Local Food,

Kelainan Jadi Sebutan di Restauran Monrods

Sabtu, Ogos 17, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 masih boleh lagi kan Mah@mahu nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 yg selalu singgah kat sini. Masa ni ramai juga yg buat rumah terbuka dan juga yg tak kurang hebat buat majlis kenduri kahwin. Alang2 dah bulan Syawal tetamu pun tak kurang dapat jemputan Mah@mahu pun byk juga dpt jemputan ni so kena penuhi.


Tapi kali ni Mah@mahu nak kongsi satu tempat makan yg hebat dan sedap kat Malaysia ni. Jauh di negeri pantai timur di Bandar Kuantan satu lagi tempat makan yg Mah@mahu sempat pergi untuk menikmati makanan bertaraf antarabangsa di negara kita. Bukan product luar negara tapi milik penuh bumiputra memang sedap dan setaraf antarabangsa. Hasil gabungan dua anak muda yg cukup minat dalam dunia masakan. Mah@mahu ada terbaca sedikit pasal asal usul restauran ini dari negeri Utara tanah air. 

 




Restauran Monrods menyediakan menu tempatan dan juga western yg sedap dan terbaik. Menurut kata pengunjung restauran ni menu paling hebat kat sini adalah Nasi Ayam Istana, Nasi Ayam Madu, Nasi Ayam Di panggang dan Nasi Ayam di Hainan. Kata pengunjung kat sini ayam yg disediakan cukup dengan rempah dan juga cara masa yg unik menjadi ia cukup sempurna dan memenuhi selera org tempatan.

 

Kalau pengunjung nak cuba masakan western kat sini pun tak kurang hebatnya. Mah@mahu sempat cuba western kat sini je sebab menu nasi ayam cepat sangat habis kalau lambat dtg hehehe. Mah@mahu cuba Lamb Chop dan juga Sirlion Stick iaitu stick daging lembu juga tapi di masak sengan cara lain. Fish and Chip dan Blackpaper pun ada untuk sapa yg suka makanan sihat dan berzat kat sini. Kalau dtg memang selesa sangat kat sini.


 



Suasana kedai dan juga warna yang di dekorasi kat sini menjadi Restauran Monrods lain daripada suasana restauran yg biasa kita kunjungi. Selain daripada menu Nasi Ayam dan juga Western kat sini juga ada menu sampingan daripada citarasa tempatan seperti Cucur Ikan Bilis, Ubi Rebus, Pisang Rebu, Pecal, Kerabu Mangga dan mcm2 lagi. Semua menu tempatan yg di garap dengan cara tersendiri oleh pemilik restauran ini iaitu En Mon dan En Rods nama panggilan mereka.

 


Kalau nak cuba kelainan boleh ke Restauran Mon & Rods yg juga ada cawangan serata Malaysia seperti di Shah Alam, Kulik Kedah dan Kuantan. Dengan tagline "Kelainan Jadi Sebutan" memang cukup unik dan lain restauran ini untuk mereka yg memang minta dalam dunia makanan. Boleh cuba dan rasa sendiri di Restauran Monrods sedap dan menyelerakan. Terasa makan kat luar negara lak hehehehe selamat menjamu selera.







0 Pandangan: