Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Tempat Makan Di Shah Alam. Papar semua catatan

Ombak Kitchen Makan Pakai Tangan Jer Biar Kotor Janji Puas

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jauh sikit perjalanan kali ini untuk membawa korang ke satu lagi restoran makanan laut yang segar dan berkualiti premium di Shah Alam. Maha pergi sampai ker Bukit Jelutong sana semata-mata nak mencuba makanan laut lambak atas meja atau ramai orang kenali dengan Shell Out.


Kali ini Maha ker Restoran Ombak Kitchen yang terletak di D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau orang biasa datang kawasan ini ia memang menarik kerana ia bagaikan sebuah kedai dalam taman. Cuma restoran ini kalau korang datang bahagian parking memang tak nampak kerana ia berada dibahagian tengah kawasan air pancut dan kena jalan masuk sikit baru jumpa restoran ini.



Suasana dalam restoran ini deko seperti sebuah pelabuhan yang kita tahu menurunkan makanan laut segar-segar begitu juga disini. Kawasan luas dan banyak tempat duduk indoor atau outdoor semua boleh ikut keselesaan. Paling penting datang sini tak perlu pakai formal cukup dengan keselesaan anda untuk nikmati makanan laut lambak atas meja.



Maha sampai sini mula-mula ingat sesat sebab gelap kawasan ni kalau waktu malam tapi rupanya ada restoran didalamnya. Kat sini tema mereka makan 'Pakai Tangan Jer...' jadi semua pelanggan dibekalkan dengan sarung tangan pada yang nak gunakannya serta dengan apron plastik. Maklumlah makan makanan laut ini kalau tak comot tak sah terutama nak makan ketam dan udang.


Hari tu Maha dan kawan-kawan makan makanan laut lambak atas meja dengan dua sos iaitu Ombak Hot Cajun yang sangat popular dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang lemak penuh cheese. Sos pilihan lain pun ada juga kalau korang nak cuba seperti Dark Chili Chocolate, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce. Semua sos ini bila Maha rasa mereka masak tidak menggunakan minyak masak biasa tapi menggunakan butter sebab tu rasanya sangat lemak berkrim.



Ombak Hot Cajun

Apa yang Maha makan malam tu adalah makanan laut dimasak dengan pelbagai jenis rempah ratus dan nampak macam pedas sebenar ini bukan pedas daripada cili tau tapi daripada rempah itu sendiri. Kemudian yang satu lagi sangat contrast dimana ia sangat berlemak dan memang semua peringkat usia akan suka sebab penuh cheese dalamnya.



Zesty Lemon Butter with Cheese

Dalam set makanan Shell Out mereka ini macam-macam makanan laut ada seperti udang besar, ada sotong, ada kepah, ada lala, ada tiram dan ada juga ketam nipah. Awas nasihat Maha kalau nak makan ketam tu kena gunakan alat pemecah ketam kerana kulit sangat keras dan bahaya pada gigi anda hehehe pengalaman ini. Kemudian di maniskan pula dengan buah jagung dan juga brokoli yang direbus berasingan.



Cara masakan Shell Out ini mereka lakukan adalah dengan merebus atau steam makanan laut  tersebut untuk mengekalkan kesegaran dan juiciness makanan laut. Ia juga adalah cara masakan yang lebih sihat bagi Maha lah. Hari tu memang puas makan sebab sangat banyak satu set tu tak silap Maha boleh makan dalam 4 ke 5 orang memang sangat kenyang.


Selain daripada makana laut yang biasa ini mereka juga ada mengimport beberapa makanan laut yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Korang boleh piliha nak hidangan ala carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Osyters dan Hamaguri Clams. Ini semua Maha tak sempat cuba hari tu sebab dah kenyang dengan shell out yang dihidangkan.



Kat sini juga popular dengan minuman ciptaan mereka sendiri. Macam Mocktail pelbagai rasa dan juga memberi kesegaran selepas puas menikmati makanan laut. Last sekali Maha dihidangakan dengan satu pencuci mulut yang penuh warna-warni iaitu Rainbow Dessert. Ia disediakan oleh chef itu sendiri depan mata kita memang sangat best. Tak pernah lagi ada kat tempat lain dah ia satu-satunya hanya di Ombak Kitchen.


Rainbow Dessert

Jadi kalau orang area Shah Alam, Setia Alam, TTDI, Subang dan sewaktu dengannya boleh datang sini sangat Maha sarankan. Ia buka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad dari 12.00 tengahari hingga 12.00 malam untuk korang nikmati sepuas-puasnya. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.

Sebarang promosi atau tempahan boleh hubungi :
Tel : 03-7734 4699 / 010-2205 946
Email : ombakkitchen@gmail.com



  



Makan Di Shah Alam Restoran Alaturka Turkish Cuisine Masih Gunakan Dapur Kayu Api

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah tengok tak ada restoran yang sediakan masakan dalam dapur kayu api yang seperti mana orang zaman terdahulu masak. Susah nak cari sekarang kerana teknologi telah mengatasi semuanya. Tapi sebenarnya itulah yang dapat mengekalkan keaslian dan rasa yang berbeza daripada masakan biasa.


Tapi kali ni Maha telah bertemu satu restoran bukan masakan tempatan tapi ia berkonsepkan masakan dari negara Eurasia iaitu Turki. Korang pernah ker makan masakan Turkish yang sebenar. Kalau nak cuba boleh datang ker Restoran Alaturka Turkish Cuisine yang terletak di Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam.


Tak silap Maha Alaturka itu bermaksud Ala-cart dari bahasa Turki sendiri sebab itu makanan sini banyak yang Ala-cart. Daripada makanan pembuka selera kepada makanan utama dan juga pencuci mulut semua Maha tengok mengekalkan bukan sahaja rupa dan rasa tapi juga rempah ratus dan resepi yang asal dari sana. 


Korang parking jer kat dalam kawasan Vista Alam tu banyak parking situ cuma ada cas lah. Kawasan ni teletak di service appartment tingkat atasnya tapi yang kat bawah tu kawasan komersial dengan deretan kedai macam-macam jenis. Restoran ni nampak hiasan simple tapi masih ada beberapa ciri Turki seperti lampu dan juga hiasan dindingnya.



Maha tahu pasal restoran ni pun sebab ada kawan orang Shah Alam rekmenkan jadi sebab tu Maha datang cuba. Menurut kata staff kat situ ada beberapa menu yang menjadi pilihan pelanggan yang selalu datang sini. Jadi Maha pun cubalah semua yang dikatakan sedap sangat tu. Pertama Maha cuba adalah Barbeque Pizza.

Barbeque Pizza


Pizza ni dohnya mereka hasilkan sendiri dengan diuli dan campuran tepung semua sendiri menggunakan bahan semulajadi. Sebab tu pizza ni sangat lembut pada crustnya dan juga inti kat atas tu paling Maha suka sebab sangat banyak penuhlah. Makan satu pinggan pizza ni pun dah cukup kenyanga. Pizza ni dimasak dalam dapir kayu api yang Maha citekan tu lah sebab tu ia garing diluar dan masih lembut didalam.

Kavurma

Kemudian pula korang kena cuba masak daging dan kambingnya. Kedua-dua ini sangat memberangsangkan deria korang kerana kaya dengan rempah dan rasa Turkinya. Satu ni namanya Kavurma dan satu lagi Iskander Lamb. Dalam dua-dua set ini ada daging yang dimasak panas dan juga kepingan roti khas yang juga dihasilkan sendiri. Makan mesti dengan Yogurt baru dapat rasa pedas, masam dan manisnya ok.

Iskander Lamb


Hidangan ini Maha sempat tengok bagaimana mereka sedaiakan kerana ia disediakan panas apabila dapat order daripada customer. Tengok bagaimana Chef mereka menguli tepung sehingga kepada menyediakan inti dan juga membungkus dan akhir sekali bakar dalam dapur kayu api tu. Yang ni kalau dimakan panas dapat rasa daging dalamnya bersama roti dan juga cheese yang meleleh memang terangkat. 

Lamb Samsun with Cheese Pides


Ni kalau korang tengok dalam menu namanya dalah Pides. Pides ni ada 5 jenis korang boleh pilih tapi yang Maha makan ni adalah Lamb Samsun with Cheese Pides. Menurut kata pemilik restoran ni cheese sini pun bukan mereka pakai cheese biasa tapi ia diimport dari negara Turki untuk memastikan ia original. Satu lagi ni makanan daging kambing dengan nasi juga sedap boleh cuba Lamb Shish with Pilav Rice ada juga pilihan ayam kalau tak makan kambing.

Lamb Shish with Pilav Rice


So tunggu apa lagi kalau tak berkesampaian untuk menjejak kaki ker Turki boleh datang sini dan nikmati makanan Turki sebenar. Pasti tak menyesal harga juga berpatutan dengan rasa yang dihidangkan. Maha sendiri puas hati makan sini walaupun ada yang tidak pernah rasa tapi masih boleh diterima oleh tekak kita orang Malaysia.


Restoran Alaturka Turkish Cuisine ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 11.00 pagi hingga 10.30 malam. Sempena dengan Ramadan yang akan datang mereka juga mengadakan promosi Semi Full Buffet kepada pelanggan muslim yang nak berbuka puasa di sana. Bufet ini harga RM45 nett seorang dewasa dan 50% off untuk kanak-kanak 6-12 tahun.


Buffet ni korang leh makan puas-puas tuk main course serta appetizer dan dessert korang boleh ambil di meja bufet tiada had. Jadi berbaloi tak mesti lah kan nak buka puasa sekali sekala rasa makanan Turkish ni. Bawa lah family bila lagi kan. Maha dah cuba korang pula bila. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 019-3270 719

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5









Nasi Kerabu Terbaik di Shah Alam Hanya Di House Of Nasi Kerabu Jer!

Nasi Kerabu Terbaik di Shah Alam Hanya Di House Of Nasi Kerabu Jer! - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bukan niat nak review pun tapi jalan2 makan hari minggu. Memang nak makan Nasi Kerabu jadi tengok dah menjadi viral kat media social pasal Nasi Kerabu yang ada udang galah memang tak tahan. Makan begeraklah kaki hari minggu untuk ker House Of Nasi Kerabu.


Kami pergi cawangan di Komplek PKNS Shah Alam dekat sikit dengan rumah. Satu lagi cawangan dekat Sri Gombak Batu Cave kalau tak silap. Yang kat PKNS ni kedai agak kecik sikit tgk lot pun agak sempit dan tidak banyak kerusi meja jadi kalau datang time lunch memang penuh kot. Nasib datang pakai redah jer ada tempat duduk walaupun depan kaunter sekali hehehe.


So orderlah makanan masing2, yang pasti Maha mesti order Nasi Kerabu Udang Galah. Tapi yang ni kecil punya udang galah saiz L sebab dalam menu tu ada yang set Nasi Kerabu Udang Galah Saiz XL dan ada juga saiz S. Tapi yang ni pun dah cukup puas hati tengok lah sendiri saiz udang dan isi memang padat. Nasi kerabu ni seperti biasa kalau naka makan kena campur dengan semua bahan yang ada salam pinggan tu seperti ulam-ulaman, kelapa gorengnya, perah sikit limau dan juga campur dengan budu dan juga sambal memang terangkat.

Nasi Kerabu Udang Galah Saiz L

Memang terasa seperti masakan pantai timur yang original dalam setiap suapan. Puasa hati lah Maha makan memang terbaik dan bebaloi dengan harga sedap. Satu pinggan tu boleh kenyanglah tapi kalau nak cuba memang banyak lagi Nasi Kerabu yang ada kat sini. Adik Maha pula pilih Nasi Kerabu Kombo. Sepatutnya dalam set tu ada ikan goreng tapi habis pula time Maha datang jadi di ganti dengan solok dan telur masin.

Nasi Kerabu Kombo

Tapi dalam set tu ada juga daging panggang dan juga daging ayam panggang. Memang banyak lah lauk pauk kalau makan penuh satu pinggan ni. Tapi rasa tetap tak berubah sedap jadi boleh lah datang lagi kat sini. Selain tu juga ada menu Nasi Kerabu lain yang juga menarik korang boleh cuba bila datang sini iaitu Nasi Kerabu Ketam, Ayam Percik, Ikan Goreng dan macam2 lah boleh pilih.

Teh Tarik Madu

Tak lengkap kalau makan hidangan pantai timur tak datang bersama minuman popular di pantai timur. Sebab tu korang datang sini kena cuba Teh Tarik Madu. Memang terbaik boh bila tengok secawan Teh Tarik Madu yang penuh dengan buih terbaik lah. Korang akan dapat rasa teh yang uhmmm tidak begitu manis kerana menggunakan madu sebagai peganti. 

