Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label produk minuman. Papar semua catatan

Menambat Selera Rakyat Malaysia dengan Kebaikan Berasaskan TumbuhanTerbaharu dari Nestlé

Lebih ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menikmati minuman berkhasiat yang tidak terhad kepada produk tenusu. Dalam usaha untuk memenuhi pilihan pemakanan yang kian berubah, Nestlé GOODNES menunjukkan bagaimana minuman berasaskan protein tumbuhan semakin mendapat perhatian dengan pilihan lazat yang ditawarkannya.


QSR Trading Terokai Penjualan Minuman Melalui Kerjasama Dengan Pengeluar Teh Dunia, Akbar Tea

QSR Trading teruja mengumumkan kerjasama dengan Akbar Tea, sebuah jenama teh premium, dalam senarai produk dan jualan di bawah syarikatnya. Lebih menarik, Akbar Tea adalah jenama minuman pertama yang dibawa oleh QSR Trading.


Kekalkan Fungsi Usus Yang Baik Setiap Hari Dengan Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik. Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman, penyerapan nutrien dan perkumuhan, boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor seperti tabiat pemakanan yang tidak baik, tekanan, gaya hidup tidak sihat, ubat-ubatan dan penuaan boleh mengganggu fungsi usus kita.


Hidup Bebas Tanpa Tekanan Bersama D’Joy Plus (Highly recommended). Jom Singkirkan Toksin Dalam Badan Secara Sihat Dan Seimbang

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekali. Korang ada mengalami masalah macam apa yang Maha alami sekarang ni tak?Paling ketara adalah masalah perut yang buncit kedepan. Kadang-kadang rasa tak yakin nak bergaya dan keluar outing dengan kawan-kawan.  Kehidupan kita memang takkan lari dari rasa tertekan, lagi-lagi kalau tengah sibuk terkejar sana sini. 


Bersedia Menghadapi Hari Dengan Setiap Hirupan Nescafé Iced Barista-style Coffee

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dengan masa yang seiring bergerak pantas, kita sudah terbiasa dengan menggalas pelbagai tanggungjawab. Menghadapi waktu kerja yang panjang, mesyuarat demi mesyuarat, dan juga idea yang tidak kunjung tiba. Buat penggemar kopi, adakah korang ingin meluangkan masa dengan pergi ke kafe untuk menikmati secawan kopi yang dibru oleh barista, tetapi tidak dapat lakukannya kerana jadual kerja yang terlampau padat?  


M-150 Menawarkan Hadiah Menarik Melalui Peraduan Minum dan Menang

Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) sedang dalam misi untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kebaikan minuman tenaga. Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat ini telah melancarkan kempen promosi yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi dengan pembelian minuman tenaga M-150. 


The Alley Mengeluarkan Empat Minuman Baru Berasaskan Kopi Dan Koko Hojicha

Jenama teh gaya hidup, The Alley bersedia untuk melancarkan rangkaian minuman berasaskan kopi serta minuman teh istimewa dalam Siri Kopi dan Siri Masa Terhad mereka untuk penggemar kopi dan teh di seluruh Malaysia. Alley-ians akan dapat menikmati minuman Signature Iced Coffee, Mocha dan Cappuccino yang serba baharu The Alley daripada Siri Kopinya pada harga hanya RM12.90.


Raikan Bulan Ramadan Yang Mulia Dengan Peraduan 'Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT'

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, MILO UHT ingin mengambil kesempatan untuk menyumbang kembali kepada para pelanggan setianya melalui peraduan  “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT”, yang akan dilangsungkan di seluruh negara. 



Peraduan yang akan bermula dari 4 April 2022 hingga 29 Mei 2022 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk duit raya, dengan nilai keseluruhannya mencecah RM200,000. Antara hadiah yang menanti bakal pemenangnya termasuklah Peti Sejuk Samsung 620L 2-Pintu, Mesin Basuh Pengering Samsung dengan teknologi AI Ecobubble dan TV Pintar Samsung UHD 43’.



Peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT” dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertainya:

Langkah 1: 
Beli mana-mana produk MILO UHT yang terlibat (MILO UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO UHT Nutri Pluz 200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal sama ada melalui mana-mana platform e-dagang atau kedai-kedai yang terlibat.

Langkah 2:  
Catat nama penuh dan nombor dokumen pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Langkah 3: 
Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan melalui WhatsApp ke talian 018 388 2455.

Selain kebaikan susu sebagai sumber protein dan kalsium, koko memberi keenakkan rasa coklat serta barli malt sebagai sumber tenaga, MILO UHT juga membekalkan Vitamin B2 yang bertindak melepaskan tenaga daripada makanan yang kita ambil. Ia menjadikan minuman ini sebagai pelengkap yang ideal kepada pengambilan makanan seimbang untuk seisi keluarga. 



“Disediakan dalam bentuk sedia-untuk-diminum, MILO UHT memudahkan orang ramai untuk memperoleh tenaga di mana jua mereka berada. Lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini, ia begitu sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa oleh para pengguna Muslim kami, terutamanya mereka yang sentiasa sibuk dan bergerak ke sana sini,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad. 



Katanya lagi, “Dalam tempoh setahun ini, rakyat Malaysia telah mengharungi pelbagai musibah, terutamanya cabaran yang dibawakan oleh pandemik. Apabila banjir melanda pula, ramai yang terjejas teruk dan kehilangan harta benda yang tidak terkira. Berbekalkan semangat Ramadan, peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” ini adalah sumbangan kecil kami untuk membantu mereka yang terjejas bangkit semula.”

Untuk maklumat lanjut berhubung peraduan ini, sila layari www.milo.com.my.







Nikmati Kopi Ala Paris, Istanbul Dan Rio De Janeiro Dengan Rangkaian Nespresso World Explorations Espresso

Nespresso memperkenalkan tiga variasi espresso baru kepada rangkaian Nespresso World Explorations, menampilkan bandar Paris, Istanbul dan Rio de Janeiro. Rangkaian baru World Explorations ini menjemput para penggemar kopi dalam suatu perjalanan untuk merasai kopi sebagaimana penduduk tempatan di bandar masing-masing menikmati kopi mereka.


Nikmati Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso Diinspirasikan Oleh Budaya Kopi Hispanik

Penggemar kopi kini boleh merasai Miami dengan edisi terhad Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso, yang diinspirasikan oleh budaya kopi tempatan Miami. Di sebuah bandar yang minum kopi sebagai cara untuk meraikan kehidupan, Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso merangkumi warisan Hispanik Miami yang kaya dalam sebiji cawan dan menjemput penggemar kopi untuk menikmati pemanggangan kopi Amerika Latin dan Caribbean yang kuat.


Kopi Plus Stevia Rumusan Khas Keluaran Tempatan Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa

Hasil penyelidikan teliti adunan kopi daripada ramuan berkhasiat ternyata memberi pulangan memberangsangkan apabila Kopi Plus Stevia bakal menemui pengguna di peringkat antarabangsa.



Kopi rumusan khas keluaran Qaj Industries Sdn Bhd (Qaj Industries) yang berada di pasaran tempatan sejak 2019 itu dijangka memasuki pasaran Kanada, Amerika Syarikat dan Pakistan menjelang akhir tahun ini selain usaha syarikat untuk meninjau potensinya di beberapa negara lain.

Menurut Pengarah Urusan Qaj Industries, Ahmad Adnan Abdullah, keupayaan produk keluarannya berada di pasaran antarabangsa berikutan beberapa pengiktirafan terhadap produk berkenaan termasuk kelulusan yang diperoleh daripada Pentadbiran  Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA).



“Menerusi kelulusan terbabit, Kopi Plus Stevia tidak mempunyai halangan untuk dipasarkan di seluruh dunia malah ia juga bebas daripada kandungan logam dan racun. Kopi ini yang pertama di Malaysia malah di dunia mengandungi 11 ramuan seumpamanya sesuai untuk pengguna pelbagai peringkat usia termasuk mereka yang alah pada kafein kerana kandungan kafein bagi setiap uncang hanya 0.2 peratus sahaja. 

