Operasi Menyelamat Mangsa Sangkut Di Singki

Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu. Terima kasih atas sokongan anda sehingga kini memberi kekuatan untuk Mah@mahu menulis lagi hehehehe.. Dah mcm ucapan pemimpin negara lak. Kali ni nak share ngan kawn2 kisah kelakar puna ada sedih pun ada dan pengajaran pun ada. Kita ni kan manusia kadang2 alpha dengan segalanya kadang2 seronok sgt sampai tidak sedar ada bahaya menunggu di depan.

Kes 1

Bukan satu cerita serius tapi satu yg boleh di katakan kelakar juga lah. Tapi kedua2 cite ni ada kaitan satu sama lain dan mangsa adalah sama iaitu kucing. Bukan kes dera atpi kes pertama ni adalah kawn Mah@mahu ni nak belajar memotong kuku kucingnya. Tiada pengalaman sebelum ini tapi belajar daripada tgk org buat so dia pun nak cuba buat. Tapi bukan nak salah dia mungkin kurang pengalaman membuatkan bila nak potong tu kucing tu meronta-ronta sehinggakan di terpotong bahagian kuku yg tidak sepatutnya. 


Kerana kuku kucing ni ada urat darah dalamnya iaitu bahagian yg dipanggil 'Quick'. Selalu kalau nak potong kena potong depan daripada bahagia tersebut agar kucing tak sakit dan tak kuar darah. Kawn Mah@mahu ni punya lah terkejut sehingga terpotong bahagia tersebut maka keluarlah darah dari kuku kucing tu. Dah kelamkabut kena bawa klinik buat rawatan. Nasib baik doktor kata tak ada apa2 cuma cedera sikit jer. Lepas seminggu kuku tu akan panjang semula jng risau, doktor cuma letak Iodin jer untuk elak jangkitan.

Kes 2

Lepas tu pulak baru jer habis satu kes dtg lak satu kes lagi, kawn Mah@mahu ni nak jadi cerita entah knp tiba2 hari tu dia terasa nak mandikan kucing dalam singki kat dapur rumah dia. Itu lah kata org malang tak berbau makan nak jadi cerita tiba2 jari kaki kucing tersekat kat dlm singki tu. Jenuh dia berusaha nak kuar kan jari kucing tu dari dalam singki dah putus ada dia call Mah@mahu minta bantuan. Kebetulan masa tu dekat dengan pusat Jabatan Pertahanan Awam. Maka terus pergi sana buat laporan minta tolong mereka ni.


Sebab sebelum ni JPAM kan glamor dengan kes tangkap ular masuk rumah, tangkap lembu terlepas lah, dan mcm2 lagi keje menyelamat ni. Tapi hari tu memang sejarahlah buat dia JPAM dtg rumah untuk pertama kali mereka buat tugas menyelamat kucing tersangkut jari kaki dalam singki. Gelak juga abg JPAM tu bila tgk keadaan mcm tu. Tapi keran tugas abg tu jalankan tanggungjawab dengan dedikasi. Setelah setengah jam baru dapat di keluarkan jari kucing tu selepas habis semua singki tu di buka dan di potong. Sian2 tak pasal2 jadi kes. Apa pun terima kasih pada abg2 JPAM tu kerana kalau dia org tak ada tido dlm singki lah kucing tu hehehehe...

Sebenarnya mereka ni pencinta kucing dan syg sgt kucing mereka tu yg jaga beria tapi mcm selalulah malang tak berbau. Pengajaran buat kita kat sini pengalaman mengajar segalanya kadang2 kita ni leka dan tak berhati2 membuat org lain jadi mangsa. Tapi apa pun jng lah mandi kucing dalam singki paling penting ok. Buat kawn2 Mah@mahu tu ambil iktibar dan pada yg lain nak jaga kucing pun sama2 ambil pengajaran. Agar tak jadi pada kita ok. Huuhu hari tu Mah@mahu nak jadikan hari kucing sedunia lah hehehe kelakar....