Warisan dalam google maps atau GPS meati adanya senang jer nak jumpa.



Kalau pada yg biasa follow blog beliau mesti ramai dah tahu kehebatan dalam dunia masakan beliau. So tak menyesal nak pergi sana untuk menikmati sendiri air tangan daripada blogger ini. Restoran ni di bukan dari pukul 4 ptg sehingga 12 mlm buat masa ni sebab masih baru. So Mah@mahu dah pergi hari minggu lepas atas jemputan untuk menikmati makana yg sedap2 kat san teruja sgt. Actually Mah@mahu kenal blogger kak Delima ni masa program Masterchef Malaysia musim ke 2 dimana masa tu Mah@mahu dan kak Delima ni antara pemenang kuiz Masterchef Malaysia.

Bergambar dengan pemilik restoran yg baju kelabu tu Kak Delima
Menu utama yg ada di restoran Resepi Warisan ini pastinya masakan panas terutama Asam Pedas Johor. Itu di masakan sendiri isteri kepada rakan kongsi restoran ni. Ada yg lagi best menu penting kat sana macam Cucur Udang rangup dan juga Kacang Pool yg di masak sendiri oleh kak Delima. Mlm tu Mah@mahu dapat cuba semua resepi yg dikatanya warisan keluarga pemilik restoran ni. Mah@mahu jgua telah cuba menu paling best iaitu Nasi Goreng Ayam Lada Hitam dan kawn Mah@mahu cuba Kueh tauw Tomyam memang terbaik lah.





Semua sedap2 belaka dan berpuas hatilah dengan layanan serta masakan kat sana. Tambahan pula dengan menu air yg best dan terbaik yg Mah@mahu rasa iaitu air Epal Asam Boy dan juga Epal Susu. Kalau pada kawn2 yg tak sempat nak pergi ke restoran mereka boleh singgah dulu ker blog delimazamrud.my dan tgk menu2 resepi yg sedap. Dah puas tgk and rasa mcm nak cuba lepas tu kena lah pergi restoran mereka dan cuba resepi2 yg sedap tu. Sekali lagi ingat Restoran Resepi Warisan Bandar Putra Permai Sri Kembangan berdekatan dengan Gaint Sri Kembangan. So apa lagi jom serbu..... Selamat menjamu selera.



MAAF RESTORAN NI TELAH DITUTUP.....







Aktiviti,

Mainan Baru The Wave Di Genting Highlands

Ahad, April 21, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua kawan-kawan dan pembaca blog Mahamahu. Tu lah 3 entry berturut2 buat pasal keseronokan di kota keriangan Genting Highlands. Hehehe rasa mcm tak puas nak pergi lagi tapi apa kan daya sponsr dapat pergi kejap pun jadi lah. Tapi yang lagi best sebenarnya bila dpt cuba sendiri permainan baru yg telah berada di sana. 


 

Memang gila lah kalau korang naik sendiri bukan sahaja pening malah rasa mcm gempa bumi di buatnya kepala otak ni. Mana tidak dengan kelajuan putaran yg bagaikan rasa menaiki keretapi paling laju kat dunia hehehe. Pulak tu lagi dasyat bila tgh2 pusing laju lak terus di telah oleh mainan tu. Tak caya korang leh tgk sendiri kat video bawah ni memang gila lah.


Cita tak guna sembang tak kena korang pergi sendiri dan rasai kehebatan penangan The Wave. Tanyalah pada kawan-kawan yg pernah naik huhuhuhu paling hebat dan mencabar. Tapi pastikan korang nak naik jgn makan apa-apa dulu biar perut kosong tak adalah muntah nanti bila dah kuar hehehehhe... Enjoy lah kawan-kawan ok.





Aktiviti,

Best Makan Di Genting Highlands

Sabtu, April 20, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Kali ni entry makan lagi tu lah keje kalau dah blogger kuat makan ni hehehe.. Apa pun kali ni makan mewah dan pasti sponser penuh terima kasih kepada Resort World Genting dan juga Nuffnang kerana membawa Mahamahu untuk menikmati kehebatan makanan di puncak bukit tu.


