Fast Food,

FoodRepublic Syurga Pelbagai Citarasa Dunia

Selasa, November 05, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 blogger sekalian. Rentetan daripada minggu review makanan daripada blog Mah@mahu ini makan kali ni pun nak review satu lagi tempat makan yg sedap di negara kita. Terletak di shopping komplek 1Utama Bandar Utama berkonsepkan foodcourt syurga makanan yg sedap2.


Terima kasih kepada Blooggers.com kerana memberi peluang untuk buat review makanan kali ini. Kalau kawn2 blogger lain nak tahu layai Facebook mereka hari ini juga. Kali ni review makanan paling byk yg sempat Mah@mahu rasa, kerana makanan terdiri daripada masakan Malaysia, Indonesia hingga ker Korean. Kalau tak caya boleh dtg sendiri ker FoodRepublic 1Utama. FoodRepublic ini ada 2 cawangan buat masa ini satu di Pavillion KL dan kedua di 1Utama.

 

Sedikit latar belakang FoodRepublic Mah@mahu pun tak tahu sebenarnya pasal tempat makan ni pernah pergi tapi tak tahu sejarahnya. FoodRepublic berkonsepkan foodcourt juga tetapi ia mengadungi gerai2 kecil di dalamnya yg menggabungkan pelbagai menu makana dalam dan luar negara. FoodRepublic 1Utama bekeluasan 13,300fs dengan mengandungi 15 gerai kecil dan beroperasi dari pukul 10.00pg - 10.00mlm.

 



Itu sedikit faktar pasal FoodRepublic tapi yg penting adalah menu yg terdapat disana. First sekali kami di perkenalkan dengan masakan daripada negara Indonesia. Gerai di beri nama Ayam Penyek Indo Cuisine adalah satu2 gerai ayam penyek di 1Utama. Menyediakan lebih daripada 20 menu daripada Indonesia. Mengutamakan menu Ayam Penyek yg cukup popular di Indonesia di hasilkan sendiri oleh pemilik gerai tersebut. 

Set Ayam Penyet

 

Mee Jawa

Set Petai Udang Berlado

Selain itu juga, di gerai Ayam Penyek Indo Cuisine ini terdapat juga makanan lain seperti Mee Jawa dan juga Petai Udang Berlado yg datang dalam satu set bersama nasi putih. Menu lain yg ada kat sana semua daripada negara Garuda tersebut iaitu Bakso, Nasi Goreng Indo Style, Pecal lele dan mcm2 lagi. Terima kasih kepada tuan pemilik gerai Ayam Penyek Indo Cuisine memang sedap masakan kat situ dan Ayam Penyer korang adalah terbaik dan paling lazat terutama sambalnya.

 

Selepas makan tadi kami di hidangkan pula dengan makanan bertemakan Chines Food. Nama gerai Yong Tau Foo mempunyai hidangan yg sesuai untuk mereka yg tidak makan pedas. Mempunyai makanan seperti Yong Tau Foo bersama Chee Cheung Fun. Ada lebih daripada 100 jenis bahan Yong Tau Foo boleh di pilih sendiri mengikut kegemaran anda bersama dua jenis sos utama.


Yong Tau Foo

 

Ada juga Mee Sup dan juga Chaw Keuh Teaw Sup yg di hidangkan sesuai untuk mereka yg mengutamakan makana sihat seperti sayuran. Makan kat gerai ini lite2 jer and simple kalau nak makan santai2 bersama kawan and tak nak makan berat2. Semua makanan sini sedap and menarik untuk di nikmati.


Lepas ke menu China kami lak di hidangkan dengan menu daripada negara Winter Sonata mana lagi kalau bukan Korean Food. Buat pertama kali Mah@mahu makan makanan daripada negara Korean ini. Memang semua bahan2 di import daripada sana dan juga pemilik gerai ini pun org korean. Pasti menu utama dekat gerai Miro Korean Delight ini adalah Kinchi Jigae With Rice dan Bibim Bap. Patut lah org Korean ni kurus and sihat2 sebab makan makanan yg sihat nasi dan sayur2an.

Bibim Bap



Kalau makanan Bibim Bap memang unik kerana terdiri daripada nasi yg di campur bersama sayur-sayuran dan juga sebiji telur. Kalau mcm kat negara kita ni Nasi Kerabulah campur sayur-sayuran hehehe. Paling sedap lak kalau kat negara kita panggil Lempeng tapi kat sana panggil Kinchi. Tapi pertama kali makan makanan Korean boleh tahan kalau sapa2 minat boleh dapatkan di FoodRepublic 1Utama memang original daripada Korean.

Kinchi

Yang terakhir lak kami di hidangkan dengan makanan berkonsepkan Claypot atau Hot Plate. Makanan yang masak panas2 dalam plate dan di hidang dengan berasap kepada tetamu. Hari tu kami di hidangkan dengan dua jenis claypot iaitu Chicken Black Paper Rice With Egg dan juga Mushroom Yee Mee With Egg. Memang panas dan sedap kalau makan time panas2 tu menyelerakan lah.




Selain menu dalam claypot ada juga makanan yg di hidang dalam bungkusan alumunium yg di bakar. Untuk masakan dalam alumunium ini mcm2 pilihan tgk pada menu tu sahaja semua ada nak masuk ayam, ikan dan juga seafood memang best. Kami di berikan cuba iaitu pilihan utama pelanggan kat sana iaitu Pari masak pedas dengan nasi putih. Semua hidangan dalam alumunium ini semua dtg dengan set nasi jadi memang kenyang dan best. 



Paling penting sebenar kalau makan kat FoodRepublic 1Utama ini ia mengutamakan kebersihan dan juga kualiti dalam setiap hidangan di gerai2 yg ada. Jadi tek perlu bimbang kalau semua kawan dtg makan sana di jamin selamat dan berkualiti. Harga juga di kawal ketat oleh pihak pengurusan FoodRepublic agar ia tidak berketelaluan dan mampu untuk di nikmati oleh semua rakyat Malaysia. Nak cuba satu tempat yg best dan santai selepas membeli belah boleh singgah di FoodRepublic 1Utama.








0 Pandangan: