ROA by Jovian Mandagie Menyediakan Hidangan Popular Dari Daerah Manado

ROA by Jovian Mandagie Menyediakan Hidangan Popular Dari Daerah Manado - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hidangan Indonesia cukup popular di kalangan rakyat Malaysia dan kini telah banyak restoran berasaskan hidangan dari seberang. Hidangan seperti ayam penyet dan juga hidangan nasi padang memang selalu di sebut2 di Malaysia. Tapi tahukan kita bahawa di daerah Indonedia masih banyak lagi hidangan yang kita tidak cuba. Sebab itu kali ini Maha telah cuba sendiri satu lagi hidangan dari daerah Manado selatan kepulauan Sulawesi Indonesia.


Satu daerah kelahiran pereka fesyen popular di Malaysia sapa lagi kalau bukan Jovian Mandagie. Setelah Berjaya mencipta nama sebagai pereka fesyen di Malaysia kini beliau mengorak langkah untuk business dalam dunia makanan pula. Maka lahirlah Restoran ROA by Jovian Mandagie pada tahun 2014. Terletak di Seksyen 7 Shah Alam restoran ini menyajikan hidangan cukup istimewa di bawa dari sana. 


Kebanyakan makanan di sini berkonsepkan masakan pedas dan bagi yang tak tahan pedas tu memang tak sesuai. Tapi jangan risau kat sini juga ada hidangan lain yang mempunyai selera dan rasa yang unik. Maha makan pun dapat rasa kelainan yang ada dari hidangan makanan laut, makanan daging dan ayam semua menarik. Jom kita lihat menu2 yang sepecial di sini. 


Hidangan kat sini popular dengan menu hidangan style keluarga macam makan2 kat kampung. Pelbagai lauk pauk yang boleh di pilih di makan dengan nasi putih. Antara yang Maha suka adalah hidangan Ayam Tuturuga dan juga Ayam Goreng Mentega. Kedua hidangan ayam ni tak pedas, macam Ayam Tuturuga ni masakan seperti masak lemak di Malaysia. Manakala Ayam Goreng Mentega adalah daging ayam di goreng garing dengan rasa mentega yang manis sedap. 

Ayam Tuturuga

Ayam Goreng Mentega

Pada yang suka pedas memang kena cuba Sapi Rica-Rica. Hidangan daging yang di potong kecil di masak dengan rempah dan cili yang memang sangat pedas. Hidangan akan buat korang berpeluh satu badan dan melekat pedas ini di lidah. Tapi ia adalah hidangan yang sedap dan menarik buat Maha dan mesti korang cuba. Ada juga hidangan ini bersama daging ayam menarik juga.

Sapi Rica-Rica

Bagi korang yang suka makanan laut pula boleh cuba hidangan Cumi Cah Hitam dan juga Udang Woku. Cumi ni adalah sotong kalau kat Malaysia yang di masak dengan dakwat hitam dari sotong tu sendiri. Yang ini tak pedas dan menarik. Manakala Udang Woku pula adalah hidangan udang sambal yang agak pedas tapi korang akan dapat rasa kelainannya sendiri. Kalau nak makan hidangan yang berkuah sup boleh cuba Kuah Asam Marlin iaitu hidangan sup ikan tongkol. Kalau lihat macam masak singgang tapi ia lain kerana dpt rasa tomato dan juga daun sup. Sedap juga tapi tak pedas hehehe.

Cumi Cah Hitam

Udang Woku

Kuah Asam Marlin

Melengkap makanan tengahari korang mesti perlu ada sayur-sayuran sebab itu Maha pilih Sayur Campur dan juga Terong Saos Telur. Sayur campur ini ada sohun, sayur kacang, sayur karot, kentang, dan juga daging ayam dalam hidangan ini. Terung pula masakan terung goreng bersama dengan cili dan telur memang sedap bagi peminat terung. 

Sayur Campur

Terong Saos Telur

Semua hidangan ini lengkap untuk korang makan sekeluarga 4 atau 5 orang. Memang cukup lah tak puas rasa kalau pada yang suka pedas. Tapi untuk hilangkan rasa pedas ini kenalah order minuman ais yang special. Kat sini ada ES Buah iaitu macam hidangan ABC tapi ada buah-buahan di dalamnya. Kalau minuman lain pun ada juga seperti jus Mangga dan jus Tembikai, dapat melegakan tekak yang tengah pedas hehehe..

ES Buah

jus Mangga dan jus Tembikai

Red Velvet

Last sekali kena cuba dessert kat sini banyak pilihan daripada kuih tempatan hinggalah kepada hidangan kek yang manis2. Maha telah cuba dessert Red Velvet kek kat sini sedap dan menarik. Kalau datang ke ROA By Jovian Mandagie akan puas hati makanan kat sini. Kebanyakan pekerja di di sini di bawa sendiri dari Manado termasuklah chef2 yang memasak di sini. Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 10 pagi – 12 tgh malam. Datang lah bawa keluarga korang kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur. Selamat menjamu selera semua.

Dapatkan maklumat lanjut dan lokasi restoran ini di sini
http://www.findit.com.my/shah-alam/roa-by-jovian-mandagie-restaurants-609003









0 comment... add one now