Astro,

Kifli Mally Tak Takut Ular

Rabu, Disember 19, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan dan juga pembaca blog Mah@mahu harap dapat menjalankan tugas dengn gembira dan ceria selalu hendaknya. Tgk tajuk jer mesti ramai kata dia ni org kuat kan. Tak takut ular heheheh.. Tapi itu lah yg telah di buktikan oleh beliau selaku Juara Fear Factor Edisi Blogger yg telah berlangsung pada sabtu lepas di Sunway Piramid. Untuk maklumat, gambar dan aksi mereka sepanjang acara boleh layari Facebook Fear Factor Malaysia.
 

Ye lah mata tak nye kata Kifli dia hanya takut pada labah2 besar tapi cabaran Fear Factor pula letak ular sawa sebesar betis. So mudah lah bagi dia nak hadapi keran dia berjaya menyelesaikan semua cabaran dalam masa 43 saat sahaja. Ada 4 cabaran and semua dia berjaya hadapi tanpa rasa takut. Nak tahu cabaran kena baca entry Mah@mahu yg lepas [klik sini].


Dia berjaya menewaskan 29 org blogger lain yg juga sama menyahut cabaran pada hari tu. Mula dia dtg dengan penuh ketakutan, ye lah first time nak buat cabaran Fear Factor. Tgk dalam tv bukan main ada lompat2 and terjun2  bangunan. Pastu kena berendam dalam ulat, ular dan mcm2 lagi lah. So perasaan bercampur baur ada dalam hati ni tak tahu cabaran mana satu akan di hadapi. 


Betul lah kata org kalau kita takut kita kena hadapi gak ketakutan itu kerana itu sahaja yg dapat membantu  kita dalam mengatasi ketakutan itu. Kalau tak sampai bila2 kita akan takut. Tahniah kepada Kifli Mally kerana berjaya menjadi juara Fear Factor Edisi Blogger kali ini. Kifli berjaya membawa pulang MACBook Pro dan juga wang tunai serta barang cenderamata daripada Astro huhuhu meriah lah kau kan. Lepas jer habis acara terus saudara Kifli ni murah hati nak belanja kita org makan. Apa lagi dalam keadaan yg lapo tersangat2 lah kami semua pergi makan di Laksa Shake Sunway Piramid.




Masa makan tu semua mula sesi pengenalan lebih rapat dengan rakan blogger lain. Tak sangkakan program mcm ni sebenarnya mengeratkan kita antara blogger yg sebelum ini kenal melalu alam penulisan sahaja. Saling komen and follow memfollow jer tapi tak tahu sapa yg kita comment tu. Apa pun terima kasih lah kepada Kifli Mally, kepada Astro dan juga kepada Nuffnang atas semuanya. Tak lupa kepada rakan2 blogger nak senarai kat sini yg sempat kenal dan kalau korang ada masa terjahlah blog meraka ok kerana mereka ni semua sporting..

Abg Eriqazz, Kak Ayu, Amir Nawawi, Khairul Anuar, By Rawlins, Hans , Hidayat, dan ramai lagi sorry sapa2 tak ada blog sini sila comment kemudian saya masuk hehehehe..