Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Tradisional. Papar semua catatan

Sediakan Sajian Raya Tradisional Dengan Cara Moden

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Waktu dinantikan kini kian menjelma apabila rakyat Malaysia tidak sabar meraikan musim balik kampung. Persiapan sudah bermula untuk menyambut keraian Hari Raya Aidilfitri – membersih dan menghias rumah, membeli baju raya dan tidak dilupakan, menyediakan menu hidangan di pagi Raya.


Dengan adanya senarai tugasan yang dipenuhi pelbagai kerja untuk disiapkan, memasak biasanya jadi tanggungjawab satu atau dua ahli keluarga, biasanya yang paling berpengalaman di dapur atau mereka yang arif mengenai hidangan tradisional Raya. Cara memasak tradisional adakalanya menghilangkan minat orang muda untuk memasak, kerana ianya renyah ataupun mereka tidak yakin dengan kepakaran memasak diri sendiri.

Biarpun Hari Raya padat dengan tradisi dan ada banyak cara turun temurun untuk menyediakan hidangan, ramai orang muda, terutama generasi celik teknologi mencari cara lebih mudah untuk memasak. Memiliki alatan dapur inovatif untuk membantu dalam kerja memasak amat dialu-alukan, lalu menjadikan memasak lebih mudah dan kurang mencabar bagi yang baru hendak belajar.

Periuk Tekanan Philips All-in-One adalah ideal untuk generasi celik teknologi yang mahukan alat pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai cara memasak yang telah diprogramkan. Memasak jadi sangat menyeronokkan bila korang tidak perlu memikirkan tentang kemahiran di dapur. Dengan teknologi periuk ini, masakan dipercepatkan sehingga lapan kali ganda, menjimatkan lebih masa untuk orang yang tersayang daripada perlu menghabiskan masa di dapur.


Masak dengan berbeza Raya ini menggunakan satu perkakas


Dengan hanya satu alat, korang boleh memasak perlahan atau menggunakan tekanan, memastikan nutrien dan zat dalam masakan kekal utuh. Cara memasak ini ideal buat sajian Hari Raya seperti rendang daging, gulai kambing, atau kari. Kegemaran ramai musim keraian seperti ketupat yang sesuai dengan hidangan berkuah juga boleh dimasak menggunakan Periuk Tekanan All-in-One, juga hidangan nasi seperti briyani, atau nasi putih.


Dengan Periuk Tekanan All-in-One yang serba boleh, korang juga boleh menggoreng cepat, melayur dan membakar, selain memasak secara tekanan atau perlahan. Manisan Raya kegemaran seperti kek gula hangus dan dodol boleh dibuat dengan mudah menggunakan alat ini, menawarkan pelengkap hidangan yang manis selepas hidangan lauk savuri.


Bukan sekadar masakan


Selain mempunyai pelbagai tetapan memasak, periuk ini juga direka untuk memudahkan tugasan di dapur, membolehkan korang menyelesaikan tugasan lain sementara sajian sedang dimasak. Periuk dalaman buatan aloi aluminium mempunyai saduran Whitford emas yang anti calar dan tidak melekat, yang tahan lasak dan menawarkan aliran haba berkesan, membolehkan makanan dimasak dengan serata. 


Penjaga masa yang boleh diprogram mengikut resipi membolehkan korang meninggalkan dapur dan melakukan kerja lain, kerana korang tahu masakan akan siap tepat pada masanya. Oleh kerana penjaga masa dipadamkan secara automatik, pengatur tekanan dalam periuk kemudian akan melepaskan tekanan daripada periuk – jadi makanan sedia dihidang terus daripada periuk!.

Sama ada korang menyediakan hidangan sahur atau merancang untuk menganjurkan rumah terbuka Raya sepanjang hari, pasti mahukan makanan dihidang panas dan segar pada bila-bila masa. Dengan tetapan pemanasan semula dan menghangat pada periuk ini, korang boleh memastikan makanan kekal segar dan hangat dalam satu periuk tanpa perlu memanaskannya semula menggunakan peralatan dapur yang lain.