Jagung Tarik Madu

Adik Maha pula pilih minuman Jagung Tarik Madu, sama lebih kurang tapi rasa jagung lah. Buih yang banyak melimpah dari cawan memang terbaik. Puas lah makan kat House Of Nasi Kerabu. Kalau kawan2 nak datang boleh lah Maha suggestkan tempat ni. Tapi masa Maha datang tu tak tahulah kenapa pelayan tu asyik salah hantar air jer dan tiga kali dalah anta kat meja Maha. Mungkin penat kota sian tak apa lah sebab Nasi Kerabunya sedap dan terbaik jadi Maha suka makan sini. Korang nak cuba datang lah selamat menjamu selera ok.

HOUSE OF NASI KERABU








Tempat Makan Paling Sedap Dan Best Di Shah Alam Pulak

Tempat Makan Paling Sedap Dan Best Di Shah Alam Pulak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu tahun ni ada banyak juga tempat makan yang dah sempat singgah. Antara lokasi yang paling banyak sekali tempat makan sedap dan best adalah Shah Alam. Bukan kerana kawasan seksyen yang banyak tapi memang sana terkenal dengan tempat2 makan yang syok ooo. Jom Maha perkenalkan beberapa tempat makan yaang dah Maha pergi di sekitar Shah Alam.

1) Sham Char Kuey Teow 696

Char Kuey Teow Udang

- Restoran ini menyediakan hidangan Char Kuey Teow resepi turun temurun yang special. Paling popular mestilah Char Kuey Teow Lobster dan juga Char Kuey Teow Udang lah. Korang makan kat sini memang akan puas denga rasa yang cukup. Maha tak nak cite lebih2 korang nak tahu apa lagi menu ada dan di mana lokasi restoran ini boleh baca di entry khas Sham Char Kuey Teow yang Maha dan buat sebelum ini.

2) Restoran Big Brother

Glassa Di Albicocche Salmon Fillet

- Di sini adalah tempat untuk anda mencari hidangan western yang terbaik di Shah Alam setakat Maha pernah pergi makan. Kerena hidangan kat sini bukan sahaja besar tapi menepati rasa hidangan western. Maha telah cuba hidangan Salmon dengan Aglio Olio memang terbaik. Kalau korang nak tahu apa lagi hidangan yang ada dengan gambar2 menarik boleh baca di entry Big Brother yang Maha telah tulis sebelum ini.

3) Restoran ROA By Jovian Mandagie

Sapi Rica-Rica

- Korang mesti dah kenalkan nama pereka fesyen ini tapi kali ni beliau telah buka restoran cawangan di Shah Alam  ni. Kalau korang peminat hidangan Indonesia khas dari masyarakat Manado memang sini tempatnya. Hidangan tradisional yang paling special adalah hidangan pedas yang memang kaw kaw pedasnya. Maha cadang nak cuba pedas order hidangan Sapi Rica-Rica mesti terangkat punya. Ada macam2 lagi hidangan korang boleh cuba dan tgk lokasi di mana restoran ROA By Jovian Mandagie ini di dalam post yang Maha telah buat.

4) Tanah Aina Cafe

Serawa Durian dan pulut

- Kalau sebelum ni terkenal dengan Tanah Aina Resort yang ada serata Pahang tapi kali ini telah ada pula cafe yang di buka di bangunan HQ milik pengusaha Tanah Aina sendiri. Cafe ini mengekalkan hidangan tradisional melayu dan juga sedikit hidangan barat menggunakan bahan semulajadi. Paling best mesti cuba Serawa Durian dan pulut terbaik katanya ambil dari dusun milik sendiri. Maha dah cuba makanan menarik dan tertarik sangat boleh baca di entry Tanah Aina Cafe yang Maha telah ceritakan sebelum ini.

5) Restoran Faiqa Sup Merah & Bubur

Sup Merah Gear Box

- Pada peminat sup merah yang popular dari negara Singapura tu boleh datang sini cuba memang juga sedap. Boleh rasa sup merah yang di buat dengan daging dan special Sup Merah Gear Box harus cuba. Restoran ni terletak di Shah Alam nak tahu area mana dan apa lagi best kat sini leh baca post yang Maha telah buat tentang Restoran Faiqa ini ok. Istimewa sangat.