Butterbear,

Luckin Coffee Melancarkan Siri Little Butter & Holiday Bersama Kolaborasi Dengan Butterbear

Khamis, November 13, 2025 Mahamahu 0 Comments

Menjelang musim perayaan hujung tahun, Luckin Coffee Malaysia hari ini memperkenalkan siri minuman terbaharunya iaitu Little Butter Series dan Holiday Series, hasil kolaborasi bersama Butterbear, salah satu watak IP paling popular dari Thailand. Kolaborasi yang bermakna ini selari dengan komitmen Luckin Coffee untuk terus memperluaskan pengalaman tempatan yang unik, memperkukuh hubungan dengan para pelanggan, serta menghadirkan detik menikmati kopi yang indah, hangat dan penuh keceriaan kepada rakyat Malaysia



Keisimewaannya Little Butter Latte, Little Butter Americano, Tiramisu Latte, Toffee Hazelnut Latte, Joyful Cocoa, dan Soufflé Latte, yang akan tersedia sepanjang bulan November dan Disember. Menambah kemeriahan musim perayaan kali ini, Luckin Coffee akan memperkenalkan rangkaian kek dan pastri pertamanya di cawangan terpilih, bermula 14 November.

Luckin Coffee x Butterbear: 2 Siri Yang Mencairkan Hati

Diilhamkan daripada semangat Butterbear yang lembut dan menghangatkan hati, siri ini pasti menggembirakan para peminat. Bermula 7 November 2025, peminat Luckin boleh menikmati dua minuman istimewa daripada Little Butter Series:
Little Butter Latte: Juara jualan #1 di Singapura pada tahun 2024. Gabungan susu berperisa mentega dan espresso yang kaya menghasilkan keharmonian rasa lembut, berkrim dengan aroma berperisa kacang yang menarik.
Little Butter Americano: Espresso yang kuat digabungkan dengan susu berperisa mentega untuk keseimbangan rasa yang lembut dan tenang.



Perayaan diteruskan dengan gelombang kedua siri “Holiday Series” yang menawarkan kemanisan dan kemewahan:

Tiramisu Latte (14 November): Latte sejuk yang menggabungkan espresso pekat dengan susu lembut, dilapisi dengan serbuk koko dan kemanisan kopi, memberikan rasa yang menyegarkan dan memuaskan.
Toffee Hazelnut Latte (5 Disember): Espresso pekat berpadu dengan susu berkrim, disertai rasa karamel toffee dan kehangatan hazelnut panggang. Minuman ini lembut, beraroma kacang dan menyamankan.
Joyful Cocoa (5 Disember): Minuman koko yang kaya dan berkrim, memberi kehangatan serta keceriaan musim perayaan.
Soufflé Latte (29 Disember): Espresso pekat dihiasi dengan krim kastard lembut, menghasilkan pengalaman minuman seakan awan yang mewah.
 
Menambah sentuhan manis pada perayaan ini, Luckin Coffee turut memperkenalkan koleksi eksklusif Butterbear termasuk: pelekat (mulai 7 November), pin enamel (mulai 14 November), cawan seramik dan bingkai polaroid (mulai 5 Disember). Koleksi ini boleh didapati dengan setiap pembelian Little Butter Series atau Holiday Series.



Butterbear Mengambil Alih 12 Cawangan Luckin Coffee di Lembah Klang

Luckin Coffee turut menghidupkan semangat Butterbear dengan mengambil alih 12 cawangan Luckin Coffee di Lembah Klang, menjadikannya lokasi bertema yang menarik dan sesuai untuk bergambar. Setiap cawangan dihiasi dengan dekorasi Butterbear bersaiz besar serta paparan eksklusif yang menyerlahkan keunikan kolaborasi ini. Para peminat dijemput untuk menikmati pengalaman penuh Butterbear sambil menikmati keenakan Little Butter Series dan Holiday Series.

Luckin Coffee mengajak semua rakyat Malaysia untuk berkongsi kehangatan dan kemanisan musim perayaan dengan setiap cawan kopi. Sama ada untuk diri sendiri atau bersama yang tersayang, Luckin Coffee hadir untuk menjadikan musim perayaan anda lebih bermakna dan lazat.



Aplikasi Luckin Coffee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store, Google Play, dan Huawei App Gallery. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Luckin Coffee, sila ikuti kemas kini di media sosial rasmi Facebook, Instagram, TikTok, dan XiaoHongShu, atau lawati aplikasi Luckin Coffee.









0 Pandangan: