Aktiviti,

#TSDayout Bersama EscapeRoom Bandar Botanic Klang

Jumaat, September 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

#TSDayout Bersama EscapeRoom Bandar Botanic Klang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pada petengah bulan ini telah sertai #TSDayout iaitu aktiviti bersama Tourism Selangor dan juga EscapeRoom. Ramai pernah dgr apa itu EscapeRoom tapi tak semua org berani mencuba. Mahamahu sahut cabaran itu kerena nak tahu sehebat mana cabaran dalam EscapeRoom.


 



Kata pengasas EscapeRoom di Malaysia Mr Victor Lo ia adalah peremainan yg berasal dari negara Jepun dan telah di bawa masuk di Malaysia pada tahun 2013. Pemainan cukup popular juga di beberapa buah negara asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura. Mula2 kami di beri penerangan dan cara mainan ini di mainkan. Kalau dgr tak sesukar yg di alami rupanya.

Mr Victor Lo Pengasas EscapeRoom Malaysia


Mahamahu cite sedikit bagaimana permainan EscapeRoom ini berjalan. EscapeRoom adalah satu bentuk permainan simulasi teka-teki di mana para peserta terdiri daripada 2 org sehingga 8 org akan dikunci di dalam bilik dengan senario tertentu mengikut tema masing-masing, setiap pasukan perlu untuk menyelesaikan pelbagai jenis teka-teki dan teka-teki dengan menggunakan elemen yang terdapat di dalam bilik untuk cuba lepaskan diri dalam tempoh masa 45 minit yang diberikan sahaja.


Wow mcm mana best tak ni baru dgr sahaja kalau masuk sendiri lagi best. Mahamahu dan beberapa rakan blogger di beri peluang untuk merasai sebenar situasi dan cabran dalam EscapeRoom. Kumpulan Mahamahu terdiri dari 4 org semua telah memilih cabaran pertama iaitu The Abandoned Factory. Dalam bilik ini kami perlu mencari klu yg diberikan untuk melepasi bilik pertama. Setelah lepas bilik pertama kali perlu pula cari klu seterusnya untuk lepaskan diri dari bilik tu sebelum masa tamat. Kalau habis masa dalam bilik ni akan meletup dan kami semua mati dalam tu hehehe... Tak adalah.




Sayang group Mahamahu tewas untuk pusingan pertama ini kerana memang gila lah mencabar klunya. Kalau korang masuk pun korang tak sangka bawaha setiap barang yg ada disitu adalah klu untuk anda. Memang mengelirukan banyak mengguna fikiran dan daya imaginasi yg tinggi tu.



Kemudian kami di beri cabaran kedua kerana tidak rasa puasa hati rasa mcm tercabar je kami telah memilih bilik yg paling susah iaitu Surgery Room - The Secret Of Dr. Malcolm. Dalam bilik ini sama juga kami di beri masa 45 minit untuk cari klu bari melepaskan diri untuk keluar ker pintu kedua. Mula2 tu dah memang mengalah susah gila dan tak sngka ia begitu sukar sekali. Tapi setiap team di berikan 2 kali bantuan untuk mendapatkan klu dengan menekan butang bantuan.


Tapi kalau dah bukan nasib nak buat mcm manakan tewas juga kumpulan Mahamahu untuk game kedua. Memang lagi susah dan lagi tak terjengkau di otak tentang klu2 yg ada dalm tu. Knp Mahamahu tidak di lahirkan menjadi seorang doktor mesti tahu semua jawapan ni hehehe. Kalau anda sendiri nak rasa kesusahan dan kepayahan cabaran dalam EscapeRoom ni dtg sendiri dan tahulah bertapa nak nangis dengan suasana gelap dan bunyi yg pelik2 keluar.





Apa pun ini adalah cabaran paling best paling seronok sekali bagi Mahamahu kerana ia tidak menguji fizikal anda tetapi minda kena sentiasa peka pada sekeliling. Kalau anda nak pergi EscapeRoom ini mereka ada 6 cawangan di serata Malaysia. Kalau kat KL ni ada banyak iaitu di Berjaya Time Square, E@Curve dan Setiawalk Mall Puchong. Manakala negeri lain yg ada EscapeRoom ini adalah di Penang iaitu di 1st Avenue Mall dan di Johor iaitu di Sutera Mall.


Setiap lokasi cabaran dan bilik tidak sama dan tahap kesukaran juga tidak sama. Kalau anda nak maklumat lanjut boleh layari laman web mereka serta laman facebook mereka. Ia di buka setiap hari tapi pada hari2 ada harga yg berbeza. Mahamahu cabar anda untuk masuk sendiri dalam EscapeRoom ini sertai cabaran yg peling sukar sekali mesti rasa nak nangis hehehehe... Terima kasih kepada Tourism Selangor dan juga EscapeRoom dengan aktiviti paling mencabar kali ini. Selamat mencuba semua ok..


Instagram : EscapeRoomComMy
Twitter : EscapeRoomComMy

Harga Tiket
Isnin - Jumaat (11am - 5pm)
RM 32
Isnin - Jumaat (5pm - 1am)
RM 36
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (11am - 1am)
RM36
*Harga tiket per person untuk satu game