Bila tradisi bertemu teknologi - Philips #StandForTradition


Hari Raya ini, Philips mahu korang tetap meneruskan tradisi (#StandForTradition) dan menikmati sesi memasak hidangan tradisional menggiurkan dengan cara moden dan masih mengekalkan tradisi di kalangan generasi muda dan celik teknologi. Philips berbesar hati berkongsikan dua resipi Raya tradisional yang boleh disediakan menggunakan Periuk Tekanan Philips All-in-One iaitu Resipi Rendang Daging Tok dan Kek Gula Hangus. 



Korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Periuk Tekanan Philips All-in-One dan cadangan resipi lain, layari www.philips.com.my.


Harg Pressure Cooker Philips


Periuk Tekanan Philips All-in-One (HD2137/62) dijual pada harga runcit disarankan iaitu RM799.00 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dengan rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara dan secara dalam talian menerusi Kedai Online Philips di https://www.shop.philips.com.my.








Sajian Masakan Melayu Terbaik Oleh Chef Azizah Di Melting Pot Cafe Concorde Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama sebenarnya Maha tak makan masakan kampung yang memang pure sedap punya dan terbayang-bayang nak makan selalu. Tambahan pula masak lemak, sambal, ulam dan macam-macam lagi.


Orang kata kat tengah KL ni nak cari yang betul-betul sedap tak ada dengan harga yang berpatutan. Korang tak pergi lagi kat Concorde Kuala Lumpur kalau korang pergi mesti korang akan rasa nak datang lagi makan masakan Melayu mereka.


Dengar nama Concorde KL mesti kita cakap mahal sebab tempat exclusive betul tak. Tapi ia sangat bebaloi dengan harga makanan dan juga rasa makanan tu sendiri sebab disediakan oleh Chef yang berpengalaman di sini iaitu Chef Azizah. Dulu chef ini masak untuk Saloma Bistro dan kini kembali semula ke sini untuk menyediakan hidangan Melayu yang enak-enak.
 

Maha berkesempatan ker sana untuk menikmati hidangan yang dikatakan terbaik tu. Mula-mula tengok rasa nampak macam biasa jer tapi bila rasa baru kita tahu ia adalah makanan yang disediakan oleh orang yang tahu masakan Melayu. Contohnya Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh kalau kedai biasa buat kuah cair dan telur hancur. Tapi kat sini perhhhh kuah pekat likat dan melekat kat tekak tu.




Pulak tu ada lagi menu lain yang best seperti Sambal Petai Udang memang menjadi favorite Maha. Ada lagi Sambal Jering Ikan Bilis memang terangkat rasa sekali nak berkali-kali. Lagi apa yang best kat sini ada Ikan Patin Masak Tempoyak Ya Allah kat tengah KL nak cari Ikan Patin mana nak dapat sini jer.





Lagi korang kena cuba masak Daging Asam Pedas Bunga Kantan memang terbaik, lepas tu Pucuk Ubi Masak Lemak dengan Ikan Bilis, Ayam Kelio Berkentang ini kalau tengok macam masak kari tapi ia lebih lite. Ini semua masakan tersedia untuk buffet kita ambil tambah berapa banyak nak makan.






Ada juga yang bahagia dimana chef masak secara live apabila korang ambil bahan dan bagi pada chef. Ada 3 jenis masakan yang mereka sediakan iaitu Ikan Kerisi Goreng, Kangkung Goreng Belacan dan Kepah Goreng Pedas. Ini korang boleh makan panas-panas lepas masak memang best. Korang boleh tengok sendiri chef tu masak depan mata.






Pulak tu menu untuk dessert pun ada banyak tapi sempena dengan promosi sajian tradisional Melayu ni special mereka adalah Ondeh-Ondeh. Dessert lain pun masih ada dan sangat banyak yer tak terkira. Maha sendiri datang makan kat sana rasa memang puas hati dengan harga dan juga rasa makanan mereka.

Chef Azizah


Harga pulak hanya RM110.00 bersih untuk seorang makan. Kat kawasan yang mewah dan exclusive ini bagi Maha ia adalah berpadanan. Pulak tu korang akan dihiburkan oleh persembahan hiburan daripada penyanyi mereka lagi. Sambil makan boleh dengar-dengar lagu dan boleh request lagi nak mereka nyayi lagu apa. Hari tu Maha request lagu Jampi memang mereka boleh nyanyi best.



Jadi tunggu apa lagi orang yang berkerja berdekatan dengan Concorde Kuala Lumpur kat Jalan Sultan Ismail tu boleh lah datang makan kat sini. Boleh datang untuk makan tenghari atau makan malam setiap hari sepanjang bulan November dan Disember ni. Rasa macam nak pergi lagi lah sebab power masakan Melayu mereka memang best. Korang kena datang cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-2717 224

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Minyak Herba Asma Mujarab Kenali Kebaikan Dan Keaslian Yang Sebenar

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rawatan Lelah, Asma dan Batuk yang teruk memerlukan pemerhatian yang tinggi dan juga belanja yang agak besar. Tapi semenjak adanya produk Minyak Herba Asma Mujarab dapat membantu dalam mengurangkan semua penyakit yang disebutkan tadi.


Menggunakan produk tradisional ni memang satu yang kadang-kadang kita tak percaya pada semua ni tapi bila dah cuba sendiri baru kita rasai kebaikannya. Minyak ni dihasilkan dengan cara tradisional dari kampung dan juga menggunakan herba-herba kampung.


Penggunaan yang kerap pada tubuh badan mengikut keadaan penyakit yang dialami dapat memberi kesan yang lebih cepat. Seperti kalau batuk boleh urutkan minyak ni dibahadian tengkok In Sha Allah akan kurang. Juga boleh sapu di dada, belakang badan dan tapak kaki. Boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan paling bagus ia sesuai untuk kanak-kanak juga kerana tidak begitu panas.


Ramai orang telah menggunakannya dan setakat ni dah diperkatakan kehebatannya serata negara seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Singapura dan banyak lagi. Korang leh tengok sendiri beberapa testomoni yang telah menggunakan produk ni. Ramai yang berpuasa hati dan terus menggunakan produk minyak ini sahaja tak bertukar.


Tapi awas kalau dah mula produk mendapat perhatian dan mujarab ni ramai pula yang mula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan produk tiruan. Peranan kat sini nak pastikan korang tidak tertipu dengan produk tiruan dan juga cuba mengaburi pengguna dengan ciri yang tidak betul. Jadi berikut adalah cara untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan.



Korang juga boleh tonton video di bawah ni nak tahu lebih pasti antara produk asli dan juga yang tiruan. Mereka menggunakan Hologram yang berkualiti tinggi beserta QR Code bagi menambah baik dan memudahkan para pelanggan mengenalpasti antara produk asli dan palsu.


So paling senang korang nak dapatkan produk yang asli adalah dengan membeli melalui saluran yang betul. Korang boleh dapatkan maklumat mana nak dapat dengan melayari Facebook dan juga laman web mereka. Juga boleh hubungi no seperti dibawah. Harga pun sangat berpatutan hanya RM39 sebotol sahaja. Saya bukan doktor atau bomoh saya cuma pekongsi pendapat.

Maklumat lanjut dan nak order boleh layari :
Facebook : www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma
Laman web : http://herbaasma.com
No Tel HQ : En. Hafis  013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
                    Puan Nurul  017 6239935 ( Produk Owner)




Blogger Menghidupkan Mainan Tradisional Di Festival Laman Seni 2016 Shah Alam

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih teringat lagi tak korang mainan tradisional yang korang main semasa kecil-kecil dulu. Maha ingat lagi kami suka main Galah Panjang hampir setiap petang kami akan main kat kawasan halaman rumah. 

Time tu paling seronok sebab beramai-ramai dapat berkumpul bukan sahaja mengeratkan silatulrahim tetapi juga memberi kesihatan diri. Tak macam kanak-kanak zaman sekarang yang hanya main semua mainan tu dalam mobile sahaja. 


Macam mana kita nak kembalikan semua budaya mainan tradisional ni di zaman moden ni. Sebab tu lah di Laman Seni Shah Alam mengembalikan semula keseronokan itu dalam acara Festival Laman Seni 2016 pada 3 Sept yang lalu. Kat situ kami blogger yang dijemput diberi peluang untuk main permainan tradisional dan siap boleh menang hadiah.




Hari tu paling meriah kami dapat main macam-macam permainan tradisional yang tak ada zaman sekarang ni.
Kami boleh main Kaki Hantu, Kasut Kaki Gajah, Lari Dalam Guni dan Tuju Tin. Sekarang semua mainan ni hanya dimainkan diacara tertentu sahaja bukan seperti zaman kita dulu-dulu.



Maha main Tuju Tin kami lawan dua team memang dapat keluar peluh tapi seronok sebab dapat menguji kepantasan kita dan kecekapan dalam mengatur strategi mengalahkan musuh. Teringat zaman kanak-kanak dulu dan paling best team kami menang kalahkan team lawan huhuhu.



Semua mainan ini dianjurkan oleh syarikat Guligeng Event yang diberi tangung jawab untuk memeriahkan acara festival ini dengan mainan tradisional. Semua kelengkapan mereka ada dan kalau korang nak buat aktviti hari keluarga boleh jemput mereka. Seharian juga kami main kat sana memang seronok walaupun ada hujan renyai tapi tetap tak putus semangat main sampai habis.






Selain tu juga bila penat kami dapat makan aiskrim free yang ditaja. Askrim Ponpon yang memang sedap dan segar sangat. Kalau korang nak tahu macam mana nak dapatkan aiskrim ini boleh contact abang Halim Nadzeri di Facebooknya. Apa pun kami sangat puas hati dapat main mainan tradisional dalam kegemilangan mainan moden sekarang ni. Sapa lagi nak mewarisi mainan tradisional kita kalau bukan anak-anak yang ada sekarang ni. 

Maklumat lanjut layari :-
Website       : www.guligeng.com
Facebook    : www.facebook.com/LengitbyGuligeng
No tel          : 012-2488816 (Pn Yati) / 012-3963875 (En Rahman)





Selera Warisan Sempena Ramadhan Di Paya Serai Hilton Petaling Jaya

Selera Warisan Sempena Ramadhan Di Paya Serai Hilton Petaling Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kita dalam bulan Ramadhan hari yang ke5. Macam mana masih penuh lagi ker puasa korang. Dah jumpa ker mana2 tempat berbuka puasa yang menarik dan harga berpatutan. Sini ada satu lagi tempat buka puasa yang menarik juga bagi Maha kerana pilihan makanan yang banyak.



Paya Serai @ Hilton Petaling Jaya menyediakan lebih daripada 300 hidangan tradisional juga 35 gerai makanan dengan stesen memasak secara langsung di sediakan. Hanya dengan harga RM165 nett bagi dewasa manakal RM85 nett bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah. So bagi Maha ia sangat sesuai dengan keselesaan dan juga jumlah makanan yang ditawarkan.






Di antara menu tradisional yang ditampilkan di sini iaitu Lauk Gulai Kawah, Rendang Tok, Ikan Bakar Melaka, Whole Roasted Lamb Malay Style, Perchik Counter with Choice of chicken, beef or fish, variety of Lemang, Putung Piring, Apam Balik dan banyak lagi. Kalau rasa nak makan Lemang sini memang ada Lemang biasa dan Lemang Jagung best siap ada rendang dan juga serunding.







Paling menarik kat sini mereka ada sediakan gerai khas diluar kawasan hotel untuk peminat buah Durian. Ni paling Maha suka kerana mereka menyediakan pelbagai jenis Durian yang terbaik boleh makan puas2 tanpa henti. Buah2 lain pun ada juga bukan sahaja Durian tak perlu risau pada yang tak makan buah ini ok hehehe.






Lagi Maha rasa kat sini yang best mereka sediakan Sup Gear Box, Satay Ayam dan Daging, Steamboat khas untuk mereka yang nak makanan panas, Tapai, Ikan Keli, Ikan Panggang dan macam2 lagi lah. Nak cite memang banyak sangat tak habis kat sini lah korang memang kena datang sendiri dan Maha janji puas hati.






Kalau datang buffet Ramadhan korang akan fikir pasal nak solat Maghrib dan juga Tarawih. Kat hotel ini juga menyediakan ruang solat yang besar dan juga mudah untuk didirikan. Kemudian mereka juga menyediakan hiburan daripada penghibur persembahan lagu2 tradisional yang mendayu. Jadi tak bosan nak makan kat sini bertambah2 selera lah rasanya hehehe.





Buat korang yang nak booking kat sini boleh hubungi mereka segera kerana buffet ini bermula dari 6 Jun - 5 July 2016 dari pukul 7.00malam hingga 10.00malam. Bawalah keluarga dan juga kawan2 office sangat sesuai. Selamat berpuasa pada semua kawan2 dan juga pembaca sekalian. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-7955 9122 ext 4260/4261/4267
Laman web : www.zestpj.com