Dapur,

Resipi Rendang Tok Perak Lebih Cepat Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker

Isnin, Jun 12, 2017 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada cite pasal pergi event pelancaran produk terbaru daripada Philips iaitu Philips All-In-One Pressure Cooker. Memang tertariklah rasa nak bagi mak guna masa Raya nanti senang dan cepat tak perlu tunggu lama.


Sebab dik kerana keterujaan itulah Maha telah mendapatkan satu set Philips All-In-One Pressure Cooker. Periuk ini besar juga saiz boleh muat 6litter dalam tu kalau masak. Pulak tu semuanya automatik tak perlu nak set banyak-banyak sekali tekan jer dah berfungsi.



Dari segi masakan pulak bukan setakat boleh masak sup tulang jer tau macam-macam resipi termasuklah buat Ayam Percik, Kek, masak Ketupat dan pelbagai lagi. Kalau beli sekarang ni dalam periuk tu korang akan dapat bukan setakat pressure cooker tapi ada juga aksesori lain termasuklah satu buku resipi untuk membantu korang nak masam makanan kegemaran.



Ok lah cite panjang tak guna sembang tak kena apa kata Maha tunjuk korang satu resipi traditional dengan menggunakan periuk dari Philips ini. Resepi kali ini orang kenali sebagai Rendang Tok Perak. Ini resipi daripada Chef Marina sendiri tau. Maha cuba nak buat boleh jadi ker idak korang tengok sendiri.

Bahan-bahan untuk memasak resipi Rendang Tok Perak



Bahan untuk perapan daging :
2 sudu serbuk Kayu Manis
1 sudu serbuk Lada hitam
1 sudu serbuk Ketumbar
1/2 sudu Jintan Hitam
1/2 sudu Jintan Putih


Bahan kisar untuk tumis :
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inchi Halia
3 inchi Kunyit Hidup
2 inchi Lengkuas
2 batang Serai


Bahan-bahan lain :
1 kg Daging Lembu dipotong kecil
1/4 cawan Minyak Masak
2 biji Bunga Lawang
5 biji Bunga Cengkih
1 sudu Cili Kisar
2 sudu Air Asam Jawa
3 sudu Gula Melaka
2 cawan Santan Kelapa 
2 sudu Kerisik
3 keping Daun Limau Purut
1 helai Daun Kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan Rendang Tok Perak 


Tu dia nampak banyak bukan bahan-bahan nya tapi ia adalah kuantiti yang sikit sahaja. Ini Maha cuba untuk masak 1 kg daging yang boleh makan dalam 4 - 5 orang. Selalunya kita masak rendang macam ni cara tradisional mengambil masa 3-5 jam. Tapi dengan Philips All-In-One Pressure Cooker ni hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Tak caya korang tonton sendiri video cara memasak yang Maha sediakan ini.


Cepat bukan tapi video ini Maha buat dalam bentuk yang lebih laju cuma korang perasan yang Maha set periuk tu 30minit tadi itu adalah masak dengan cara Pressure Cooked. Jadi daging cepat masak dan empuk dengan sekata. Tengok hasilnya Memang menggiurkan rasa.



So pada semua kalau rasa tak nak susahkan emak sendiri kat dapur apa salah kita hadiahkan satu periuk ini. Sekurangnya tak adalah mereka bangun pagi-pagi buta nak memasak semua hidangan. Harga tak adalah mahal mana sangat RM799.00 sahaja tak semahal smart phone korang pun hehehe. 


Semoga lebaran yang bakal tiba tak lama lagi ni menjadi hari paling bahagia sebagai seorang ibu bukan sahaja kerana anak-anak pulang ker kampung. Tapi kerana memasak lebih mudah dengan Philips All-In-One Pressure Cooker ini. Selamat berpuasa semua dan selamat mencuba resipi lazat ini.







5 ulasan:

  1. Menarik. Nanti Ika cuba guna resepi ni utk buat rendang.

    BalasPadam
  2. Senangnya masak dengan philip.. Looks super yummy leh, your rendang.. Gonna try your recipe..

    BalasPadam
  3. Pro lah, macam masakan hotel. Mesti sedap kan. Lol

    BalasPadam
  4. Periuk ini memang wajib kat dapur, nak masak apa-apa pun senang dan cepat. I suka masak soup, campak semua dalam periuk sebelum pergi kerja, set it and bila balik kerja sudah siap masak.

    BalasPadam
  5. Asslmuakm.macamana cara kalau kita nk keringkan kuah rendang tersebut..apa yg patut ditekan pada pressure cooker tu

    BalasPadam