Bersamaan dengan program "Spark Your Creativity With Graffiti" ramai golongan blogger di bawa ke Genting Highland untuk memeriahkan program. Tapi paling meriah adalah makanan kat sana memang tak terkata bak kata org setiap masa makan jer tak putus. Terbaik lah kali ni Mahamahu dapat pergi program makan dan makan angin hehehehe..




 

 


Ada berberapa restoran yang kita org pergi makan ada hidangan seafood dan juga ada hidangan Thailand sampai ke hidangan western memang terbaik lah. Makanan kat sini alah buffer so price per head tak adalah mahal boleh di bayar berbaloi dengan jumlah hidangan yang ada. Tak menang tangan nak ambil makanan and tak cukup ruang perut nak isi semua makanan. Tapi kalau dah makanan Thai pasti ramai menantikan TomYam yg hangat menyengat. 





 


Mahamahu paling suka sekali pencuci mulut yg ada terutama Pulut Mangga yang memang terbaik lah. Pergi mana2 restoran mesti ada Pulut Mangga. Balik KL terasa teringin lak nak buat pulut mangga huhuhu. Bukan susah pun yg penting ada pulut, santan dan mangga yang manis baru terangkat hehehe. Kawan enjoy lah gambar-gambar yg Mahamahu sempat snap untuk makanan yg pasti terbaik daripada Genting kota keriangan ok.





Aktiviti,

Terima Kasih Resort World Genting untuk YNOT Graffiting 2013

Khamis, April 18, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan penyokong setia blog Mah@mahu dan pada yg baru jengah blog Mah@mahu selamat datang di ucapkan semoga anda terus mengoment blog ini ok. Hujung minggu lepas dapat menghabiskan masa dengan aktiviti paling seronok sekali bersama rakan2 blog. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan juga Resort World Genting kerana telah membawakan Mah@mahu dan juga rakan2 blogger lain untuk ke sana berseronok.



Anda pernah baca entry Mah@mahu pasal seni Graffiti kan kalau tak baca lagi kat sini ada [klik sini]. Atas sebab tu lah Mah@mahu terpilih bersama 20 lagi rakan2 blogger lain yg hadir di Genting Higland untuk berseronok. Kami sebenarnya memeriakan lagi Program "Spark Your Creativity With Graffiti" yg mana program seni Graffiti bersama remaja.


Dalam program tu ada sebanyak 20 hasil Graffiti yg di lakar oleh mereka2 yang amatur untuk di pertandingkan. Semuanya cukup unik dan cantik sekali penuh kreativiti dan juga hasil seni anak muda yang sebenarnya boleh di ketengahkan. Untuk penentu kepada pemenang bagi rekaan graffiti paling kreatif dan cantik di tentukan oleh pengundian penonton dalam laman facebook YNOT. Kalau tgk pada hasil seni mereka ni tak sangka generasi Y ni byk kerativiti mampu di luahkan.






Selain daripada pameran graffiti ni kami juga di hiburkan dengan persembahan modern dance daripada juara program realiti Showdown iaitu Elecoldxhot. Memeng gempak lah persembahan mereka. Tgk lah video mereka kat bawah ni bukti kehebatan mereka terserlah dalam dunia tarian ni. Selain tu juga ada persembahan penuh aksi dan berani daripada pemain basikal BM. Huhuh gerun tgk dia org beraksi memang best and mantap. Kami juga di hiburkan oleh penyampai radio sensai iaitu HitFM siap bawa ketea Myvi HitFM.



 



Tapi paling best lah bila dapat habis masa di Genting Higland dengan penginapan satu malam di First World Resort. Siap makan dan minum sepanjang 2 hari yang memang susah nak dapat, tapi untuk part makan minum tu nanti Mah@mahu akan buat entry seterusnya. Sebab makan2 kat sini tip top lah terbaik wok.... Tapi apa pun sekali lagi thanks to Genting World Resot dan juga Nuffnang kerana telah memilih Mah@mahu untuk bergembira di sana.