Chines Cuisine,

Warong Taman Gopeng Menu Cina Muslim

Ahad, Disember 01, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga kepada rakan2 sekalian. Kebetulan blk kg hari tu Mah@mahu sempat menikmati antara tempat makan yg best di cadangkan oleh rakan sekampung Mah@mahu. Warong Taman Gopeng Bandar Mentakab Pahang, kalau sapa pernah sampai bandar Temerloh sebenarnya bandar Mentakab adalah di bawah jajahan Majlis Perbandaran Temerloh. 



Temerloh yg popular dengan ikan patin, hari tu Mah@mahu join jelajah makan bersama Coca-Cola sempat singgah makan patin kat bandar Temerloh, nak baca restoran ikan patin tgk entry ni [klik sini]. Tapi kali ni lain sgt2 warong yang di bawa oleh kawn Mah@mahu ni. Katanya kat sini makanan cina muslim cukup popular bukan sahaja golongan org Islam tetapi juga bangsa2 lain pun turut makan kat warong ni.


Tempat makan ni senang jer nak cari kalau lalu jalan Temerloh Mentakab akan sampai satu simpang ke Taman Gopeng masuk simpang 4 tu dan warong tu betul2 kat tepi simpang trafik light. Bila sebut menu chines muslim mestilah makanan semua bertemakan masakan cina. Kamu order makan set hidang yg terdiri daripada Ikan Talapia Masak Masam Manis, Sizling Tauhu yang panas berasap2, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung dan juga Sup Ekor tapi ni bukan dari warong tu tapi dari kedai sebelah sebab kedai tu tak ada jual sup ekor.






Betul lah kata kawn2 Mah@mahu kalau nak makan cina muslim masak memang kat sini antara yg sedap dan menarik. Makanan pasti tak berapa pedas dan masak ala2 cina masak, semua sedap2 rasa dan panas segar. Puas juga makan mlm tu lebih kurang harga RM 61.00 tak mahal pun hehehehe. Sekali dengan dua cawan air bepatutan lah kami makan kat kedai tu. Kalau nak cuba warong ini beroperasi dari pukul 5 petang hingga 11 malam.