Kesedapan Hingga Ke Jilatan Terakhir

12:00 PTG Maha Mahu 11 Comments

Warna, rasa dan rupa hasil gabungan tiga sumber deria ini di terapkan dalam satu adunan menjadikan ia sebuah ciptaan yg pasti membuatkan hati berdebar2 bila menikmatinya. Kekuatan dan keenakan rasa buah sejati menjadikan ia inspirasi kepada manusia untuk menjana deria menjadi lebih proaktif. Oleh itu dengan kepintaran dalam memenuhi keperluan nafsu kesedapan maka terhasillah Wall's Selection Gold Series.
Ia diperbuat menggunakan bahan-bahan terbaik dan telah diilhamkan secara eksklusif serta diadun oleh tiga daripada pakar kulinari terkemuka dari Filipina. Setiap rekaan menuntut perhatian semua penggemar ais krim kerana setiap sudu Wall’s Selection Gold menjanjikan satu pengalaman yang indah serta memuaskan. Ia ditawarkan dalam tiga perisa ais krim kegemaran ramai yang enak - Chocolate Truffles, Hazelnut Brownie dan Berry Strawberry.
Wall’s Selection Gold ditawarkan dalam pint menegak 465ml yang sesuai untuk sesiapa pun menikmati ais krim secara gaya gourmet sejati. Berharga RM9.90 setiap satu, Wall’s Selection Gold baru ini boleh dibeli dari semua pasar raya terkemuka di seluruh negara. Enak untuk dinikmati seisi keluarga di rumah atau juga dibawa kemana sahaja bersama.
Untuk maklumat lanjut mengenai Wall's Selection Gold, layari www.walls.com.my. Khas dari www.hotfm.com.my

Anda juga suka post ini...

11 ulasan:

  1. Mmg sedap hingga menjilat sudu! perghhh!

    BalasPadam
  2. pergh. kecur air liur nengok nye.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama17 Mac, 2011

    emm,sedapnyerrr :)

    BalasPadam
  4. pergh memang sedap...lah...kalau tambah buah2 han untuk menikmati kelainan...lagi syok...sbb certain orang tak suka coklat tapi kalau tambah buah2....syok...

    BalasPadam
  5. grrrrrr...balik nih aku nk makan eskem...grrrrrr

    kalo tak malas,singgah la kenapa perempuan jadi mangsa laki gila seks

    BalasPadam
  6. mmg sedap gile ar..lagi2 yg hazelnut brownie tuu.. :)

    BalasPadam
  7. adoi.aiskem. sedapnyeeeeeeeeeeee!omg!

    BalasPadam
  8. kesedapan xterhingga..lg sedap kalau ada y nak belanja...hehehe

    BalasPadam
  9. memang sedap. sy suka yg stobery. thx dah follow blog sy.

    BalasPadam
  10. sokong2....memng sedap giler...

    BalasPadam