Aktiviti,

Blogger Sama Blogger Berperang - Battlefield Live Malaysia

Selasa, September 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua para pembaca sekalian dan juga rakan2 blogger yang di hormati sekalian. Sebelum ni selalu update pasal makan2 jerkan tapi kali ni Mah@mahu nak update pasal satu aktiviti yg penuh dengan cabaran menguji kekuatan fizikal dan minda. Wahhh dengar jer dah gerun sebab tu tajuk entry kali ni 'blogger sama blogger berperang'. Bukan perang mulut tapi perang tembak menembak menggunakan senjata perang. Memang best dan terbaik lah nak tahu baca seterusnya.

 

Pertama sekali nak ucap terima kasih sangat2 kepada #TSDayout daripada Tourism Selangor kerana memilih Mah@mahu dan lebih 40 org blogger lain untuk sertai aktiviti kali ini. Jutaan terima kasih juga kepada team Battlefield Live Malaysia di ketua Mejor Shafiee Bin Sulaiman kerana tunjuk ajar dan ilmu peperangan yg sgt2 berguna. Pengalaman menggunakan seakan senjata betul memang sgt2 berharga walaupun tiada peluru yg keluar tapi suasana dan rasa semangat kepewiraan tu ada jugalah dlm diri ni sebenarnya hehehehe..




Last Saturday kami seramai lebih 40 org blogger telah terpilih untuk menyertai aktiviti Battlefield Live di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat. Tempat memang best and cantik sgt kerana ia masih kekal dikelilingi alam semulajadi yg segar. First time jejak kaki kat sana terasa sungguh indah alam milik kita so rasa syg sgt kalau semua ini kita sia2kan. Memang tempat best menarik sesuai untuk aktiviti luar yang mencabar ini. Hari yg cerah sesuai untuk aktiviti kami yg mencabar ini.

 


 



First sampai sana pukul 8.30pg mcm biasa sarapan dan bertemu pertama kali dengan team #TSDayout daripada Tourism Selangor. Orgnya cukup ramah mesra dan memang sungguh impress dengan layanan mereka dari segi makan dan persiapan. Lepas tu kami di bawa masuk ke dalam hutan tempat di mana peperangan akan di adakan hehehe. Dah masuk dlm hutan memang first rasa kagum dengan alam semulajadi yg masih kekal indah. Kat dlm hutan tu lah segala aktiviti seharian kami blogger2 ini akan di adakan. Dapat taklimat daripada Mejor Shafiee tentang permainan perang ini serta juga senjata2 yg di gunakan.


 

Bila sebut bab senjata ni Mah@mahu tak berapa pandai tapi sikit2 boleh lah tahu kenal rupa senjata. Ini antara senjata yg digunakan oleh tentera peperangan sebenar cuma yg ini telah di ubah menjadai S.A.T.R atau nama penuh 'Small Arms Transmitter Receiver'. Permainan ini di adaptasi daripada pemainan game dengan menggunakan suasana sebenar dan juga peralatan sebenar. Cuma senjata permainan ini tiada peluru yg keluar ia menggunakan laser point untuk menembak musuh dari jarak tak lebih 200meter.





Permainan untuk game Battlefield Live ini cukup mudah, kami di bahagikan kepada 4 kumpulan besar terdiri daripada 10 org satu kumpulan. Semua blogger tak ada pengalaman pegang senjata memang kakulah first time. Tapi cukup excited nak main game ni. Setelah di bahagi kumpulan kami di terangkan tentang cara permainan di mana perlawanan antara dua kumpulan yg mempunyai satu ketua. Setiap kumpulan di berikan kotak utama untuk di kawal daripada di rampas oleh musuh. Ada tiga cara penentuan juara dalam setiap game dimana yg pertama, sekiranya pihak lawan berjaya merampas kotak pihak musuh maka mereka di umum menang, kedua sekiranya pihak lawan berjaya menembak mati ketua pasukan juga di umum juara, dan ketiga sekiranya kedua2 pihak gagal untuk dua cara sebelum ini sehingga masa tamat maka kemenangan di tentukan menerusi kiraan pihak musuh yang berjaya dibunuh.



Memang best lah game ini terbaik dan sungguh mencabar, knp mencabar ye lah setiap team akan rancang strategi masing2 untuk tewaskan musuh dan juga untuk kawal kotak rahsia dan ketua masing2. Lagi best bila kita berada dalam hutan sebenar dengan pakaian dan senjata yang hanpir2 menyerupai perang yang sebenar. Paling takut bila musuh serang dan menghampiri kubu kita time tulah dgr bunyi senjata tembak menembak dalam hutan. Tapi sangat2 puas bila kita berjaya kalahkan musuh dan berjaya menembak pihak lawan.



Permaian ni tak sama mcm paint ball kerana paint ball ada peluru atau berbola yg keluar mengenai tubuh. Kalau salah tembak memang sakit silap2 boleh buta mata. Tapi mainan game Battlefield ni tak ada peluru yg keluar mengenai tubuh hanya laser yg di acukan kepada point2 tubuh. Hari tu kami ada 5 game kena habiskan untuk menentukan pemenang. Setiap game kena ada keputusan yg di tentukan oleh penganjur melalui kemenangan.




Kenangn paling manis buat Mah@mahu kali ni, tak pernah sangka bahawa team kami boleh di nobatkan sebagai juara keseluruhan. Hehehe seronok tak terkata kerana kami berjaya mengalahkan team lawan walaupun kami ada juga tewas. Tetapi mungkin kata org strategi kot sebab masing baru dalam dunia perang dan kerjasama penting untuk menentukan kemenangan. Memang best lah game kali ni rasa puas sangat kalau dpt nak main lagi. Dah habis semua game maka sesi penyampaian hadiah di adakan kepada semua pemenang. Termasuklah kepada penembak paling byk pada hari tu memang masing2 dah try skorlah sapa paling bayk bunuh org hehehehe. Mah@mahu rekod dpt bunuh 1 org jer wakakkaka.


Pada kawn2 atau mana2 team yg nak buat game ini sebagai aktivit riadah hujung minggu memang sesuai. Mungkin juga blogger2 ni boleh buat event mcm ni nak erat silatulrahim selain tu nak tanam semangant patriotik dalam diri. Nak dpt info boleh pergi ke laman web mereka atau hubungi mereka seperti maklumat di bawah. Korang boleh pilih tempat untuk adakan game ni, outdoor boleh indoor pun boleh juga terpulang pada kesesuaian game korang. Moga lepas ni ada lagi aktivit best mcm ni antara blogger. Terima kasih kepada penganjur dan juga pihak yg terlibat menjayakan Battlefield Live Malaysia, kami blogger semua seronok.....

Battlefield Live Malaysia
15-2,Jalan Tukul P15/P
Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Phone : 03 55 123 789
Fax     : 03 55 234 789
Email  : battlefield.my@gmail.com






0 Pandangan: