Aktiviti,

Hitz.FM Birthday Invasion Raikan Pendengar Setia

Isnin, Februari 27, 2012 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan dan juga pembaca blog Mah@mahu. Semoga hari-hari anda lebih bermakna dan lebih ceria bersama insan tersayang. Bagimana hari minggu anda pasti dipenuhi dengan aktiviti serta perkara2 yg menyeronokkan. Begitu juga Mah@mahu yg mendapat jemputan birthday party dari sapa heheheh....

Baru-baru ini Hitz.FM telah mengadakan Birthday Invasion kepada semua peminat2 dan juga penyokong radio inggeris tempatan no1 di Malaysia ni. Memang best dah meriah sgt majlis pada 25 February bertempat di dalam stadium Putra Bukit Jalil itu. Di penuhi lebih kurang 1000 pendengar setia saluran radio tersebut termasuklah Mah@mahu yg mendapat 4 tiket jemputan.


Semua peminat di hiburkan dengan persembahan mantap dan bertenaga daripada barisan artis2 yg popular. Ada juga persembahan artis2 indi yg tgh mencipta nama seperti kumpulan Oh Chentaku, K-Town Clan, Salam Muzik, Red Dragon dan byk lagi. Paling dinantikan persembahan daripada artis2 tempatan tanahair seperti kumpulan Hujan pasti tidak ketinggalan isteri Noh sendiri iaitu Mizz Nina


Paling hebat dan membuat gempak satu stadium adalah persembahan daripada kumpulan One Buck Short dan juga Pop Shuvit. Memang terbaiklah dua kumpulan ini membuatkan penonton tak duduk diam semua nak menari seakan berada dalam sebuah club hebat. Selain persembahan live artis2 tempatan ada juga selingan daripada video klip artis2 luar negara untuk santapan halwa telinga penonton dan pasti lagu Some Like You menjadikan stadium bertukar seperti di pusat karaoke apabila semua penonton menyanyikannya bersama. 


Memang hebatlah party tersebut. Terima kasih kepada Hitz.Fm kerana jemputan tersebut dan tahniah diucapkan kepada HitzFm kerana sudah berada dalam industri lebih dari 15 tahun. Hebat dan tenyata masih menyengat dan hangat. Kami terhibur dan harap akan di adakan lagi majlis2 seperti ini untuk mengeratkan hubugan pendengar dan juga Dj2 di Hitz.FM