Pets

Obesiti Di Kalangan Kucing

Selasa, Februari 28, 2012 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca semoga sihat dan dilimpahi rahmat dariNya Insyallah. Hari ni nak tunjuk sesuatu yg memang cukup comel tapi ada bahayanya. Mah@mahu telah ke rumah kawn dan terlihat seokor kucing milik jiran beliau ni. Memang comel dan gebu tapi mcm dah obesiti tgk keadaan kucing ini. Tak tahulah tuan punya ni bagi makan apa atau memang baka kucing ni mcm ni..


Tapi ia menarik minat Mah@mahu untuk mendekati kucing sebegini. Kalau dilihat dari fizikal kucing ini masih sihat dan terjaga. Bulu cantik seperti dimandi hari2. Tapi kalau di teliti daripada saiz badan dan kepala adalah tidak seimbang begitu juga kaki yg agak pendek. Mengukit mereka yg pakar kucing sebegini adalah bekemungkinan telah di beri suntikan genetik.


Dimana suntikan ini untuk membesarkan saiz kucing ini daripada keadaan yg asal. Sebab dilihat kucing ini masih agresif dan mampu untuk berjalan mahupun memanjat. Tapi kerana saiz yg besar itu membuatkan kucing ini sedikit malas. Adakah ini satu daripada revolusi paksaan yg kita lakukan terhadap binatang. Tak tahu lah nak kata tapi yg penting kita buat jng menyiksa binatang tersebut dan jgn sampai di persoal di akhirat nanti. Huhuhu apa pun Mah@mahu tetap suka tgk kucing ni comelnyer geram nak peluk rasa.