Article,

10 Sebab kenapa matlamat kesihatan dan kecergasan tidak tercapai

Khamis, Mei 24, 2012 Mahamahu 0 Comments


1. Tidak suka perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan. Tiada siapa yang suka untuk mengenepikan sarapan yang lazat yang sudah biasa dinikmati setiap pagi sejak 10 tahun yang lalu!

2. Tidak menerima hakikat: Sama seperti tabiat merokok, atau tabiat yang lain-lain, kita sering tidak dapat menerima hakikat bahawa kita harus berubah. Langkah pertama yang kita perlukan adalah, kita harus menerima hakikat yang kita memerlukan pertolongan!

3. Tidak sabar: Ramai yang berpendapat bahawa pelan nutrisi dan kecergasan harus dicapai dalam 12 minggu. Ini sangat tidak praktikalori!

4. Matlamat yang tidak realistik: Ini adalah akibat terlalu banyak pengaruh TV dan majalah. Ramai yang ingin kelihatan seperti model-model di TV, memang inya tidak mustahil tetetapi ia akan memakan lebih banyak masa.

5. Kurang motivasi: Tanpa motivasi yang cukup, keperatusan anda untuk mengikuti rutin kecergasan adalah adalah tipis.

6. Tiada panduan: Kita semua memerlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mule dari A dan berakhir ke Z. Tanpanya kita akan seperti berjalan dalam gelap!

7. Tidak menitik berat tentang kehidupan: Ini terutamanya berlaku pada mereka yang berumur 20-an dan 30-an. Kita selalunya tidak ambil peduli sehingga kita mencecah umur lewat 30-an dan awal 40-an dan ketika itulah kita akan mula terfikir dari mana datangnya ke’boroi’an itu!

8. Tidak tahu bagaimana: Ramai yang terlalu fokus pada kuantiti dan tidak pada kualiti. Ini akan memberikan hasil yang cukup sedikit. Ingat, semuanya adalah tentang kualiti!


9. Hidup ini penuh kenikmatan: Dari coklat ke gula-gula kandi, ke makanan segera, makanan enak berada di mana-mana! Memang terdapat banyak makanan berkhasiat juga, tetetapi ia tidak seenak makanan yang lain-lain, bukan?;)

10.Gaya hidup: Kehidupan sekarang sememang jauh lebih berbeza dari zaman 70-an, 80-an. Kita sekarang lebih cenderung untuk bekerja menghadap PC atau bermain video game. Tamabahan pula dengan makanan-makanan ‘enak’ sekarang, sememangnya kombinasi yang mengagalkan!


*Artikel daripada MLP Health from Kevin Zahri



ANDA LAYAK MEMENANGI WANG TUNAI DAN DENCERAMATA KHAS