“Kandungannya diperakui menerusi beberapa penyelidikan termasuk perolehan sijil analisis daripada Makmal myCO2 dan SGS selain pengesahan halal JAKIM serta berdaftar dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia,” katanya sambil menambah, Qaj Industries menjalin kerjasama eksklusif dengan R FEX Global Trade Sdn Bhd bagi urusan pengeksportan produk di peringkat antarabangsa.



Beliau mengakui pengalamannya sebagai pesakit kencing manis sejak 2006 yang harus mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan selain menjalani pembedahan akibat serangan jantung antara inspirasi untuk menghasilkan kopi yang dilengkapi pelbagai manfaat kesihatan.

Menerusi gabungan biji kopi Arabica bersama 11 jenis ramuan yang memiliki khasiat tersendiri, Kopi Plus Stevia membantu pengguna yang ingin memperbaiki tahap kesihatan terutama bagi mengawal dan menstabilkan gula dalam darah sekali gus menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan diri.



“Umum mengetahui bahawa ramai pesakit kencing manis turut mengalami komplikasi kesihatan lain seperti kehilangan kaki, serangan jantung, penglihatan, tekanan darah tinggi dan  pelbagai lagi.

“Lantaran itu, Qaj Industries menjalankan penyelidikan teliti selama kira-kira enam bulan terhadap penghasilan ramuan kopi ini yang membantu dari segi pengambilan gula seharian. Malah, syarikat turut menguji adunan kopi ini dalam kalangan kelompok sasaran selama beberapa bulan dan hasilnya, kami memperoleh ulasan pengguna yang memuaskan sekali gus mendorong kami untuk memasarkan produk ini,” katanya.

Ahmad Adnan menjelaskan, kopi keluaran syarikatnya itu mengandungi 11 ramuan dilengkapi pelbagai khasiat kesihatan iaitu kunyit hitam, kayu manis Ceylon, daun rerama, peria katak, halba, stevia, tongkat ali, maca, serat buah, moringga dan habbatus sauda.



Habbatus sauda misalnya, bertindak sebagai antioksidan dan secara tradisional membantu untuk menangani masalah kesihatan termasuk kencing manis, kulit, sakit otot, sendi dan pelbagai masalah kesihatan lain. 

Kunyit hitam dan kayu manis Ceylon juga dilengkapi ciri-ciri antioksidan yang antara lain bersifat melawan kencing manis. Peria katak pula mengandungi phytoinsulin yang membantu untuk menurunkan kadar gula dalam darah. 



Stevia pula memiliki nilai glisemik sifar (tanpa kalori) sebagai pengganti gula manakala tongkat ali yang mempunyai rasa pahit sesuai dicampur dalam ramuan kopi selain bersifat antioksidan dan antipenuaan. 

Maca membantu dari segi peningkatan tenaga batin dan mengurangkan tekanan, halba pula membersihkan usus dan membantu pankreas merembeskan insulin manakala moringga membantu menangani masalah kekurangan nutrien dalam badan.

“Di pasaran tempatan, Qaj Industries mempunyai kira-kira 50 pengedar di seluruh negara. Malah pihak kami amat berbesar hati dapat membantu masyarakat terutama mereka yang terjejas pendapatan atau kehilangan mata pencarian ketika pandemik bermula tahun lalu bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi penjualan produk keluaran kami,” katanya.



Menurutnya, dalam usaha pengembangan pengeluaran meliputi bidang makanan dan minuman, syarikat terbabit bakal meluaskan keluaran produk berasaskan makanan yang turut memanfaatkan kebaikan stevia.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai rumusan produk dan peluang perniagaan, layari laman sesawang https://qajresources.com.my.









Minum Ziyume D+ Dan Ziyume N+ Dapat Membakar Lemak Semasa Tidur Lebih Efisien

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui semua. Menjaga kesihatan dan juga berat badan yang seimbang adalah satu yang penting untuk terus kekal aktif dan bertenaga. Berat badan berlebihan ini mampu mempengaruhi kehidupan seseorang. Ia boleh menyebabkan keletihan, mudah penat dan sukar untuk membuat beberapa perkara. Kadang-kadang ia sampai tahap memudaratkan diri sendiri.


