Mahamahu,

Tips Nak Elak Makan Berlebihan Di Hari Raya

Jumaat, Ogos 09, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu, hari ni masih ramai lagi beraya kar rumah kawn2 dan juga rumah kekasih maklumlah raya2 ni nak eratkan silatulrahim anda bakal keluarga mertuakan. Mah@mahu pun masih beraya lagi time ni tgh blk kg and plan beraya serata tempat selagi mampu. Bukan apa kita bukan selalu dpt jumpa kawn2 lama kan so raya ni lah masa yg sesuai jumpa tak perlu set2 kan time. Tapi bila dah byk sgt tempat nak pergi byk lak makanan nak kena sumbat dlm perut ni. Dah dtg beraya kena jamah walau sedikit jaga hati tuan rumah. Tapi Mah@mahu nak kongsi tips bagaimana nak elak dari makan byk di musim perayaan tambah2 byk rumah kena pergi.


Tips ni Mah@mahu dapat sendiri daripada hasil pemantauan sepanjang bertahun2 Mah@mahu pergi beraya dan telah di praktikkan untuk kegunaan diri sendiri. Bukan apa org kita ni kalau dtg tak makan atau minum tak sah merajuk lah tuan rumah kan. So dalam nak jaga hati tuan rumah kena juga jaga perut sendiri agar tak over makan dan tak berlebihan sehingga memudaratkan diri.

Pertama 
Bila pergi beraya rumah jiran2 atau kawn2 yg pertama makan makanan ringan2 yg ada kat situ mcm makan kerepek pisang ker, kerepek ubi ker atau apa2 jenis kerepek. Jgn makan byk tapi makan mengikut kuantiti yg sedikit janji makan.

Kedua 
Bila dah makan jgn diselangi dengan minuman kalau makan habiskan makanan dahulu kemudiah baru minum. Kalau boleh jgn minum lebih dari setengah gelas setiap rumah dan jgn sekali-kali minum minuman berkarbonat. Nak elakkan daripada perut cepat kembung dan penuh nanti rumah ketiga dah tak daya nak makan.

Ketiga
Kalau ada makan berat seperti nasi atau mee atau soto atau lontong maklumlah rumah org Melayu semuakan berlemak dan berminyak. So makan lauk sahaja atau makanan utama kurangkan makan nasi atau mee. Ini kerana ia cepat mengenyangkan dan lambat di hadam.

Keempat
Bykkan berborak dengan tuan rumah agar kita tidak terlalu fokus utk makan sahaja. Beborak sedikit sebanyak akan mempercepatkan masa anda berada dalm satu2 rumah supa tak terlalu byk makan. Borak lak jgn sambil tangan menyuap dalam mulut sambil tu nak beborak bersembur nanti makanan tu heheheh..

Kelima
Bila dan habis makan tu jgn malas lak nak jalan, jgn asyik nak naik motor jer kalau rumah dekat2 so jalan kaki kerana ia akan meregangkan perut dengan makanan yg di makan tadi supaya tidak penuh dan senak.

So ada lima langkah yg and boleh cuba dan gunakan tapi kena tgk kesesuaian masa dan tempat juga. Mah@mahu cuma bagi tip apa yg boleh jer ok kalau mana sesuai korang ikut mana rasa tak perlu tak apa. Sedikit sebyak ia mengurangkan masalah ketidak selesaan perut ketika pergi beraya maklumlah raya ni mcm2 makana sedap and lazat2 so mata jadi rambang. Tambah2 lagi rumah terbuka makin byk nak di makan. Kalau rakan2 gym ni mesti dia org diet nak jaga 6pack Mah@mahu ni ada lah 1 pack jer wakakkakaka.. Ok lah semua selamat beraya dan selamat menjamu selera...