Asam Pedas Ayam Menu Buka Puasa Dengan Uncle Syaf

Selama berpuasa kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga kepada rakan2 blogger lain. Makin hari makin kita kuat dan terus bertahan untuk berpuasa menunaikan tuntutan agama kita di bulan mulia ini. Sudah masuk hari ketujuh berpuasa tak terasa waktu berlalu sungguh cepat Mah@mahu pun bagaikan rasa masih baru lagi. Tapi moga puasa tahun ini di terima-Nya dengan penuh keberkatan Insyallah. 

Apa lagi bila sebut puasa mesti nak cite pasal makan berbuka puasa. Mah@mahu hari minggu lepas sempat berbuka puasa di rumah rakan blogger juga dulu tapi dah cuci tangan katanya hehehe jgn mcm tu Uncle Syaf. Sapa tak kenal dengan blogger Uncle Syaf dia ni dulu aktiv tapi skarang dah slow tak apa nanti akan sambung lagi yer Uncle Syaf. Sebenarnya Uncle Syaf ni ada bakat tersembunyi iaitu bakat memasak. Tak sangka pergi berbuka rumah dia memang byk sgt makanan ala kampung tradisional katanya hehehe..


Bila nak dekat berbuka pergi shopping beli barang2 nak masak teman Uncle Syaf pergi Mydin Putrajaya. Menu utama hari tu  nak masak Asam Pedas Kepala Ikan Merah tapi syg bila sampai sana jer kepala ikan habis maka tukar menu kepada ayam. Kata dia ayam pun sodap juga masak asam pedas maklumlah Uncle Syaf org nogori hehehe. Beli ayam sekor dan juga pedal ayam tambahan nak masak pedal ayam goreng pedas. Tambah lak ikan masin terbaik lah..


Sampai rumah masaklah Mah@mahu pun tolong apa yg patut potong bahan masak nak cepat. Uncle Syaf memang pandai masak kampung terutama masakan Nogori Sembilan. Kalau sebut Asam Pedas memang masakan signature dia. Mah@mahu ni tahu makan and komen jer kalau sedap mesti dapat bintang yg kurang tu faham2 jer lah hehehe. Menu buka puasa hari tu memang best byk dan kenyang makan pastu menu utama Asam Pedas Ayam, Goreng Pedas Pedal Ayam, Telur Dadar dan juga Ikan Masin goreng memang terbaikkkk.....



Thanks lah pada Uncle Syaf kerana sudi masak untuk Mah@mahu dan kawn yg dtg singgah rumah. Sebenar Uncle Syaf ni seorang yg berniaga kat bazar Ramadhan persint 11 Putrajaya. Kalau pergi sana jumpa lah Uncle Syaf ada jual Puding Roti & Kek Coklat. Selain tu juga dia ada jual Takoyaki makanan yg popular kat Jepun. Kalau nak cuba boleh pergi bazar kat sana dan cari yg gerai jual Takoyaki satu2nya kat bazar Persint 11 tu. Ok lah semua selamat menjamu selera....