Hiburan

Cinta Muka Buku Senarai Separuh Akhir Muzik-Muzik 26

Khamis, Oktober 27, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam apa khabar semua salam 1 Malaysia. Cerita kali ni nak sentuh pasal dunia hiburan tempatan yg sekrang sedang dilanda dengan satu virus iaitu Cinta Muka Buku. Virus yg dicipta oleh seorang gadis bernama Najwa Latif. Bermula dengan minat dan juga suka2 merakam lagu dan memuat naik ke laman youTube sekrang beliau mampu bersaing dengan artis hebat tanahair.

 

Mana taknya beliau yg dulu hanya digelar artis youTube seperti artis sebelum ini iaitu Ana Rafalli mampu untuk menghasilkan karya yg cukup menawan hati semua pendengar. Bukan sahaja muda atau kanak2 malah golongan yg veteran juga minat kerana semua ada Facebook. Adakah Najwa Latif bakal mengulangi kejayaan yg pernah di raih oleh Anna Rafalli semasa Anugerah Juara Lagu yg lepas. Selepas puas terima kritikan dan juga gosip dalam dunia seni ini Najwa harus lebih matang dan bersedia semuanya.

Kini Najwa sudah patut bangga dan seronok kerana mampu membuat persembahan sebaris dengan artis yg lebih popular. Beliau yg tercalon dalam separuh akhir  Muzik-Muzik bersama 29 lagi peserta, pasti tidak sabar untuk merasai pentas yg telah membawa byk juara ke peringkat yg lebih tinggi. Namun setakat mana persediaan Najwa terhadap semua ini dan mampu kah Cinta Muka Buku membawa satu lagi nama anak seni yg berani ini terus maju dan berjaya dalam dunia seninya, sama2 kita tunggu keputusan nanti ok.

Berikut merupakan senarai lagu dan penyanyi (komposer/penulis lirik) yang mara ke peringkat Muzik Muzik 26 Separuh Akhir:

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

Tahniah kepad yg tercalon.