Tiga Rasa Nescafe Terbaharu Untuk Masa Terhad Sempena Dengan Bulan Kopi Antarabangsa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah sekarang ni banyak ekonomi dah mula boleh beroperasi dan banyak kedai serbanika dan kedai runcit serta kedai makan dah mula boleh beroperasi sehingga pukul 12.00 tengah malam. Jadi makin lama lah orang mula melepak kat luar. Kalau nak lepak makan atau layan kopi kat kedai tu tetap jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan pastikan anda lengkap vaksinasi. 



Sebut pasal kopi siapa sini peminat kopi. Kali ini jenama Nescafe telah mengeluarkan lagi produk terbaharu mereka dengan tiga rasa edisi lokal. Menerapkan rasa nikmat pencuci mulut kegemaran tempatan dalam minuman kopi mereka. Wahhh Maha pun baru tahu yang dah ada sekarang tiga rasa Necafe baharu iaitu NESCAFÉ® Gula Melaka yang boleh didapati di 7-Eleven, NESCAFÉ® Sirap Bandung ada jual di Stesen Petronas, dan juga NESCAFÉ® Pandan di Stesen Shell.





Ramai teruja nak tahu macam mana rasanya Nescafe edisi lokal dengan rasa pencuci mulut tempatan ini boleh dapatkan untuk masa terhad sahaja. Bila minum Nescafe baharu ni perkena pula dengan kuih muih tempatan yang lazat perhhhh terangkat dan nikmat tidak terkata. Maha dah cuba dan ketiga-tiga perisa ini memang kena dengan tekak orang Malaysia dan boleh go lah senang kata. 




Semua ini dibuat sempena dengan nak memeriahkan lagi Bulan Kopi Antarabangsa yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun. Nak merancakkan lagi sambukan dan kemeriahan bulan kopi antarabangsa ini Nescafe telah melancarkan “Peraduan NESCAFÉ® – Vibe Kopi” melalui aplikasi WhatsApp. Sebanyak 324 buah hadiah bernilai hampir RM290,000.00 sedia untuk dimenangi melalui peraduan hebat ini, termasuklah 18 buah motosikal Honda Vario 150 Repsol! Peraduan ini telah berlangsung dari 6 September hingga 7 November 2021.



Macam mana nak sertai peraduan ini. Mudah sahaja dengan ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyertai:

Langkah 1 : Beli mana-mana produk NESCAFÉ® Tin/Botol/Cawan dengan nilai terkumpul sebanyak RM6 dalam satu resit asal dari mana-mana peruncit terlibat (di kedai atau dalam talian). 

Langkah 2 : Tuliskan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di muka depan resit dan hantarkan gambar resit yang JELAS memaparkan jumlah amaun resit tersebut ke talian WhatsApp penganjur: 018-388 0070. Kesemua penyertaan hanya akan diterima melalui WhatsApp sahaja.

Banyak hadiah menarik menanti korang untuk dimenangi seperti : 

Hadiah Utama x 18 buah 
Motosikal HONDA Vario 150 Repsol (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Pertama x 18 buah 
Konsol PS 5 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Kedua x 18 buah
Komputer riba Dell Inspiron 15 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Saguhati x 270
RM 50 kredit e-dompet Touch ‘n GO (30 pemenang mingguan x 9 minggu)

Korang yang membuat pembelian produk Nescafe dari 7-ELEVEN dan LOTUS juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tambahan yang terdiri daripada Kerusi Gaming TT-Racing dan konsol Nintendo Switch. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat ini dan hantarkan penyertaan anda sebelum peraduan berakhir pada 7 November 2021. 




