Berita,

Pengabai Kucing Mengaku Salah

Rabu, Jun 13, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan gembira selalu. Jangan lupa untuk sertai contest kat blog Mah@mahu masih di buka lagi dan masih menerima penyertaan daripada semua kawn2 blog. Hadiah lumayan menanti anda untuk menyertai klik sini. Pada rakan2 hari ini harap dapat si mulakan dengan perkara yg baik dan sihat jgn lah menganiyai binatang walaupun kita bukan suka binatang tu tiada dosa mereka pada kita.

Itulah ungkapan kepada pemilik sebuah petshop yg telah di dakwa pada dari tahun lepas lagi atas kes mengabaikan binatang jagaan nya di pusat haiwan tersebut. Pihak tertuduh akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan mengabaikan tanggungjawab menjaga haiwan2 yg di tinggalkan di pusat jagaannya. Hukuman denda RM200 dan penjara 6 bulan mcm tak memadai jer untuk memberi pengajaran kepada mereka ni.

Pada september tahun lepas kecoh cerita lebih 100 ekor kucing yg di hantar pemilik ke pusat jagaan itu tidak di beri makan dan minum selama seminggu. Sehinggakan ada yg dah mati dan ada yg dalam keadaan sangat tenat. Maka semua pemilik haiwan tersebut telah membuat laporan polis kepada pengjaga di pusat jagaan haiwan itu kerana mengabaikan tugas mereka. Alasan yg di berikan tidak cukup kakitangan untuk menjaga haiwan2 ini semua. 

Kalau dah tahu tak cukup knp nak ambil byk sangat ambil mengikut kemampuan anda lah kan. Ini nampak sngt nak kejar duit semata-mata tanpa memikirkan kekurangan kakitangan. Sebab menurut pemilik haiwan itu ada sesetengahnya membayar sehingga RM500 untuk menjaga haiwan tersebut. Kejam sangatkan sampai mcm tu buat kat meraka. Ada pic2 haiwan tu dalam keadaan yg kurus sangat tapi tak sanggup nak letak kat sini. Harap ini akan memberi pengajaran kepada sesiapa yg nak galas tanggungjawab jaga haiwan ini jng sampai mereka teraniaya. Kita manusia di cipta untuk menjaga alam dan haiwan yg berada di dalamnya kerana kita sahaja ada akal untuk berfikir.