Aktiviti,

Jalan-Jalan Cari Makan di Kopitiam Asam Pedas

Khamis, April 04, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan dan juga pembaca blog Mah@mahu. Semenjak dua menjak ni rajin lak buat entry berkaitan makan hehehe. Tak salahkan nak share tempat2 makan yg hebat2 dan menarik kat Malaysia ni. Kali ni lak tempat makan untuk peminat asam pedas bila sebut jer asam pedas ramai dah meleleh air liur hehehehe..
Kopitiam Asam Pedas terletak di Putra Walk Commercial Centre, Bandar Putra Permai Sri Kembangan. Kalau korang nak cari senang jer jumpa Aeon Sri Kembangan tu aaa dah dekat lah kat area situ seberang jalan sahaja. Kedai kat laluan dalam tu and ada tulis Kopitiam Asam Pedas.



Rasa mcm kedai baru jer buka kat sana sebab sebelum ni Mah@mahu pergi sana makan kat restorant yg agak popular tapi tak nampak kopitiam ni. Baru2 ni nak pergi makan kat kedai tu dah tak ada kedai yg sedap tu dan nampak restorant ni and terus cuba sebab ada asam pedas katanya dari pada Johor belah mana tak pasti.

Ada menu dengan set2 yg sesuai dimakan lengkap tak perlu order byk harga pun berpatutan. Kalau korang tgk menu tu kat depan dan ada senarai set hidangan terdiri daripada Asam Pedas Ikan Merah, Asam Pedas Daging Tetel, Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Siakap dan byk lagi. Selain tu juga ada menu lain sepergi goreng2 dan masakan panas. Minuman pun byk pilihan kalau pergi sana boleh pilih apa sahaja mcm Mah@mahu minum air Epal Asamboi dan juga Air Mata Kucing



Kalau kawn nak pergi memang di galakkan kerana asam pedas hebat dan rasa original kesedapan rempah dan juga masakan yg sempurna. Pedas dan juga terangkat bila makan. Tak puas rasa nak tambah2 lagi nasi tu hehehehe.. Menu lain korang leh cuba juga jgn lupa ok. Visit mereke di facebook Kopitiam Asam Pedas untuk sebarang promosi dan juga tawaran makanan hebat.



MAAF RESTORAN TELAH TUTUP....