Wow memang betullah bulan kopi antarabangsa ni sangat meriah dengan hadiah dan juga minuman hebat daripada Nescafe. Maha pun peminat Nescafe jadi memang setiap hari boleh beli lah mana-mana perisa untuk layak sertai peraduan ini. Kalau korang dapat beli cuba perisa yang terbaharu tu lagi cantik. Nanti korang tinggalkan komen kat sini apa pendapat korang tentang rasa Nescafe yang terbaharu itu ok. Bagi Maha memang suka rasanya mungkin korang macam mana. Selamat mencuba semua...







Lelaki Kalau Ada Masalah Kulit Muka Boleh Ambil Crystal Skin

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan yang diingati dan dirindui selalu. Rindu masa bersama dengan kawan-kawan berlibur macam dulu kala. Masa tu lah nak hilang tekanan dan juga dapat habis masa merehatkan minda. Walaupun dalam masa sama tetap kena 'Body Shaming' dengan mereka tapi aggap itu hanya gurauan. Hidup kalau tak ada gurauan tak seronok dan meriah. Tapi kadang-kadang berpada-pada jugalah, yang dah kenal lama tu ok kalau baru sahaja sehari kenal dah nak body shaming sentap juga.


NESCAFÉ Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan Sebagai Edisi Kopitiam

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu? NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ Kopi-C dan NESCAFÉ Kopi Cham. NESCAFÉ" Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan. 


IT’S SIXPACK Terbaharu Daripada Aik Cheong Coffee Untuk Sekeluarga

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih ingat lagi tak Maha pernah cerita dulu tentang jenama kopi Malaysia terkemuka iaitu Aik Cheong Coffee. Kalau masih ingat bagus siapa kurang pasti mari Maha imbas kembali sedikit latar belakang kopi yang telah lebih 65 tahun berada dipasaran negara Asia Tenggara ini. Syarikat kopi ini telah ditubuhkan sejak tahun 1955 yang diwarisi dari turun temurun mengekalkan resipi penghasilan kopi terbaik untuk dihidangkan kepada pecinta kopi.


Aik Cheong Coffee Memperkenalkan Variasi Baharu IT’S Cup Series Dan Black Series Coffee

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Revolusi kopi semakin hari semakin bekembang dan juga makin berada pada tahapnya yang tersendiri. Bagi pecinta kopi untuk mendapatkan satu produk kopi yang bagus dan bekualiti perlu melalui proses yang ketat. Maha masih boleh terima kopi pada keadaan asal mahupun yang mengalami pembaharuan daripada proses sehingga ia menjadi sesuatu yang baharu selagi sumber biji kopi tu adalah yang terbaik dari ladang.


Minuman Sparkling vida Vitamin C Semasa Pandemik Untuk Menguatkan Sistem Imun

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Musim pandemik yang makin tidak nampak tanda untuk surut ni membuatkan kita rasa bimbang juga kalau selalu keluar dan terdedah dengannya secara langsung. Tambahan bagi mereka yang berisiko tinggi kurang pelindungan dan sistem imun yang makin lemah. Jadi ramai orang sekarang peka untuk mengambil apa sahaja makanan atau minuman yang ada vitamin C tinggi untuk menguatkan sistem imun badan.


Minuman Dari Beras Perang Apakah Khasiatnya Masih Sama Dan Bagaimana Rasanya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Ada orang kata bagi orang yang ada penyakit kencing manis adalah digalakkan untuk mengamalkan makan beras perang bagi menggantikan beras putih. Kalau macam Maha sendiri memang tak boleh nak masuk dengan beras perang ni. Almaklumlah dari kecil dibiasakan dengan makan beras putih. Jadi bagaimana cara untuk Maha terus kekal sihat dengan khasiat dan vitamin daripada beras perang ini.


Sunquick Select Hasilkan Minuman Mocktail Dan Makanan Fantastik

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa yang selalu mengikuti Facebook dan juga Instagram Mahamahu korang mesti perasan yang Maha ada post tentang produk keluaran terbaru dari Sunquick. Maha siap mencipta satu resipi khas yang diberi nama Sunquick Select Pink Guava & Strawberry Bingsu. Korang kena cuba resipi Maha tu ada share kat Instagram Mahamahu. Juga Maha telah anjurkan satu peraduan dan tahniah kepada pemenang rugi siapa yang tak join.